Hanabilah dan Hanafiyah mewajibkan berkumur-kumur dan
memasukkan air ke dalam hidung kerana wajib mengenai seluruh tubuh.
Adapun Malikiyah dan Syafi’iyah berpendapat bahawasanya berkumur dan beristinsyaq hanyalah sunnah sebagaimana disunnahkan ketika berwudlu.
Al-Fiqh Al-Islami 1/372,373. Syaikh Uthaimin berpendapat jika seseorang mandi lalu tidak berkumur-kumur dan beristinsyaq maka mandinya tidak sah (majmu’ fatawa 4/229)
-Petikan dari e-book Sifat Mandi Janabat oleh Al-Ustaz Abu ‘Abdil Muhsin bin ‘Abidin as-Soronji-
Kesimpulannya: Sebagai umat Islam, wajarlah kita mengamalkannya, kerana dengan mengamalkannya kita mendapat dua faedah
a) Keluar daripada khilaf
b) Pahala melakukan sunnah Rasulullah S.A.W