INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Menjadi Asing Kerana Mengamalkan Sunnah Minum Dengan Tangan Kanan

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Menjadi Asing Kerana Mengamalkan Sunnah Minum Dengan Tangan Kanan Empty
PostSubject: Menjadi Asing Kerana Mengamalkan Sunnah Minum Dengan Tangan Kanan   Menjadi Asing Kerana Mengamalkan Sunnah Minum Dengan Tangan Kanan Icon_minitimeMon Jun 15, 2009 12:07 am

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman menjadi fasilitator untuk adik-adik sekolah yang menyertai program-program INTIS mahupun bukan INTIS mengajar dan memberi satu isyarat kepada saya: Betapa sukarnya melaksanaka sunnah di masa kini.

Saya bukan berbicara soal sunnah di dalam solat, di dalam wudhu dan lain-lain yang memerlukan mungkin huraian yang terperinci.

Saya hanya mahu memfokuskan pada satu sunnah yang teramat kecil dan teramat mudah; makan dan minum dengan tangan kanan.

Ia mudah tapi sukar. Makan dengan tangan kanan adalah biasa, tetapi minum dengan tangan kanan?

Saya tidak pasti protokol di dalam majlis bagaimana, tetapi yang saya lihat, dari orang dewasa sampai kanak-kanak, kebanyakan yang saya jumpa minum dengan tangan kiri.

Saya pernah menegur anak buah saya yang minum dengan tangan kiri, dia menjawab bahawa makan dengan tangan kanan, minum dengan tangan kiri. Saya menerangkan kepada dia Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam menyuruh makan dan minum dengan tangan kanan. Bahkan makan dan minum dengan tangan kiri adalah perbuatan syaitan.

Hadith ini seolah-olah dilupakan, seolah-olah tidak pernah wujud, seolah-olah ustaz dan ustazah di sekolah tidak pernah mengajarkannya. Jangan pelik jika anda melihat ustaz dan ustazah tanpa segan silu minum dengan tangan kiri.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan:


إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ

فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ.




Apabila seseorang kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya [ Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2020 (Kitab al-Asyrabah, Bab adab makan dan minum…). Di nukil dari buku online 7 tipu daya Syaitan]

Bila saya duduk makan dengan anak buah saya, dan di sekeliling ialah orang dewasa, tatkala melihat dia minum dengan tangan kiri, saya akan terus menegur dengan suara yang kuat, dan saya sedar ketika itu orang sekeliling saya sedang minum dengan tangan kiri.

Boleh sahaja saya menegur anak buah saya dengan suara perlahan, tapi sasaran saya ialah orang sekeliling, biar mereka dengar apa yang saya tegur pada anak buah saya. Saya mungkin tak mampu nak tegur orang dewasa secara 'direct', jadi itulah cara yang saya lakukan.

Saya tidak mahu memberi komentar kepada teknik sesetengah daripada kita yang mana memberikan alasan tangan kanan kotor, lalu cawan dipegang dengan tangan kiri. Jadi untuk mencukupkan syarat minum dengan tangan kanan, maka ditopanglah di bawah cawan dengan tangan kanan. Wallahua'alam saya tidak berani menyatakan ia boleh atau tidak, termasuk dalam sunnah minum dengan tangan kanan atau punah minum dengan tangan kiri. Cuma saya teringat kuliah Ustaz Arif Nazri, begitu juga rakaman kuliah Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang mengkritik amalan sedemikian. Beliau menerangkan bahawa cuba mereka yang buat begitu alihkan tangan kanan mereka, apakah cawan akan jatuh? Pasti tidak, sebaliknya cuba mereka alihkan tangan kiri mereka, pasti cawan mereka jatuh. Ini menunjukkan sebenarnya mereka minum dengan tangan kiri, bukan tangan kanan.

Ketika bersama adik-adik di kem-kem ibadah. Saya selalu mengungkapkan, "Hah nak jadi kawan syaitan, minumlah dengan tangan kiri". Jika di kem ibadah remaja IQ baru-baru ini, saya sering dengan rotan di tangan memerhatikan adik-adik lelaki minum, sesiapa yang minum dengan tangan kiri pasti disergah oleh saya.

Saya harap, biarlah sekurang-kurangnya selepas 3 hari itu, mereka mendapat sedikir perubahan ke arah sunnah, sekurang-kurangnya berubah dari minum dengan tangan kiri ke minum dengan tangan kanan.

Saya sebenarnya tidak faham kenapa hal sekecil ini diabaikan, diremehkan, dan akhirnya ia berleluasa.

Jika sunnah sekecil ini gagal kita pertahankan, bagaimana kita mampu nak mempertahankan benda yang lebih besar dan lebih berat?

Wallahua'lam.
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/06/menjadi-asing-kerana-mengamalkan-sunnah.html
Back to top Go down
http://intisonline.com
 
Menjadi Asing Kerana Mengamalkan Sunnah Minum Dengan Tangan Kanan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Makan dan Minum Mengikut Sunnah
» Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf
» Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya
» Sunnah Tidur
» Tatacara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Sembang-Sembang Santai :: Berkongsi Cerita-
Jump to: