INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Menggunakan akal pada tempatnya

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Menggunakan akal pada tempatnya Empty
PostSubject: Menggunakan akal pada tempatnya   Menggunakan akal pada tempatnya Icon_minitimeWed Jan 27, 2010 1:48 am

:salam

Ada artikel penting yang di post di web http://intisonline.com

Ia adalah satu artikel berkaitan manhaj kita dalam menggunakan akal dan apa tindakan kita apabila logik akal kita bertentangan dengan dalil wahyu.

Ini adalah satu hal penting untuk difahami agar kita benar-benar menjadi pendokong Manhaj Salaf, Manhaj Generasi terbaik, benar menjadi pemegang panji-panji tajdid.

Kita tidak mahu terjebak ke dalam tajdid versi Muktazilah Moden yang mendahulukan akal melebihi wahyu, dan menukar-nukar maksud wahyu agar selari dengan akal pemikiran dan logik.

Petikan dari artikel pertama:

Quote :
Kepentingan Akal di dalam Syari’at Islam

Syariat Islam memberikan nilai dan kepentingan yang amat tinggi terhadap akal manusia. Hal itu dapat dilihat pada beberapa point berikut ini.

[Pertama] Allah hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal kerana hanya mereka yang dapat memahami agama dan syari’at-Nya.



“Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.” (QS. Shaad: 43)

[Kedua] Akal merupakan syarat yang mesti ada dalam diri manusia untuk dapat menerima taklif (beban syari’at) dari Allah Ta’ala. Hukum-hukum syari’at tidak berlaku bagi orang yang tidak menerima taklif seperti pada orang gila yang tidak memiliki akal.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



“Pena diangkat (dibebaskan) daripada tiga golongan: [1] orang yang tidur sampai dia bangun, [2] anak kecil sampai mimpi basah (baligh) dan [3] orang gila sampai dia kembali sedar (berakal).” (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

[Ketiga] Allah Ta’ala mencela orang yang tidak menggunakan akalnya, seperti perkataan Allah kepada penduduk neraka yang tidak mahu menggunakan akal.

[Keempat] Penyebutan begitu banyak proses dan anjuran berfikir dalam Al Qur’an, iaitu untuk tadabbur dan tafakkur, seperti la’allakum tatafakkarun (mudah-mudahan kamu berfikir) atau afalaa ta’qilun (apakah kamu tidak berfikir).

teruskan membaca di sini http://www.intisonline.com/artikel/meletakkan-akal-pada-tempatnya

Petikan artikel kedua:
Quote :
Sikap yang benar dan pertengahan adalah sikap yang menjadikan akal sebagai berikut:

1. Akal adalah petunjuk untuk mengetahui dalil syar’i (dalil Al Qur’an dan As Sunnah)
2. Akal tidak boleh berdiri sendiri namun perlu pada cahaya dalil syar’i. Tanpa adanya cahaya dalil Al Qur’an dan As Sunnah, akal tidaklah mungkin boleh memandang atau memahami suatu perkara dengan benar.
3. Jika akal bertentangan dengan dalil syar’i, maka dalil syar’i yang mesti didahulukan kerana akal hanya sekedar petunjuk untuk mengetahui dalil sedangkan dalil syar’i memiliki ilmu dan pemahaman yang lebih dibanding akal.
4. Akal (logik) yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah.
5. Akal yang tercela adalah akal yang bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah.
http://www.intisonline.com/artikel/apabila-akal-bertentangan-dengan-wahyu
Back to top Go down
http://intisonline.com
 
Menggunakan akal pada tempatnya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Memasarkan Islam Pada Era Mutakhir- Kapten Hafiz Firdaus
» wujudkah kata-kata ibu bapa derhaka pada anak?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Aqidah-
Jump to: