Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Sun Jun 14, 2009 12:25 pm

Assalamualaikum wbt.

Kongsikan cerita dan pengalaman sahabat-sahabat semua yang berkaitan dengan tajuk di atas.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Sun Jun 14, 2009 11:29 pm

Assalamualaikum wbt.

Saya mulakan dengan perkongsian saya. Saya bahagikan pengalaman saya kepada beberapa fasa:

a) Fasa 1- Selepas SPM

Saya mula belajar dari ustaz-ustaz berManhaj Salaf di Melaka, dengan Ustaz Minghat Mahmut, Ustaz Muhammad Yatim. Kitab yang saya pelajari ialah Fathul Majid, Aqidah Wasathiah, dan Feqh ad-Daulah. Sebelum ini, di zaman sekolah saya mengenali Manhaj ini dari laman AAN.

Cabaran pertama ialah apabila bapa saya menghalang saya daripada menghadiri kuliah-kuliah tersebut. Ini disebabkan aduan jemaah kampung, yang tidak senang hati kerana saya menjadi imam dan membaca al-Fatihah dengan membaca Basmalah secara perlahan. Itu ialah silap saya kerana terlalu gopoh dalam hal yang tidak patut saya beratkan.

b) Fasa 2- Matrik UIA PJ.

Saya diperkenalkan dengan Ustaz Mazslee, tapi saya tidak bertem dengan sahabat-sahabat seManhaj. Tiba satu hari di mana ia adalah Malam Nisfu Sya'ban. Maka saya memutuskan seorang diri untuk menampal fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi di blok-blok. Saya mendapat bantuan seorang rakan saya, Eazle.

Ketika sedang menampal di dinding dan papan kenyataan, saya dicuit dari belakang. Rupa-rupanya di belakang saya ialah fellow Mahalah. Saya dipanggil masuk ke bilik Fellow, dan beliau membelek-belek risalah yang saya tampal (nasib baik ketika itu tinggal sedikit sahaja). Beliau menyatakan risalah kamu bagus, tapi kamu dah buat beberapa kesalahan:

-risalah tiada cop
-tiada nama penulis dan pihak yang menampal
-menampal di tempat yang tidak sepatutnya.

Dan fellow memulangkan risalah saya dan mengingatkan saya agar tidak mengulanginya lagi.

Debat dengan Ustaz Mahfuz dan Uthman Muhammadi

Ketika itu ada majlis forum oleh aliran Khalaf. Ketika sesi dialog saya telah mengajukan soalan dan membantah penipuan fakta yang dilakukan panel forum. Ketika itu saya telah meninggikan suara saya, diselangi dengan laungan takbir dari rakan-rakan saya (entah saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba mereka melaungkan Allahuakbar).

Beberapa hari kemudian, saya menghadap fellow hostel saya, beliau menegur sikap saya yang tidak sopan, meninggikan suara dan memecah belahkan pelajar. Beliau menyatakan ada orang membuat aduan tentang saya kepada beliau.

---

Cukuplah dahulu, nanti saya sambung lagi---->
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
abu_muawiyah



Posts : 4
Join date : 14/06/2009
Age : 30
Location : Gombak

PostSubject: permulaan sunnah ku   Tue Jun 16, 2009 5:08 pm

salam..

biasalah..mula2 nak belajar agama ni memang banyak dugaannya.

alkisahnya, ketika di sekolah menengah takde la kenal sangat,cuma pemikiran TG Nik Aziz sedikit sebnyak mencetus perubahan..
pernah bertekad belajar kat pondok Pasur Tumboh selepas SPM,persediaan sebelum memasuki Universiti. tp jodoh tak lama,ada masalah berlaku.tak payah ceritalah

masuk form 6 kejap, saya diperkenalkan oleh seorang ustaz di maahad untuk belajar Hadis dgn Maulana Mohd Asri Yusoff.
First time pergi, ust uzur...beberapa kali pergi,dia masih uzur. Ikutkan hati,malas nk pergi dah..Tp entahlah, macam ada sesuatu dalam diri ini menuntut utk ke sana lagi..bknnya dekat..

Akhirnya, sempat juga pergi.. tp yg bestnya, mula2 dengar kuliah>>tak faham langsung!!!sebab ustaz masa tu sedang membahaskan kedudukan sanad hadis..ape benda la sanad??adoiii..

tp lama-kelamaan barulah faham sikit2..yg penting kena mujahadah sikit. Serius,saya takk kisah orang tu pandai cakap dgn lantang ke tidak,yg penting isi yg disamapaikan dapat memberi "sesuatu" kepada diri ini.

lepas tu, masuk matrik..ada kawan senior awal2 bagitau supaya mencari Ust Maszlee malik..sama macm Masri.. tapi dia tu junior la..kami orang lama..saya bertemu mula2 dgn Eazle la..

pastu,masuk Gombak..mencari ust Arif nazri plk..
dan belajar Bahasa Arab ala salafi dgn Yazid plk..

dan jumpa................. tongue

Wallahua'lam
Back to top Go down
View user profile http://abu-muawiyah.blogspot.com/
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Thu Jun 18, 2009 3:18 am

Assalamualaikum,

Kalau akhi Masri pun ada fasa, ana pun nak cerita ikut fasa jugak la.

FASA 1:

Pertama kali jatuh cinta dengan sunnah ni sejak belajar subjek Pendidikan al-Quran & al-Sunnah(PQS) waktu dekat SMKA Kerian
tahun 2005.Yang mengajar Ustaz Ramli Sha`ri.Ana punya minat subjek ni sampai ana hafal kesemua hadith-hadith yang ada dalam buku teks.Walaupun Ustaz tak suruh hafal semua ana hafal juga.Tak kurang juga ana berjaya habiskan bacaan kitab Hadith 40 dalam karya Imam Nawawi dalam masa 2 hari.Di samping mempelajari subjek ni ana minat juga kitab Ihya` `Ulumuddin karya Imam al-Ghazali, balik cuti sekolah ana khuruj dengan Tabligh(tak sempat 40hari pasal mak marah).Ana masih mencari waktu di tingkatan empat,ana jumpa seorang kawan (tasawwuf) di SMKA, kami banyak berbincang masalah agama,suluk,akhlak dan juga cara-cara hendak mendekatkan diri dengan Allah,tapi waktu tu perbincangan hanya berdasarkan perasaan dan juga kehendak hati.Terkesan dengan perwatakan dan juga amalan kawan ni ana pun ikut dia beruzlah di surau setiap malam, bangkit buat qiamulail(ala bid`ah),baca quran dan berbincang persoalan tasawwuf.

Shahih Bukhari Dan Buku Tulisan Dr Maza.

Waktu cuti sekolah dalam tahun 2005, ana teruskan pengajian dengan menghadirii pengajian-pengajian agama di sekitar Selama Perak.Pengajian Tauhid Asya`irah(ana tak ingat nama kitab) dan juga tasawwuf (kitab Ihya``Ulumuddin)antara yang mengisi waktu cuti ana.Ana ke kedai buku agama di Bagan Serai beli Kitab Bustanul `Ariffin karya Imam Nawawi.Membaca kitab ni ana nampak sedikit betapa pentingnya mempelajari ilmu mustalah al-Hadith.Ana masih mencari, ana fikir waktu tu ana mesti dapatkan Kitab Shahih al-Bukhari.Cari punya cari semua kedai-kedai buku agama dekat area Selama,Bagan Serai dan Taiping tak ada satu pun yang jual Kitab Shahih Bukhari walaupun yang terjemahan.Ana berlepas ke KL rumah abang, tinggal di rumah abang (waktu tu dekat Ampang) ana tak tau lagi kedai-kedai yang ada jual buku agama.Ana pergi Kinokuniya dekat Suria KLCC, akhirnya dengan kuasa Allah ta`la ana jumpa Kitab Mukhtashar Shahih Bukhari(edisi terjemahan) harga RM63.

Dah beli Shahih Bukhari pun waktu tu ana masih lagi tak berapa faham.Ana mula beli majalah I, Isu waktu tu ana rasa pasal debat Dr Maza dengan Astora Jabat.Ana pun mengikuti perkembangan debat melalui tulisan dan juga VCD,dekat sini ana mula nampak cara Dr Maza berhujjah dengan al-Quran & al-Hadith yang shahih berbeza dengan penceramah-penceramah yang selalu ana dengar.Ana pun mula cari buku-buku tulisan Dr Maza, buku tulisan Dr Maza yang pertama ana beli dan baca adalah buku" Menangkis Pencemaran
Terhadap Agama & Tokoh-tokohnya".Tulisan-tulisan Dr Asri pun banyak yang anak ikuti terutamanya dalam Majalah I

Bila buka sekolah ana ikuti pengajian kitab fiqh Hidayatus Shibyan yang diajar oleh Ustaz Jamnul `Azazi b.Mulkan(adik Dr Jamnul Azhar).Pada satu hari selepas selesai kuliah beliau di Surau an-Nur SMKA Kerian, ana bertanya tentang status hadith,dan juga isu Islam Liberal lalu beliau pun menjawab bahawa dia tidak tahu.Ana pun cerita tentang Dr MAZA.Bila beliau dengar saja nama Dr Maza dia terus cakap dekat ana:" Hmm, Asri tu Wahabi".Ana pun tak faham dengan apa yang dimaksudkan ustaz, ana buat tak layan je pasal hati ana dah jatuh dengan manhaj Hadith yang dibawa oleh Dr Maza, ana pernah pergi dalam satu kursus kepimpinan dekat Bagan Serai,waktu tu Ustaz Rasyid Idris(PresidenIQ) salah seorang ustaz yang hadir,salah seorang ustaz ana juga berbisik dekat ana;" Ustaz Rasyid tu wahabi sikit".Ana meneruskan kembara bacaan ana dengan membeli buku-buku tulisan Dr Yusuf Qaradhawi,Abdullah al-Qari.


FASA 2

Selesai peperiksaan SPM,bulan 12 tahun 2006 ana berlepas ke Kelantan, untuk mengikuti Daurah Intensif Bahasa Arab yang diadakan di Pusat Bahasa Arab Yayasan Islam Kelantan(YIK) di Nilam Puri.Dekat sana ana hanya kenal ustaz-ustaz yang sangat mahir dalam bahasa arab antaranya Ustaz Che Kamaruddin(bekas student Madinah).Ana tak kenal lagi individu-individu yang aktif dalam gerakan sunnah ni.Ana hanya ikuti kuliah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat setiap hari jumaat dengan beberapa orang kawan.Kami akan pergi awal hingga boleh duduk di atas stage berhadapan dengan Tok Guru(nak ambik berkat he..he..)Ana antara yang paling sederhana di antara kawan-kawan yang lain.Ada seorang kawan ni betapa taksubnya dia bila selesau saja kuliah Tok Guru,dia terus mencapai air minum bekas tok guru,lalu diminumnya.Ana tak berapa setuju walaupun hujjahnya nak ambil berkat.
Selama 3 Bulan kursus di Nilam Puri, Alhamdulillah ana menghabiskan kursus dengan mendapat pelajar Terbaik untuk lelaki.
Dalam tahun yang sama blog madrasahhadith pun lahir, hasil daripada cita-cita ana nak buka satu sekolah mengajar hadith.

Apabila keputusan UPU keluar, ana ditakdirkan sekali lagi untuk kembali ke Nilam Puri, tapi kali ni ana menuntut sebagai pelajar asasi syari`ah di Akademi Pegajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri.Dekat sinilah ana mula kenal Sunnah dengan lebih serius melalui akh Rizal Azizan.Akh banyak pinjamkan ana buku-buku tulisan Syeikh Uthaimin,ibn Baz,al-Albani dan juga buku-buku tentang manhaj dan akidah.Alhamdulillah dekat sini juga ana mula kenal AAN yang banyak info-info tentang sunnah.Dalam bulan ogos 2007,Akh Rizal,Abu Hannan,Akh Syahril(KIAS),Sulaiman(KIAS) dan beberapa orang lagi sahabt bertolak ke Kajang menghadiri daurah Akidah anjuran INTIS dan juga YAKIN yang juga dihadiri oleh Syeikh Abu Usamah,akh Arif Ariffin,akh Ibn Yusof,akh Eazle dan juga dekat sini juga first time jumpa Ustaz Ariff,Abu Syu`aib,Ustaz Ismail Omar.Tapi waktu tu masih blur-blur lagi dalam masalah bid`ah.Alhamdulillah, Ini kira pengalaman pertama kenal secara live gerakan Sunnah di Malaysia ni.

Dalam tahun yang sama ana sekali lagi sertai Daurah Musim Cuti(DMC) dekat IQ, Kali ni pergi dengan akh Rizal,Abu Munzir,Abu Amru dan Abu Muin.Dekat sini rasanya berjumpa dengan Abu Muawiyyah(kalau tak salah).

InsyaAllah...bersambung...tunggu fasa yang berikutnya dari Akh Syeikh Abu Usamah.. i

,
,.
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Thu Jun 18, 2009 10:14 pm

Fasa seterusnya ialah apabila menjejakkan kaki ke Gombak sampai sekarang.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Abu MardhiYYah



Posts : 34
Join date : 13/06/2009
Age : 30
Location : UIA

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Mon Jun 22, 2009 2:34 pm

abu ayyub punya penjelasan berfasa2...haha..saya ni alhmdulilah Allah bukakan jalan untuk memilih manhaj ni, tidak dinafikan terkadang ada pandangan yg mungkin sedikit berbeza bagi sebahagian perkara daripada kalangan kawan2 yg bermanhaj sama (ini senario biasa dalam medan ilmu sejak zaman berzaman), tetapi saya suka kepada disiplin ilmu dalam manhaj salaf kerana ia menambahkan saya keyakinan dalam beribadah dan membolehkan kita berhujah ttg agama kita bukan sekdar menyandarkan semata2 kepada mana2 ulamak tnpa usul periksa hujah yg digunakan....bukanlah diri ni alim dalam medan ini, ttp cuba untuk memperbaiki diri, kefahaman dari masa ke semasa..insyAllah moga Allah bantu kita semua bg meraih mardhotillah....amin
Back to top Go down
View user profile
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Tue Jun 23, 2009 5:19 pm

[quote="Abu MardiYYah"]abu ayyub punya penjelasan berfasa2...

Embarassed

He..he.. pasal panjang ceritanya,satu lagi ana ni kalau menulis payah sikit nak stop.Mula-mula malu juga nak kongsi pengalaman kat dalam forum ni, tapi atas dasar nak berkongsi pengalaman dan atas semangat persaudaraan Islam ana teruskan juga....


لما نظرت تفكّرا لديارهم ##

سحّت جفوني عبرة وتحدّرت##


Crying or Very sad Crying or Very sad
Back to top Go down
View user profile
sang murabbi



Posts : 5
Join date : 09/07/2009

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Tue Jul 21, 2009 7:49 pm

As-salam.
Ana kenal sunnah dibangku sekolah (time tu f4). Ade bro dr uia dtg wat usrah (bro tue senior kt sek tue gak). Ana nie lambat sikit join usrah tue seingat ana bulan 4 2003 kot. Bro tue dtg tepat waktu tue kerna ana time tu mcm xminat subjek agama (susah katanya-markah PQS-69%&PSI-7x%) nak kena hapal letih rasa. Tp bile bro tue dtg die bwk kaedah mempelajari agama dgn mudah dan praktikal. Mula2 minat nak join usrah tue masa kecoh2 yg xbrp kecoh tntg isu Bid'ah (semua bid'ah sesat ke ade bid'ah hasanah) jd ana pun ikut la usrah bro tue. Usrah ana yg first dgn bro tue-die bincang khutbah haajah maka jelaslah ana semua bid'ah tue sesat. maka mulai saat itu ana pun istiqomah join usrah tue-mcm2 belajar sifat wuduk,solat, bende yg kita belajar kt sekolah susah tp bile check hadith senang rupenyer
takat nie je kot nanti smbg dan slps nie kisah2 yg menarik menanti anda...
Back to top Go down
View user profile
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Wed Jul 22, 2009 8:58 am

Bro mustafa kamal...mabruk...selamat berkongsi pengalaman...

Smile
Back to top Go down
View user profile
S a j i d a



Posts : 7
Join date : 18/06/2009
Age : 29
Location : Ardhul Maliziy

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Sat Oct 24, 2009 8:15 pm

Bismillah.

Jadi wakil muslimat utk berkongsi di sini. Just quoting from my previous post in Ruang Taaruf:

"Sejarah mengenali Sunnah:
Sebenarnya adik saya dah lama bawak fikrah sunnah dalam famili, tapi buat 'dono' je sebab rasa macam pelik.. jadi berterus-terusan la jadi ahli bid'ah masa tu. then bila masa masuk matrik uia, belajar ngan Xifu Naser & dia yang banyak buat saya bukak mata pasal sunnah ni. Siap suruh buat assignment pasal bid'ah. So masa tu la kaji sikit2 pasal bid'ah ni & mula ada impian nak jadi ahli hadith. tak tahulah mampu ke tak. Rasa macam berat sangat la pulak."

Penambahan:
Bila join seminar metod hadith kat masjid ghufran, mmg hati terus mahu istiqomah di atas jalan ini. Masa tu, tak pasti kenapa hati betul-betul rasa tenang. boleh jadi kerana hati sedang diberi 'makanan' yang benar2 ia perlukan. I love you dan lepas join seminar tu jugak hati terus nekad utk 'mufaraqah' dari jemaah yang saya join time tu. Nak terus perjuangkan sunnah meski dari awal menyedari jalannya pasti berliku.

Mohon tetap thabat di atas jalan ini.
Back to top Go down
View user profile http://ummuilhami.blogspot.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Sat Oct 24, 2009 10:03 pm

Persilakan yang lain berkongsi cerita dan pengalaman.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Nur_ramadhan



Posts : 1
Join date : 31/08/2010

PostSubject: cinta   Tue Aug 31, 2010 2:54 am

saya pertama kali jatuh cinta sewaktu beru,ur 19 tahun..bagi org lain..mgkin agk tidak normal..tapi dia tlh bjya menggugat saya...tapi sygnya dia bkn lah utk saya...kami ditakdirkan semakin jauh antara 1 dgn lain...dan akhirnya saya terpaksa terima kehilangan dia..xpela kn...mgkin dia bkn jdoh sya
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf   Today at 4:36 am

Back to top Go down
 
Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Sembang-Sembang Santai :: Berkongsi Cerita-
Jump to: