INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah)

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah) Empty
PostSubject: Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah)   Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah) Icon_minitimeFri Jun 12, 2009 9:00 pm

51- Apakah Tauhid al-Asma’ wal-Sifat (pengesaan dalam nama-nama dan sifat-sifat)?
Tauhid al-Asma’ wal-Sifat ialah beriman dengan apa yang Allah terangkan tentang diriNya sama ada di dalam al-Quran mahupun melalui keterangan RasulNya. Ini merangkumi nama-namaNya yang terbaik dan sifat-sifatNya yang tertinggi dengan menerimanya tanpa bertanya bagaimana bentuk dan keadaannya. Ini kerana Allah sering menetapkan nama-nama dan sifat-sifatNya di samping menolak sebarang bentuk dan keadaannya.
Firman Allah Ta'ala ( Taha 20:110):

Maksudnya: Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya.

Firman Allah Ta'ala ( al-Syura 42:11):

Maksudnya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Firman Allah Ta'ala ( al-An’am 103):

Maksudnya: Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Terdapat di dalam sebuah hadith melalui Ubai bin Ka’b katanya:

أَنَّ الْمُشْرِكِينَ قَالُوا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْسُبْ لَنَا رَبَّكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ وَالصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ لَأَنَّهُ لَيْسَ شَيْءٌ يُولَدُ إِلَّا سَيَمُوتُ وَلَا شَيْءٌ يَمُوتُ إِلَّا سَيُورَثُ وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَمُوتُ وَلَا يُورَثُ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ قَالَ لَمْ يَكُنْ لَهُ شَبِيهٌ وَلَا عِدْلٌ وَلَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ


Maksudnya: Bahawa golongan musyrikin telah berkata kepada Rasulullah “Nyatakan nasab tuhan kamu.” Lalu Allah menurunkan surah al-ikhlas {Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan}

Ini kerana apa yang dilahirkan pasti akan mati dan apa yang mati pasti diwarisi. Sedangkan Allah tidak mati dan tidak diwarisi.
{dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia}Tiada yang menyerupaiNya, tiada yang menandingiNya dan tiada yang menyamaiNya. (HR at-Tirmizi: 3387)
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah) Empty
PostSubject: Re: Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah)   Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah) Icon_minitimeTue Nov 10, 2009 12:29 pm

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais menukilkan:

وقد جزء الاعتقاد المنسوب للشافعي - من رواية أبي طالب العشاري ما نصّه قال : وقد سُئل عن صفات الله عز وجل وما ينبغي أن يؤمن به , فقال ( لله تبارك وتعالى أسماء وصفات جاء بها كتابه وخبر بها نبيه صلى الله عليه وسلم , أمته لا يسع أحداً من خلق الله عز وجل قامت لديه الحجة إن القرآن نزل به وصحيح عنده قول النبي صلى الله عليه وسلم , فيما روى عنده العدل خلافه فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجة عليه فهو كافر بالله عز وجل , فأما قبل ثبوت الحجة عليه من جهة الخبر فمعذور بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا بالدراية

Terjemahan: Dan di dalam bahagian i'tiqad yang dinisbatkan kepada asy-Syafi'e melalui riwayat Abu Thalib al-'Usyari dengan redaksi berikut:

Beliau (Abu Thalib al-'Usyari) berkata:

Asy-Syafi'e ditanya tentang sifat-sifat Allah 'Azza wa Jalla dan apa-apa yang perlu diimani. Maka asy-Syafi'e menjelaskan:

Allah Tabaraka wa Ta'ala memiliki asma' (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Qur'an turun membawa keterangan tentang perkara tersebut, juga perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah serta telah benar-benar sahih yang menerangkan persoalan tersebut. Dengan itu, sesiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu sedangkan hujjah (dalil-dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ada pun jika dia menentang disebabkan belum ditegakkan (atau menemukan) hujjah/penjelasan tersebut, maka dia diampuni disebabkan kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (tentang sifat-sifat dan asma' Allah) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

والفكر ونحو ذلك أخبار الله عز وجل أنه سميع وأن له يدين بقوله عز وجل

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki Tangan bersesuaian dengan firman-Nya:

( بل يداه مبسوطتان )

Sebaliknya, kedua tangan Allah itu terbuka... (Surah al-Ma'idah, 5: 64)

وأن له يميناً بقوله عز وجل

Dan Allah itu dia memiliki tangan kanan, sebagaimana yang Dia nyatakan:

( والسموات مطويات بيمينه )

Dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. (Surah az-Zumar, 39: 67)

وإن له وجهاً بقوله عز وجل

Dan Allah itu memiliki wajah, berdasarkan firman-Nya:

( كل شيء هالك إلا وجهه )

Dan setiap sesuatu pasti binasa, melainkan wajah Allah... (Surah al-Qashas, 28: 88)

( ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام )

Dan kekallah wajah Rabb-mu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah ar-Rahman, 55: 27)

وأن له قدماً بقوله صلى الله عليه وسلم

Dan bahawasanya Allah itu memiliki kaki, sebagaimana pernyataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

حتى يضع الرب عز وجل فيها قدمه

Sehingga Rabb 'Azza wa Jalla meletakkan kaki-Nya ke neraka Jahannam.

للذي قتل في سبيل الله عز وجل أنه

Dan Allah tertawa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang orang yang mati di jalan Allah (fi Sabilillah), iaitu:

( لقي الله عز وجل وهو يضحك إليه )

Ia akan bertemu dengan Allah 'Azza wa Jalla sedang Allah itu dalam keadaan tertawa kepadanya...

وأنه يهبط كل ليلة إلى السماء الدنيا بخبر رسول الله صلى الله عليه وسلم , بذلك وأنه ليس بأعور لقول النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر الدجال فقال بأعور

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis (penjelasan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentangnya.

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika baginda menyebut Dajjal, baginda bersabda:

( إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور )

Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabb-mu tidaklah buta.

وإن المؤمنين يرون ربهم عز وجل يوم القيامة بأبصارهم كما يرون القمر ليلة البدر وأنه له إصبعاً بقوله صلى الله عليه وسلم عز وجل

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti mana mereka melihat bulan di malam pernama, juga bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala memiliki jari-jemari sebagaimana yang dijelaskan melalui perkataan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

( ما من قلب إلا هو بين أصبعين من أصابع الرحمن عز وجل )

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara dua jari ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) 'Azza wa Jalla.

وإن هذه المعاني التي وصف الله عز وجل بها نفسه ووصفه بها رسوله صلى الله عليه وسلم , لا يدرك حقه ذلك بالفكر والدراية ولا يكفر بجهلها أحد إلا بعد انتهاء الخبر إليه وإن كان الوارد بذلك خبراً يقوم في الفهم مقام المشاهدة في السماع ( وجبت الدينونة ) على سامعه بحقيقته والشهادة عليه كما عاين وسمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم , ولكن نثبت هذه الصفات وننفي التشبيه كما نفى ذلك عن نفسه تعالى ذكره فقال

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri bagi diri-Nya dan oleh sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang-Nya. Hakikat sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran, dan orang yang mengingkarinya kerana kejahilan tidaklah kafir melainkan jika dia mengetahuinya tetapi dia mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya di dalam pemahaman sebagaimana yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat perkara tersebut dan mempersaksikan ke atasnya sebagaimana dia melihat dan mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

Namun, kita menetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan tasybih (penyerupaan kepada makhluk) sebagaimana Allah telah menafikan dari diri-Nya melalui firman-Nya:

(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

Tiada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah asy-Syura, 42: 11)

Rujukan: (اعتقاد الأئمة الأربعة) I'tiqad Aimmah al-Arba'ah, m/s. 17-18. Cetakan pertama, 1412 -1992, Darul 'Asimah Saudi Arabia, oleh Syaikh Dr. Muhammad B. 'Abdurrahman al-Khumais. Rujuk juga:

مناقب الشافعي 1/412-413 , شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة 2/702

Kitab Manaqib asy-Syafi'e, oleh Imam al-Baihaqi, 1/412-413 dan Syarah Ushul I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah, oleh Imam al-Lalika'i, 2/702
Back to top Go down
http://intisonline.com
 
Tauhid al-Asma' wa as-Sifat (Nama dan Sifat-Sifat Allah)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sifat Wudhu Rasulullah
» Di mana Allah?
» Asal Usul Pembahagian Tauhid Tiga
» Tauhid Uluhiyyah
» Tauhid Rububiyyah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Aqidah-
Jump to: