Saya telah ditanya oleh ramai orang bukan Islam kenapa wanita Muslim tidak memberikan kuliah agama di hadapan lelaki dan perempuan.
Fatwa:
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya.
Wanita dituntut oleh syariah untuk terlibat di dalam aktiviti mengajar, mengajak manusia kepada Islam, melakukan islah ke arah kebaikan selagi mana mereka mampu. Hakikatnya, wanita adalah seperti lelaki dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dia lakukan dengan ilmunya. Seorang wanita hendaklah menulis, melakukan kritikan, dan lelaki boleh membaca tulisan mereka jika mereka mahu.
Oleh kerana itu, di zaman kegemilangan Islam, di mana era ketika itu ialah era yang dipenuhi kebaikan, moral, maruah dan sangat jauh daripada fitnah dan godaan, ketika itu para wanita biasanya mengajar di sebalik tirai/tabir, meriwayatkan hadis, dan memberi penerangan kepada pelbagai isu. Bahkan, wanita ketika itu berlumba-lumba dengan kaum lelaki dalam mencari ilmu, dalam masa yang sama, dengan menjaga adab dan moral yang ditetapkan Islam.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri ra bahawa seorang wanita telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Ya Rasulullah! Kaum lelaki mendapat manfaat daripada pengajian engkau, oleh kerana itu, jadikanlah satu masa, atau satu hari untuk kami, yang mana kami boleh datang kepada engkau dan engkau boleh kami apa yang Allah SWT telah mengajar engkau.” Rasulullah SAW menjawab: “Berkumpullah pada hari itu (hari-hari tertentu) di tempat-tempat tertentu.” Mereka berkumpul dan Rasulullah SAW datang kepada mereka dan mengajar mereka apa yan Allah SWT telah ajar baginda SAW. Jadi, ketika itu, para wanita tidak meminta untuk bersaing dengan lelaki di dalam satu sesi, bahkan mereka mahukan sesi khas untuk mereka. Di sebalik ramainya wanita yang berpendidikan di dalam sejarah, hanya sedikit sahaja daripada mereka yang mengajar kaum lelaki, dan ia dilakukan di sebalik tabir/tirai.
Para wanita ketika itu sering hadir pada majlis ilmu yang disampaikan kaum lelaki. Akan tetapi mereka menjaga adab dan tatatusila mereka, mereka akan duduk di tempat di mana mereka dapat mendengar ilmu yang disampaikan dalam masa yang sama tidak bercampur baur dengan lelaki bukan mahram. Inilah yang menjadi jalan kaum muslimin. Pada zaman kini, dengan ramainya umat Islam yang berpindah ke negara bukan Islam, adalah menjadi satu keperluan untuk umat Islam berkumpul di masjid and pusat Islam yang wujud di tempat mereka. Ini untuk melindungi mereka dan anak-anak mereka, dalam masa yang sama membolehkan mempelajari hukum hakam Islam dan berdakwah kepada Islam.
Pada pandangan kami, apa yang paling tepat dalam situasi begini ialah dengan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti dakwah tersebut, akan tetapi di kalangan wanita sahaja. Ini membolehkan seorang wanita dapat menyertai kegiatan dakwah dalam masa yang sama dapat menjamin beliau daripada kehilangan nilai-nilai keIslaman di dalam dirinya. Kami berpendapat, seorang wanita tidak patut terlibat dengan lelaki bukan mahram walauapapun keadaan kerana beberapa sebab:
1) Perempuan dituntut menghijab diri mereka dan tidak bercakap dengan bukan mahram kecuali untuk alasan yang munasabah, tanpa memanjang-manjangkan perbualan. Dan untuk seorang wanita memberikan kuliah kepada lelaki, ia sudah cukup untuk melanggar syarat ini kerana kebiasaannya ia menuntut penjelasan yang panjang lebar dan bertukar-tukar pendapat.
2) Adalah hampir mustahil untuk menemui mana-mana masjid atau pusat Islam yang mana jumlah lelaki yang berilmu dalam hal syariah kurang daripada jumlah wanita yang berilmu dalam bidang yang sama. Adalah lebih wajar untuk memainkan peranan lelaki di dalam hal ini, dan meletakkan wanita di tempat yang lebih sesuai untuk fitrah semulajadi mereka. Akan tetapi jika tiada kaum lelaki yang berilmu, kita masih boleh membawa pendakwah-pendakwah lelaki dari tempat lain ke tempat kita. Hal ini terlah dipraktiskan dengan meluas dan ia sangat berguna.
Membenarkan wanita memberikan kuliah kepada lelaki, walaupun dengan penuh berhati-hati, akan menimbulkan banyak masalah di masa hadapan, dan kami tidak dapat membayangkannya. Apatah lagi, ia boleh menjadi satu contoh yang buruk kepada orang lain. Boleh jadi, kamu mungkin terpaksa memikul dosa di atas perbuatan tersebut. Oleh kerana itu, kami percaya bahawa menghalang wanita daripada memberikan kuliah di hadapan lelaki adalah lebih baik untuk menutup jalan-jalan kerosakan, untuk mengikut sunnnah di dalam mengajar Islam dan mengajak manusia kepadanya, dan untuk melindungi maruah wanita Islam dengan tidak meletakkan mereka di dalam situasi yang memalukan/menjatuhkan maruah.
Oleh yang demikian, banyak batas-batas syarie yang menunjukkan bahawa menghalang hal ini daripada berlaku dapat memastikan maslahah-maslahah yang mesti dipegang setiap orang, dan dalam masa yang sama manfaat yang terhasil dengan membiarkan wanita memberi kuliah di hadapan lelaki adalah sedikit berbanding dengan mudharat yang terhasil.
Menguatkan suara di dalam talbiyah ketika haji dan umrah dituntut di dalam syara’, akan tetapi wanita terkecuali daripada hukum ini, sebagaimana mereka dikecualikan daripada menguatkan suara di dalam solat dan daripada melakukan azan. Walaupun menguatkan suara di dalam dua ibadah ini merupakan rukun, akan tetapi wanita dikecualikan daripada hukum ini kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada manfaat. Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui? [al-Mulk 67:14]
Kesimpulannya, keburukan yang berlaku apabila wanita memberikan kuliah di hadapan lelaki adalah lebih besar daripada manfaat yang ada. Ilmuan-ilmuan Islam bersetuju bahawa menjauhi kerosakan lebih diutamakan daripada mengambil manfaat apabila berlaku pertembungan antara keduanya.
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=E&Id=82157&Option=FatwaId