INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Empty
PostSubject: Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf   Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Icon_minitimeSun Mar 21, 2010 10:50 pm

Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf 371110

Tulisan ini saya cuba terjemahkan dari tulisan di islamqa.com di url ini:
http://www.islamqa.com/en/cat/2035

Isu: Hukum Menyapu Stokin Yang Dipakai Ketika Tidak Dalam Keadaan Suci

Saya telah menyapu di atas stokin saya walaupun saya memakainya dalam keadaan saya belum bersuci. Ini kerana saya tidak mengetahui tentang hukum hal tersebut. Oleh kerana itu, apakah status hukum solat yang saya dirikan ketika itu?

jawapan:

Segala puji bagi Allah,

Saudara hendaklah mengulangi dengan mengqadha' kesemua solat yang saudara dirikan ketika mana saudara menyapu di atas stokin sedangkan ketika memakai stokin itu saudara tidak berada di dalam keadaan suci.

Fatwa al-Lajnah ad-Daimah, 5/246

Persoalan: Hukum Menyapu Di Atas Stokin Yang Berlubang Ataupun Terlalu Nipis

Apakah hukumnya menyapu di atas stokin seandainya ia mempunyai lubang ataupun keadaannya terlalu nipis?

Jawapan:

Dibenarkan menyapu di atas stokin untuk menggantikan membasuh kaki ketika wudhu seandainya mereka (stokin tersebut) dipakai di dalam keadaan bersuci (sudah berwudhu sebelum memakainya). (Akan tetapi tidak dibenarkan) seandainya lubang pada stokin tersebut besar daripada keadaan biasa yang diterima, ataupun stokin tersebut terlalu nipis sehinggakan kaki pemakainya kelihatan tidak memakai apa-apa kerana ia menunjukkan warna kulit.

Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/246.

Hendaklah Memakai Kedua-Dua Stokin Selepas Berwudhu/Mandi Wajib Untuk Membolehkan Menyapu Di Atas Stokin

Apakah hukum seseorang yang mencuci kaki kanannya (ketika berwudhu) dan memakai stokin kanannya sebelum dia mencuci kaki kirinya? Apakah dia dibenarkan untuk menyapu di atas stokin?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah,

Saudara tidak boleh menyapu di atas stokin dalam situasi ini, kerana saudara memakai stokin sebelum menyempurnakan proses bersuci (wudhu/mandi wajib).

Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/247

-bersambung-
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Empty
PostSubject: Re: Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf   Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Icon_minitimeMon Mar 22, 2010 12:34 am

Syarat-Syarat Menyapu Di Atas Stokin
Apakah syarat-syarat untuk menyapu di atas stokin. Sila berikan dalil-dalil berkaitan:

Jawapan:

Segala puji bagi Allah.

Terdapat empat syarat berkaitan menyapu di atas stoking.

Syarat pertama: Ia hendaklah di pakai ketika di dalam keadaan suci (dalam keadaan masih berwudhu’). Dalil untuk hal ini ialah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad :saw kepada al-Mughirah bin Shu’bah :ra : “Jangan risau, aku memakainya (kedua khuf) ketika aku dalam keadaan suci.”

Syarat kedua: Khuf ataupun stoking tersebut hendaklah suci. Jika ia mempunyai najis, maka tidak dibenarkan menyapu di atasnya. Dalil untuk hal ini ialah pada satu ketika, Rasulullah :saw mengimami solat bersama sahabat-sahabat :ra dengan memakai kasut, dan ketika solat Baginda :saw membuka kasutnya. Baginda :saw memberitahu kepada sahabat-sahabatnya :ra bahawa Jibril memaklumkan bahawa ada kotoran pada kasut baginda :saw . Hal ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada hadis Abu Sa’id al-Khudri :ra di dalam Musnadnya. Hal ini menunjukkan bahawa tidak dibenarkan untuk solat dengan memakai apa-apa yang bernajis. Ini kerana jika najis tersebut disapu, individu tersebut akan terkena najis, dan dia tidak dikira sebagai suci.

Syarat ketiga: Ia hanya boleh disapu apabila seseorang itu bersuci daripada hadas kecil (iaitu dengan berwudhu kerana kentut, kencing dan lain-lain). Tidak boleh dilakukan jika di dalam keadaan junub atau keadaan lain yang mana mandi adalah wajib. Dalil untuk hal ini ialah hadis daripada Safwan Bin Assal :ra berkataL: “Rasulullah :saw mengarahkan kepada kami agar tidak membuka khuf selama tiga hari tiga malam ketika musafir, kecuali jika junub. Akan tetapi kami boleh menyapu di atasnya untuk hal seperti kentut, kencing dan tidur.” Ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada hadis Safwan bin Assal :ra di dalam Musnadnya. Oleh kerana itu, syarat untuk membolehkan menyapu di atas stoking ialah apabila kita mahu menyucikan diri (dengan berwudhu’) daripada hadas kecil, dan tidak dibenarkan untuk menyucikan diri daripada hadas besar. Ini berdasaran hadis yang kita sudah sebutkan di sini.

Syarat keempat: Sapuan boleh dilakukan dalam temph masa yang ditetapkan syariah iait satu hari satu malam bagi mereka yang tidak musafir, dan tiga hari tiga malam bagi mereka yang bermusafir. Ini berdasarkan hadis Ali bin Abi Talib :ra menyebutkan bahawa Rasulullah :saw menyatakan (sapuan di atas khuf) satu hari satu malam untuk mereka yang tidak musafir, dan tiga hari tiga malam untuk mereka yang bermusafir.” Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim. Tempoh masa ini bermula dari saat kali pertama sapuan di atas stoking dilakukan ketika berwudhu dan ia akan berakhir dua puluh empat jam selepasnya apabila dalam keadaan tidak musafir, dan tujuh puluh dua jam selepasnya bagi mereka yang musafir. Oleh kerana itu, andai kata seseorang bersuci untuk solat Subuh pada hari Selasa, dan kekal dalam keadaan suci sehingga Isya’. Kemudian dia tidur dan dia bangun untuk solat Subuh pada pagi Rabu, lalu dia menyapu di atas stokinnya pada jam lima pagi. Jadi tempoh masa bermula dari jam lima pagi Rabu dan berakhir pada jam lima pagi Khamis. Seandainya dia memulakan sapuan awal dari jam lima pagi pada hari Rabu, dia masih boleh solat Subuh pada pagi Khamis dengan sapuan tersebut dan solat sebanyak mana yang mungkin dengan sapuan tersebut selagi mana dia dalam keadaan suci.

Ini kerana menurut pendapat ulama’ yang paling benar ialah wudhu tidak terbatal apabila tempoh masa sapuan di atas stoking tamat. Ini kerana Rasulullah :saw tidak menghadkan masa untuk bersuci, sebaliknya Baginda :saw hanya menghadkan waktu untuk menyapu di atas stoking. Apabila seseorang telah tamat tempoh (yang membolehkan menyapu di atas khuf), maka dia tidak boleh menyapu di atas stoking lagi. Akan tetapi dia masih tetap suci dan wudhu’ itu masih sah kerana inilah yang ditunjukkan olah dalil-dalil syari’e. Dan apa yang dibuktikan oleh dalil syari’e tidak boleh dihapuskan kecuali wujudnya dalil syari’e yang menunjukkan hal tersebut. Tiada dalil yang menunukkan wudhu’ terbatal apabila telah tamat tempoh untuk menyapu di atas stoking. Ini berdasarkan prinsip asas yang menyatakan bahawa dia kekal dalam keadaannya (suci) sehinggalah telah jelas dia sudah tidak lagi suci.
Inilah syarat-syarat yang berkaitan dengan menyapu di atas khuf. Terdapat syarat-syarat yang lain yang disebutkan sebahagian ulama’, akan tetapi ia masih diperdebatkan.

I’laam al-Musafirin bi Ba’d ‘Adab wa Ahkam al-Safar oleh Shaikh ibn al-‘Uthaimin p.14
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Empty
PostSubject: Re: Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf   Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Icon_minitimeMon Mar 22, 2010 12:39 am

Hukum Menyapu Di Atas Stokin Yang Berlubang
Soalan: Apakah dibenarkan untuk menyapu di atas stokin yang berlubang?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah,
Pendapat yang tepat ialah dibenarkan untuk menyapu di atas khuf (kasut kulit yang menutup sehingga ke buku lali) dan stoking yang berlubang. Rasulullah S.A.W membenarkan menyapu di atas stoking dan baginda S.A.W tidak menyatakan sebarang syarat agar ia tidak berlubang. Apatah lagi khuf para sahabat Radial-Lah-hu-'anh tidaklah terlepas daripada berlubang. Seandainya ia memberi kesan ke atas hukum sama ada seseorang boleh menyapu di atasnya atau tidak, sudah pasti Rasulullah S.A.W akan menyatakan hal tersebut dengan jelas. Ini berasaskan satu prinsip Usul al-Fiqh yang menyatakan tidak boleh menangguhkan menerangkan sesuatu apabila ia diperlukan.

Imam Sufyan at-Thauri :rhm menyatakan: “Seseorang boleh menyapu di atas khuf selagi mana ia masih dipakai di kaki. Bukankah khuf golongan Muhajirin dan Ansar dipenuhi dengan lubang?” (Diriwayatkan oleh Abdul Razzak di dalam Musannafnya 1/194)

Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah :rhm menyatakan di dalam al-Fatawa (21/174): “Apabila Rasulullah S.A.W memberikan arahan untuk menyapu di atas khuf, baginda S.A.W mengetahui keadaan yang normal berlaku, dan baginda S.A.W tidak meletakkan sebarang syarat agar stoking itu bebas daripada sebarang lubang. Arahan baginda S.A.W hendaklah diambil secara umum dan tidak dihadkan melainkan ada dalil yang menunjukkan sedemikian. Apa yang ditunjukkan oleh dalil ialah apa sahaja khuf yang dipakai oleh manusia dan digunakan untuk berjalan boleh disapu di atasnya walaupun ia mempunyai lubang, dan tidak juga dihadkan pada had-had saiz lubang yang boleh diterima kerana ia juga tetap memerlukan dalil.

Ini juga merupakan pandangan Ishaq, Ibn al-Mubarak, Ibn Uyaynah, dan Abu Thaur.

Imam ash-Shafie :rhm dan Ahmad :rhm –menurut pada pendapat yang masyhur diriwayatkan daripada mereka- menyatakan bahawa tidak dibenarkan menyapu di atas khuf atau stoking seandainya ia mempunyai lubang pada bahagian yang wajib dikenakan wudhu’. Abu Hanifah dan Malik membezakan di antara lubang yang kecil dan yang besar.

Akan tetapi, pandangan yang benar ialah yang pertama, yang mana menyatakan dibenarkan menyapu di atas khuf atau stoking yang masih ada pada kaki dan boleh digunakan untuk berjalan.

Dibenarkan juga menyapu di atas stokin yang nipis yang menampakkan kulit. Ini kerana pembenaran untuk menyapu di atas stoking adalah umum dan tiada riwayat yang mengkhususkannya. Ini menunjukkan apa sahaja stokin yang dipakai boleh disapu di atasnya.

Hal ini juga terpakai sebagai hujah untuk mereka yang menyatakan bahawa dibenarkan menyapu di atas khuf yang sudah usang, selagi mana masih boleh berjalan dengannya.

Al-Imam an-Nawawi :rhm juga menyebutkan di dalam al-Majmu’ (1/502) bahawa hatta seandainya seseorang itu memakai khuf yang diperbuat daripada kaca, dan masih mampu berjalan dengan memakainya, maka dibenarkan untuk menyapu di atasnya walaupun kulit kaki kelihatan….
Wallahua’lam.

Shaykh Sulaymaan ibn Naasir al-‘Alwaan
Back to top Go down
http://intisonline.com
Sponsored content





Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Empty
PostSubject: Re: Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf   Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf Icon_minitime

Back to top Go down
 
Fatwa-Fatwa Menyapu Di Atas Khuf
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Apakah Hak al-Quran ke atas diri kita?
» Info: Penilaian semula ke atas maulid nabi
» Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: