Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Cara-cara menyucikan daripada najis

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Cara-cara menyucikan daripada najis   Tue Apr 13, 2010 10:18 am

Berikut beberapa penjelasan mengenai cara membersihkan najis sebagai kelanjutan dari pembahasan macam-macam najis dalam tulisan sebelumnya. Semoga bermanfaat.

1 – Menyucikan kulit bangkai[1] dengan disamak

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ

“Kulit bangkai apa saja yang telah disamak, maka ia telah suci.”[2]

Namun hadis di atas tidak berlaku umum. Perlu dibezakan antara:

[1] kulit bangkai yang jika haiwannya disembelih, ia menjadi halal, maka kulit bangkai tersebut boleh suci dengan disamak.

[2] kulit bangkai yang jika haiwannya disembelih tidak membuat haiwan tersebut halal (ertinya: haiwan tersebut haram dimakan), maka kulitnya tetap tidak boleh suci dengan disamak.[3] Inilah pendapat yang lebih kuat daripada pendapat ulama yang ada.

Contoh pertama: Kulit kambing yang mati dalam keadaan bangkai, misalnya kambing itu mati dilanggar dan tidak sempat disembelih, maka boleh menjadi suci dengan disamak.

Contoh kedua: Serigala[4] mati, lalu kulitnya diambil, walaupun kulit tadi disamak, kulit tersebut tetap tidak suci (najis). Alasannya, jika serigala tersebut disembelih, ia tidak boleh membuat haiwan tersebut jadi halal, maka jika kulit haiwan tersebut disamak, maka tidak membuat jadi suci. Kulit serigala ini masih tetap najis berbeza dengan kulit kambing tadi. Walaubagaimanapun, kulit serigla ini boleh digunakan untuk keadaan kering saja. Ini erana dalam keadaan kering, najisnya tidak menyebar luas. Demikian penjelasan dari Al Faqih Shaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin rahimahullah dengan perubahan teks.[5]

2 – Menyucikan bekas yang dijilat anjing[6]

Dari Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ

“Cara menyucikan bekas di antara kalian apabila dijilat anjing adalah dicuci sebanyak tujuh kali dan awalnya dengan tanah.” [7]

Sebagaiman diterangkan oleh An-Nawawi rahimahullah, mengenai cara membersihkan jilatan anjing ada beberapa riwayat. Ada riwayat yang menyebut “سَبْع مَرَّات”, iaitu tujuh kali. Ada riwayat lain menyebut “سَبْع مَرَّات أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ”, iaitu tujuh kali dan awalnya dengan tanah. Ada lagi yang menyebut “أُخْرَاهُنَّ أَوْ أُولَاهُنَّ”, iaitu yang terakhir atau pertamanya. Ada riwayat menyebut, “سَبْع مَرَّات السَّابِعَة بِالتُّرَابِ”, iaitu tujuh kali dan yang ketujuh dengan tanah.Ada yang menyebut, “سَبْع مَرَّات وَعَفِّرُوهُ الثَّامِنَة بِالتُّرَابِ”, iaitu tujuh kali dan yang kelapan dilumuri dengan tanah.”

Selanjutnya An-Nawawi mengatakan, “Al-Baihaqi dan selainnya telah mengeluarkan seluruh riwayat ini. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kata “yang pertama” dan penyebutan urutan lainnya bukanlah syarat, namun yang dimaksudkan adalah “salah satunya dengan tanah”. Adapun riwayat terakhir yang menyatakan “yang terakhir dilumuri tanah, maka menurut mazhab Syafi’iyah dan mazhab majoriti ulama bahawa yang dimaksud adalah cucilah tujuh kali, salah satu dari yang tujuh itu dengan tanah bersama air. Maka seakan-akan tanah tadi mengganti cara mencuci sehingga disebut kelapan. Wallahu a’lam. ”[8]

Shaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin rahimahullah menjelaskan bahawa yang dimaksud “pertamanya dengan tanah” ada tiga pilihan: [1] Awalnya disiram air, lalu dilumuri tanah, [2] Dilumuri tanah terlebih dahulu, lalu disiram air, atau [3] Mencampuri tanah dan air, lalu dilumuri pada bekas yang dijilat anjing.[9]

3 – Menyucikan pakaian yang terkena darah haidh

Dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian dia berkata,

إِحْدَانَا يُصِيبُ ثَوْبَهَا مِنْ دَمِ الْحَيْضَةِ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهِ

“Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haidh. Apa yang mesti kami perbuat?”

Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

تَحُتُّهُ ثُمَّ تَقْرُصُهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ تَنْضَحُهُ ثُمَّ تُصَلِّى فِيهِ

“Buangkan darah haidh dari pakaian tersebut kemudian kikislah kotoran yang masih tersisa dengan air, lalu cucilah[10]. Kemudian solatlah dengannya.”[11]

Kalau masih ada bekas darah haidh yang tertinggal setelah dibersihkan tadi, maka hal ini tidaklah mengapa.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata bahawa Khaulah binti Yasar berkata pada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam,

يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ لِى إِلاَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ وَأَنَا أَحِيضُ فِيهِ. قَالَ « فَإِذَا طَهُرْتِ فَاغْسِلِى مَوْضِعَ الدَّمِ ثُمَّ صَلِّى فِيهِ ». قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ لَمْ يَخْرُجْ أَثَرُهُ قَالَ « يَكْفِيكِ الْمَاءُ وَلاَ يَضُرُّكِ أَثَرُهُ »

“Wahai Rasulullah, aku hanya memiliki satu pakaian. Bagaimana ketika haidh saya memakai pakaian itu juga?”

Lantas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika engkau telah suci, cucilah bahagian pakaianmu yang terkena darah lalu solatlah dengannya.”

Lalu Khaulah berujar lagi, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika kesannya (kesan darah) tidak hilang?”

Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Air sudah cukup untuk (sudah menghilangkan najis tersebut), sehingga kesannya (kesan darah haidah) tidaklah membahayakanmu.”[12]

Jika wanita ingin membersihkan darah haidh tersebut dengan menggunakan kayu sikat atau alat lainnya atau dengan menggunakan air dan sabun atau pembersih lainnya untuk menghilangkan darah haidh tadi, maka ini lebih baik[13]. Dalilnya adalah hadis Ummu Qais binti Mihshon, beliau mengatakan,

سَأَلْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضِ يَكُونُ فِى الثَّوْبِ قَالَ « حُكِّيهِ بِضِلْعٍ وَاغْسِلِيهِ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ ».

“Aku bertanya pada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai darah haidh yang mengenai pakaian. Baginda menjawab, “Gosoklah dengan tulang dan cucilah dengan air dan sidr (sejenis tanaman)”.”[14]

4 – Menyucikan hhujung pakaian wanita

Dari ibu Ibrohim bin Abdur Rahman bin ‘Auf bahawasanya beliau bertanya kepada Ummu Salamah –salah satu isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam-. Beliau berkata,

إِنِّى امْرَأَةٌ أُطِيلُ ذَيْلِى وَأَمْشِى فِى الْمَكَانِ الْقَذِرِ.

“Aku adalah wanita yang berpakaian panjang. Bagaimana kalau aku sering berjalan di tempat yang kotor?”

Ummu Salamah berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يُطَهِّرُهُ مَا بَعْدَهُ

“Tanah yang berikutnya akan menyucikan najis sebelumnya.”[15]

Sebahagian ulama menyatakan bahawa yang dimaksud najis dalam hadis di atas adalah najis yang sifatnya kering, seperti Imam Ahmad[16] dan Imam Malik. Menurut mereka, jika hujung pakaian wanita terkena najis yang sifatnya basah, maka tidak boleh disucikan dengan tanah berikutnya, namun mesti dengan cara dicuci.

Al-Baghawi rahimahullah mengatakan, “Ada yang memahami bahawa najis yang dimaksud dalam hadis ini adalah najis yang sifatnya kering saja. Ini pendapat yang sebenarnya perlu dikritik. Ini kerana najis yang mengenai pakaian wanita pada umumnya yang didapati ketika berjalan di tempat yang kotor dan di sana umumnya ditemui kotoran yang sifatnya basah. Inilah yang biasa kita perhatikan dalam kehidupan seharian. Jadi, jika seseorang mengeluarkan maksud kotoran yang sifatnya basah ini dari maksud hadis tersebut –padahal ini umumnya atau seringnya kita temui-, maka ini adalah anggapan yang teramat jauh.”[17]

Al-Imam Muhammad rahimahullah mengatakan, “Tidak mengapa jika hujung pakaian wanita terkena kotoran (najis) selama kotoran tersebut tidak seukuran dirham yang besar (ertinya: kotorannya banyak, pen). Jika kotoran tersebut banyak, maka tidak boleh solat dengan menggunakan pakaian tersebut sehingalah ia dibersihkan (dicuci).” Demikian pula pendapat Imam Abu Hanifah rahimahullah.[18]

5 – Membersihkan pakaian daripada kencing bayi yang belum memakan makanan

Dari Abus Samhi –pembantu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam-, beliau berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلاَمِ

“Membersihkan kencing bayi perempuan adalah dengan dicuci, sedangkan bayi lelaki cukup dengan direnjisi.”[19]

Yang dimaksudkan di sini adalah bayi yang masih menyusui dan belum memakan makanan. Kencing bayi lelaki dan perempuan sama-sama najis, namun cara menyucikannya saja yang berbeza.[20]

Dalil kenapa yang dimaksud di sini adalah bayi yang belum memakan makanan adalah hadis berikut.

عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ أُخْتِ عُكَّاشَةَ بْنِ مِحْصَنٍ قَالَتْ دَخَلْتُ بِابْنٍ لِى عَلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّهُ.

“Daripada Ummu Qois binti Mihshon (saudara ‘Ukkasyah bin Mihshon), dia berkata, “Aku pernah masuk menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa puteraku –yang belum pernah makan makanan-. Kemudian anakku tadi kencing kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau pun meminta air untuk diperci (pada bekas kencing tadi, pen).”[21]

Apa yang dimaksud dengan bayi yang belum makan makanan? Al-Faqih Shaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin rahimahullah menjelaskan, “Bukanlah yang dimaksud bahawa bayi tersebut tidak makan makanan sama sekali. Ini Kerana seandainya kita katakan demikian, bayi ketika awal-awal lahir, ia pun sudah merasai sedikit makanan. Akan tetapi yang dimaksudkan tidak makan makanan adalah makanan sudah menjadi pengganti kepada susu ibu atau ia makan makanan sudah lebih banyak daripada susu ibu. Namun jika susu ibu masih jadi makanan utamanya, maka sudah jelas. Adapun jika makanan sudah menjadi majoriti yang dia makan, maka kita menangkan majoritinya (iaitu dianggap dia sudah makan makanan, pen).”[22]

6 – Membersihkan pakaian yang terkena mazi

Dari Sahl bin Hunaif, beliau berkata,

كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الاِغْتِسَالَ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ « إِنَّمَا يُجْزِيكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ». قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَكَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِى مِنْهُ قَالَ « يَكْفِيكَ بِأَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهَا مِنْ ثَوْبِكَ حَيْثُ تُرَى أَنَّهُ أَصَابَهُ ».

“Dulu aku sering terkena mazi sehingga aku sering mandi. Lalu aku menyoal hal ini kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai kejadian yang menimpaku ini. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, ‘Cukup bagimu berwudhu ketika mendapati seperti ini.’ Aku lantas berkata lagi, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada sebahagian mazi yang mengenai pakaianku?’. Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Cukup bagimu mengambil air seukuran telapak tangan, lalu engkau renjisi pada pakaianmu ketika engkau terkena mazi’.” [23]

Asy-Syaukani rahimahullah menjelaskan, “Hadis ini menjelaskan bahawa jika mazi cuma direnjis (air) saja, maka itu sudah cukup untuk menghilangkan najisnya. … Ini menunjukkan bahawa memerciknya termasuk kewajipan. Mazi adalah najis yang ringan, sehingga diberi keringanan cara menyucikannya.”[24]

Ini adalah perilaku terhadap pakaian yang terkena mazi, iaitu cukup direnjis air. Sedangkan kemaluannya cukup dibersihkan dan bersucinya adalah dengan berwudhu, tanpa perlu mandi wajib.

7 – Menyucikan bahagian bawah alas kaki (kasut)

Daripada Abu Sa’id Al Khudri, beliau berkata, “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah solat bersama para sahabatnya. Ketika baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam melepas kedua kasutnya dan meletakkannya di sebelah kirinya, tatkala para sahabat melihat hal itu, mereka pun ikut membuka kasut mereka. Ketika selesai solat, baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Kenapa kalian membuka kasut kalian?”. Mereka menjawab, “Kami melihat engkau membuka kasutmu, maka kami juga ikut membuka kasut kami.” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas memberitahu mereka, “Sesungguhnya Jibril sallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangiku dan memberitahu aku bahawa di kasutku itu terdapat kotoran.” Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda,

« إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ فَإِنْ رَأَى فِى نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا »

“Apabila salah seorang di antara kalian pergi ke masjid, maka lihatlah, jika terdapat kotoran (najis) atau suatu gangguan di kasut kalian, maka usaplah kasut tersebut (ke tanah) dan solatlah dengan keduanya.”[25]

Ash-Shon’ani rahimahullah menjelaskan, “Hadis ini menunjukkan disyariatkannya solat dengan menggunakan kasut[26]. Hadis ini menunjukkan pula bahawa mengusap kasut yang terkena najis (ke tanah), itu sudah menyucikannya. Kotoran (najis) yang dimaksud di sini mencakupi yang basah atau pun yang kering. Sebab cerita hadis ini adalah bahawasanya Jibril mengkhabarkan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa di kasut beliau terdapat kotoran ketika beliau solat. (Lalu beliau pun membuka kasutnya) dan terus melanjutkan solat. Oleh kerana itu, jika seseorang berada dalam solat dan ia terkena najis tanpa dia ketahui atau lupa, kemudian dia mengetahuinya ketika di pertengahan solat, maka dia wajib menghilangkan najis tersebut. Kemudian dia pun terus menyambung solatnya.”[27]

8 – Menyucikan tanah

Daripada Abu Hurairah, beliau radiallahu ‘anhu berkata,

قَامَ أَعْرَابِىٌّ فَبَالَ فِى الْمَسْجِدِ فَتَنَاوَلَهُ النَّاسُ ، فَقَالَ لَهُمُ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « دَعُوهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلاً مِنْ مَاءٍ ، أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ ، فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ ، وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ »

“Seorang arab Badwi pernah kencing di masjid, lalu para sahabat ingin mengherdiknya. Lantas Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada para sahabatnya, “Biarkan dia! (Setelah dia kencing), siramlah kencing tersebut dengan sebekas air. Kalian itu diutus untuk mendatangkan kemudahan dan bukan bukan untuk menyultikan”.” [28]

Di dalam hadis di atas, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh menyiram tanah yang terkena kencing tadi dengan air dengan maksud untuk mempercepatkan sucinya tanah daripada najis. Seandainya tanah tersebut dibiarkan hingga kering, lalu hilang bekas najisnya, maka tanah tersebut juga sudah dinilai suci. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma mengenai anjing yang keluar-masuk masjid dan kencing di sana, namun dibiarkan begitu saja tanpa disiram atau direnjis dengan air. Beliau berkata,

كَانَتِ الْكِلاَبُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِى الْمَسْجِدِ فِى زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

“Beberapa ekor anjing sering kencing dan keluar-masuk masjid pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun mereka (Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya) tidak memercikkan air/membasuh kencing anjing tersebut.”[29]

Apakah Menghilangkan Najis Mesti dengan Menggunakan Air?

Para ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Yang masyhur dalam mazhab Imam Malik, Imam Ahmad dan pendapat baru dari Imam Asy Syafi’i, juga Asy Syaukani bahawa untuk menghilangkan najis disyaratkan dengan menggunakan air, tidak boleh berpaling pada yang lainnya kecuali jika ada dalil.

Sedangkan menurut mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat lain dari Imam Malik dan Imam Ahmad, pendapat yang lama dari Imam Asy Syafi’i[30], pendapat Ibnu Hazm[31], Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah[32] dan pendapat Shaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin[33] bahawa diperbolehkan menghilangkan najis dengan cara apa pun dan tidak dipersyaratkan menggunakan air. Pendapat kedua inilah yang lebih tepat.

Alasan-alasan yang mendukung pendapat kedua ini:

Pertama: Jika air boleh digunakan untuk menyucikan yang lain, maka demikian pula setiap benda atau cairan yang boleh menyucikan dan menghilangkan najis benda lain juga berlaku demikian.

Kedua: Syari’at memerintahkan menghilangkan najis dengan air pada beberapa perkara tertentu, namun syariat tidak memaksudkan bahawa setiap najis mesti dihilangkan dengan air.

Ketiga: Syari’at membolehkan menghilangkan najis dengan selain air. Seperti ketika istijmar iaitu membersihkan kotoran ketika buang air dengan menggunakan batu. Contoh lainnya adalah menyucikan kasut yang terkena najis dengan tanah. Begitu pula membersihkan hujung pakaian wanita yang panjang dengan tanah berikutnya. Sebagaimana dalil tentang hal ini telah kami sebutkan.

Keempat: Membersihkan najis bukanlah bahagian perintah, namun menghindarkan diri daripada sesuatu yang mesti dijauhi. Jika najis tersebut telah hilang dengan berbagai cara, maka bererti najis tersebut sudah dianggap hilang.

Terakhir, yang menguatkan hal ini lagi: khomr (menurut ulama yang menganggapnya najis) jika telah berubah menjadi cuka, maka ia dihukumi suci dan ini berdasarkan kesepakatan para ulama.[34]

Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Pendapat yang terkuat dalam masalah ini bahawasanya najis apabila saja ia hilang dengan cara apa pun, maka hilang pula hukum najisnya. Ini kerana hukum terhadap sesuatu jika illah (sebab)-nya telah hilang, maka hilang pula hukumnya. Akan tetapi tidak boleh menggunakan makanan dan minuman untuk menghilangkan najis tanpa ada keperluan kerana dalam hal ini menimbulkan kerosakan terhadap harta dan juga tidak boleh beristinja’ dengan menggunakan keduanya.”[35]

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel www.muslim.or.id
[1] Bangkai adalah haiwan yang mati begitu saja tanpa melalui penyembelihan yang syar’i.

[2] HR. An-Nasa’i no. 4241, At-Tirmizi no. 1728, Ibnu Majah no. 3609, Ad-Darimi dan Ahmad. Shaikh Al-Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir wa Ziyadatuhu no. 4476 mengatakan bahawa hadis ini sahih.

[3] Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat ulama. Ada sebahagian ulama yang menganggap bahawa haiwan yang haram sekali pun jika kulitnya disamak tetap menjadikan kulitnya suci. Mereka berdalil dengan keumuman hadis tentang kulit yang disamak. Namun pendapat yang dipilih oleh Shaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin itulah yang lebih tepat, sebagaimana alasan yang beliau sebutkan di atas.

[4] Serigala adalah haiwan yang haram dimakan kerana termasuk haiwan buas. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ ذِى نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ فَأَكْلُهُ حَرَامٌ

“Setiap haiwan buas yang bertaring haram untuk dimakan.” (HR. Muslim no. 1933, dari Abu Hurairah).

[5] Lihat Fathu Dzil Jalaali wal Ikrom Syarh Bulughil Marom, Shaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin, 1/159, Madarul Wathon Lin Nasyr, cetakan pertama, tahun 1425 H.

[6] Adapun mengenai najis pada anjing terdapat tiga pendapat di kalangan para ulama :

Pertama, seluruh tubuhnya najis bahkan termasuk bulu (rambutnya). Ini adalah pendapat Imam Syafi’i dan salah satu daripada dua riwayat (pendapat) Imam Ahmad.

Kedua, anjing itu suci termasuk pula air liurnya. Inilah pendapat yang masyhur dari Imam Malik.

Ketiga, air liurnya itu najis dan bulunya itu suci. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah dan pendapat lain dari Imam Ahmad.

Yang terkuat adalah pendapat ketiga sebagaimana pernah kami terangkan pada tulisan sebelumnya. (Lihat Majmu’ Al Fatawa, Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 21/616-620, Darul Wafa’, cetakan ketiga, 1426 H)

[7] HR. Muslim no. 279

[8] Al Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al Hajjaj, Yahya bin Syarf An-Nawawi, 3/185, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392.

[9] Lihat Fathu Dzil Jalaali wal Ikrom Syarh Bulughil Marom, 1/95.

[10] Makna cuci (al ghuslu) di sini sebagaimana diterangkan oleh Al Faqih Shaikh Muhammad bin Soleh Al ‘Uthaimin rahimahullah. Lihat Fathu Dzil Jalaali wal Ikrom Syarh Bulughil Marom, 1/219.

[11] HR. Al-Bukhari no. 227 dan Muslim no. 291

[12] HR. Ahmad. Shaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadis ini hasan.

[13] Lihat Sahih Fiqh Sunnah, Shaikh Abu Malik, 1/84, Al Maktabah At Taufiqiyah.

[14] HR. Abu Daud no. 363, An-Nasai no. 292, 395, dan Ahmad (6/355). Shaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih.

[15] HR. Abu Daud no. 383, Tirmidzi no. 143, dan Ibnu Majah no. 531. Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dho’if Sunan Abi Daud mengatakan bahawa hadis ini sahih.

[16] Al Atsrom pernah mendengar Ahmad bin Hambal ditanya mengenai hadis Ummu Salamah “tanah berikutnya akan menyucikan najis sebelumnya”. Beliau rahimahullah menjawab, “Menurutku wanita tersebut bukanlah terkena kencing, lalu disucikan dengan tanah selanjutnya. Akan tetapi, dia melalui tempat yang kotor (bukan najis yang basah, pen) kemudian dia melalui tempat yang lebih suci, lalu tempat tersebut menyucikan najis sebelumnya.” (Lihat Al Istidzkar, Ibnu ‘Abdil Barr, 1/171, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan pertama, 1421 H)

[17] Lihat Tuhfatul Ahwadzi, Muhammad Abdurrahman Al Mubarakfuri, 1/372, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah.

[18] Idem.

[19] HR. Abu Daud no. 376 dan An Nasa’i no. 304. Shaikh Al-Albani dalam Al Jami Ash Shogir wa Ziyadatuhu mengatakan bahawa hadis ini sahih.

[20] Lihat Tawdhihul Ahkam, Shaikh Ali Basam, 1/176-177, Darul Atsar

[21] HR. Al-Bukhari no. 5693 dan Muslim no. 287.

[22] Fathu Dzil Jalali wal Ikrom Syarh Bulughil Marom, 1/214.

[23] HR. Abu Daud no. 210, Tirmidzi no. 115, dan Ibnu Majah no. 506. Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dho’if Sunan Abi Daud mengatakan bahawa hadis ini hasan.

[24] As Sailul Jaror, Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Asy Syaukani, 1/35, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan pertama, tahun 1405 H.

[25] HR. Abu Daud no. 650. Shaikh Al-Albani mengatakan dalam Sahih wa Dho’if Sunan Abi Daud bahawa hadis ini sahih.

[26] Dengan catatan, solat dengan kasut boleh dilakukan jika disesuaikan dengan keadaan tempat solat. Jika zaman sekarang ini, masjid dilengkapi dengan lantai marmar dan karpet, maka sudah semestinya tidak menggunakan kasut di dalam masjid. Sunnah ini boleh dilakukan ketika di luar masjid seperti ketika bersafar.

[27] Subulus Salam, Muhammad bin Isma’il Ash Shon’ani, 1/137, Maktabah Musthofa, cetakan keempat, tahun 1379.

[28] HR. Al-Bukhari no. 220

[29] HR. Al-Bukhari no. 174

[30] Lihat penjelasan Shaikh Abu Malik dalam Sahih Fiqh Sunnah, 1/86.

[31] Lihat Al Muhalla, Ibnu Hazm, 1/92, Mawqi’ Ya’sub.

[32] Lihat Majmu’ Al Fatawa, Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 21/475, Darul Wafa’, cetakan ketiga, tahun 1426 H.

[33] Lihat Fathu Dzil Jalali wal Ikrom, hal. 176.

[34] Lihat penjelasan dalam Sahih Fiqh Sunnah, 1/86-87.

[35] Majmu’ Al Fatawa, 21/475.

http://soaljawab.wordpress.com/2010/02/16/cara-cara-menyucikan-najis/
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Cara-cara menyucikan daripada najis
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: