Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Share | 
 

 Ayat Mutasyabihat?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts: 183
Join date: 12/06/2009
Age: 27
Location: Tampin

PostSubject: Ayat Mutasyabihat?   Mon Jun 15, 2009 2:45 pm

Assalamualaikum wbt.

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat Mutasyabihat, dan apakah sifat-sifat Allah yang ada di dalam al-Quran termasuk di dalam Mutasyabihat?
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Abu_Ayyub



Posts: 25
Join date: 14/06/2009
Age: 25
Location: ...........

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Mon Jun 15, 2009 5:32 pm

Allah s.w.t berfirman :


هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ


maksudnya:

Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
[ali Imraan 3]

Mengenai pengertian muhkam dan mutasyabih terdapat banyak perbezaan pendapat.Yang terpenting di antaranya sebagai berikut:

1) Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya,sedangkan mutasyabih hanya Allah yang mengetahui maksudnya

2)Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi satu wajah,manakala mutasyabih mengandungi banyak wajah.

3)Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain, manakala mutasyabih memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain.

Para ulama memberikan contoh ayat-ayat muhkam dalam al-quran dengan ayat-ayat tentang halal,haram,hudud(hukuman),kewajiban,janji dan ancaman.Manakala untuk ayat-ayat mutasyabih mereka mencontohkan dengan ayat-ayat mansukh dan ayat-ayat tentang Asma` Allah dan sifat-sifatNya, antara lain:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy.

[Thaha 20]


كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ


Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah Allah.

[al-Qashash 28]


يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

Tangan Allah di atas tangan mereka
[al-Fath 48]


Banyak lagi seperti dalam surah al-Fajr 89:22, al-Fath 48:6, al-Bayyinah 98:8,ali-Imraan 3:31 termasuk juga permulaan beberapa surah yang dimulai dengan huruf Hija`iyah dan hakikat hari kemudian....


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ
{ هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ }
قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكِ الَّذِينَ سَمَّى اللَّهُ فَاحْذَرُوهُمْ


Dari `Aisyah radiallahu`anha ia berkata: Rasulullah membaca ayat ini(ali-Imraan 3:7) kemudian bersabda ,apabila kamu melihat orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat mereka itulah yang telah dinamakan oleh Allah(sebagai orang yang hatinya cenderung kepada kesesatan).Maka waspadalah terhadap mereka.

HR Bukhari no:4183, Muslim no:4817,Abu Daud no:3982
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts: 183
Join date: 12/06/2009
Age: 27
Location: Tampin

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Tue Jun 16, 2009 7:37 am

Assalamualaikum wbt.

Ana pernah terbaca dalam kitab Usul at-Tafsir Shaikh Muhammad b Shalih al-Uthaimin Rahimahullahu Taala, di mana beliau menyatakan bahawa ayat-ayat berkaitan Sifat dan Zat Allah bukanlah ayat Mutasyabihat sebaliknya ia adalah ayat Muhkamat kerana maksudnya jelas dan diketahui. Yang tidak diketahui manusia cumalah kaifiat atau bentuk sifat dan zat tersebut.

Manakala Shaikh Aiman ad-Daqaq Rahimahullahu Taala, dalam satu kuliah beliau pernah menyatakan bahawa, dari segi makna, ayat-ayat berkaitan Sifat dan Zat Allah ialah Muhkamat, maksudnya jelas, yang Mutasyabihat ialah kaifiat atau bentuk sifat dan zat tersebut.

Mungkin Akhi Abu Ayyub boleh beri komentar kepada apa yang saya tahu ini.

Wallahua'lam.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Abu_Ayyub



Posts: 25
Join date: 14/06/2009
Age: 25
Location: ...........

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Wed Jun 17, 2009 10:34 pm

Syukran Akhi Abu Usamah,Ana akan bawakan tulisan Syeikh Uthaimin yang mungkin lebih jelas ...(akhi boleh juga rujuk kitab asal(klu ada)klu tak ada boleh rujuk edisi trjmhn oleh ustaz Fadlan
ini terjemahan ana klu silap tolong betulkan
Al-Quran terbahagi kepada 3 jenis jika di`itibarkan kepada al-Ihkam(jelas)dan al-tasyabuh(yg samar)kepada tiga jenis
Jenis pertama: al-Ihkam@muhkam Umum yang disifatkan oleh Allah dengannya bahawa al-Quran inii kesemuanya ialah al-ihkam.Firman Allah ta`ala:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آَيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu
Huud :1
firman Allah ta`ala lagi:(Yunus:1

firman Allah lagi:
وَإِنَّهُ فِي أُمِّ الْكِتَابِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan sesungguhnya Al Qur'an itu dalam induk Al Kitab (Lohmahfuz) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.

(Az-Zukhruf 43:4

Maksud al-Ihkam di sini iaitulah al-Itqan(kekukuhan) dan kehebatan yang terkandung dalam lafaz-lafaznya dan juga makna-maknanya maka ia adalah tujuan al-Fasohah(kelancaran) dan juga balaghah(aspek ketinggian bahasa), berita-berita yang terkandung dalam al-Quran kesemuanya adalah benar lagi bermanfaat, tiada dalamnya pembohongan, percanggahan, kesia-siaan yang tiada kebaikan di dalamnya, hukum-hukumnya kesemuanya adil, dan hukumnya tiada di dalamnya yang zalim dan tiada percanggahan dan tiada hukum yang bodoh.

ana kata: mungkin yang dimaksudkan oleh syeikh Aiman dan apa yang akhi faham kenyataan bahawa kesemua sifat-sifat Alah dan juga nama-namaNya adalah muhkam berdasarkan konteks jenis pertama..

ana sambung terjemahan tulisan syeikh Uthaimin:

Jenis Kedua:

al-Tasyabuh@mutasyabihah umum yang juga disifatkan Allah di dalam al-Quran kesemuanya datang dari jenis ini seperti firmanNya:

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

az-Zumar 39:23

makna tasyabuh dalam konteks ayat ini ialah bahawasanya kesemua al-Quran ayatnya adalah serupa yang menguatkan di antara satu sama lain dalam kesempurnaan dan juga ketinggian(kebaikan) dan juga dalam matlamat yang terpuji

ana kata: Maka apabila kita faham di kenyataan di atas ia hanyalah perbincangan menurut bahasa,manakala perbincangan ayat 7 surah ali-Imraan itu barulah perbincangan sebenar dalam masalah al-Muhkam dan juga Mutasyabihaat..

maaf mungkin ana sepatut tuliskan bermula dari perbahasan dari sudut lughah.Untuk maklumat post pertama di atas ana rujuk Kitab Mabahith Fi `Ulum al-Quran karya Syeikh Manna` Khalil al-Qattan dan kitab al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz, karya Dr Mahmud Khazir al-Majalli..

Jadi kesimpulannya apa yang akhi faham dari kenyataan Syeikh Uthaimin, Syeikh Aiman dan juga apa yang ana postkan tidak bercanggah malah saling kuat menguat..

ana teringat pensyarah ana di Nilam Puri dulu,Dr Ahmad Najib hafizahullah sering sebutkan berkaitan masalah ini mungkin seakan nampak macam bercanggah tetapi ia(ayat al-Quran)saling kuat menguat ia dinamakan at-Tanawwu` fi al-Quran(التنوّع في القرآن).
Wallahu`alam..

Back to top Go down
View user profile
Abu_Ayyub



Posts: 25
Join date: 14/06/2009
Age: 25
Location: ...........

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Wed Jun 17, 2009 11:14 pm

Bagi ana ayat-ayat sifat adalah termasuk di dalam Mutasyabihaat kerana ianya agak samar jika kita tidak merujuk kepada ahli zikr atau juga disebut dalam ayat 7 surah ali-Imraan sebagai ar-Rasikhuun fi Ilm iaitulah mereka yang disebut oleh Allah ta`ala:

وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

Siapakah mereka yang ar-Rasikhun fi Ilmi(org2 yg mndlm ilmunya)?
tentulah mereka ialah Rasulullah s.a.w, para sahabat dan juga Ulama` Salaf yang memahami ayat-ayat sifat tanpa takyif, tasybih dan juga takwil....
Back to top Go down
View user profile
Abu_Ayyub



Posts: 25
Join date: 14/06/2009
Age: 25
Location: ...........

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Thu Jun 18, 2009 1:08 am

Admin wrote:
Manakala Shaikh Aiman ad-Daqaq Rahimahullahu Taala, .


Akhi tumpang tanya Sheikh Aiman dah meninggal ke?
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts: 183
Join date: 12/06/2009
Age: 27
Location: Tampin

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Thu Jun 18, 2009 1:54 am

Oh silap, ana patut tulisa Hafizahullahu kerana Shaikh Aiman masih hidup.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Abu_Ayyub



Posts: 25
Join date: 14/06/2009
Age: 25
Location: ...........

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Thu Jun 18, 2009 4:23 pm

test..
Back to top Go down
View user profile
Abu_Ayyub



Posts: 25
Join date: 14/06/2009
Age: 25
Location: ...........

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Thu Jun 18, 2009 5:54 pm

JENIS-JENIS TASYABUH(kesamaran) DALAM AL-QURAN

Ianya terbahagi kepada dua jenis:

1.JENIS PERTAMA: Hakiki

Iaitulah apa yang tidak memungkinkan manusia mengetahuinya seperti hakikat sifat-sifat Allah `azza wajalla, walaupun kita mengetahui makna sifat-sifat ini, tetapi kita tidak mengetahui hakikatnya dan kaifiatnya berdasarkan firman Allah ta`ala:

وَلَا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْمًا

sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya


[Thaha 20:110

Firman Allah ta`ala lagi:

لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِي

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

al-An`aam 6:103

Imam Malik rahimahullah pernah ditanya tentang firman Allah ta`ala:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy.

Thaha 20:4

Imam Malik ditanya tentang bagainamakah Istiwa` itu? Jawab Imam Malik:

االاستواء غير مجهول , والكيف غير معقول , والإيمان به واجب, والسؤال عنه بدعة

Istiwa` itu diketahui, kaifiatnya tidak diketahui, beriman dengannya wajib,dan bertanya tentang(kaifiatnya)adalah bid`ah


Ini adalah jenis (tasyabuh) yang tidak boleh disoalkan tentang penyingkapannya kerana disebabkan keterbatasan manusia untuk sampai kepadanya.


2.JENIS KEDUA: Nisbi

Iaitulah apa yang menjadi samar kepada sebahagian manusia dan menjadi jelas kepada sebahagian yang lain, ianya diketahui oleh mereka yang benar-benar mendalam ilmunya dan tidak diketahui oleh selain mereka.Jenis ini boleh ditanya tentang penyingkapannya dan juga penjelasannya, kerana memungkinkan sampai( kefahaman) kepadanya.Firman Allah ta`ala:

هَذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ

(Al Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa
.

ali-Imraan 3:138

Firman Allah lagi:


وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ


Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu

an-Nahl 16:89

Contoh dalam jenis ini sangat banyak antaranya firman Allah ta`ala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

As-Syuura 42:11

Ayat di atas menjadi samar bagi golongan Ahli Ta`thil, mereka memahami bahawa ayat ini memahami ayat ini merupakan penafian terhadap sifat-sifat Allah ta`ala, lalu mereka mendakwa bahawa menetapkan(Thubut)ayat ini akan membawa kepada mumathilah(penyerupaan sifat Allah terhadap makhluk) sedangkan banyak ayat yang bercanggah dengan pendapat mereka ini yang menunjukkan penetapan sifat Allah, bahawasanya Ithbat(penetapan) kepada makna asal tidak membawa kepada penyerupaan

Contoh lain, Firman Allah ta`ala:

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا


Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.


an-Nisa`4:93

Ayat ini menjadi samar kepada golongan al-Wa`idiyyah(golongan melampau dalam menetapkan ancaman),mereka memahami ayat ini bahawa pembunuh yang beriman yang membunuh saudaranya dengan sengaja akan kekal di dalam neraka, mereka juga mengaplikasikan ayat ini ke atas semua pelaku dosa besar.Sedangkan banyak ayat-ayat lain yang menunjukkan bahawa semua pelaku dosa selain syirik berada di atas masyiatillah(kehendak) Allah ta`ala.

Contoh lain,firman Allah ta`ala:

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ


Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lohmahfuz) Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.


al-Hajj 22:70

Ayat ini menjadi samar terhadap golongan Jabariyyah, mereka memahami ayat ini bahawa seorang hamba ini majbur(dipaksa) terhadap apa yang mereka kerjakan, lantas mereka mendakwa bahawa manusia tidak mempunyai iradah(kehendak) dan juga kudrat(kekuatan),sedangkan banyak ayat yang menunjukkan ke atas seorang hamba mempunyai kudrat dan iradah, dan perbuatan hamba mempunyai dua jenis: Ihktiari(pilihan hamba) dan ghair ikhtiari(bukan pilihan hamba).

Golongan yang mendala ilmu mereka ialah golongan yang berakal, mereka mengetahui bagaimana untuk keluar daripada ayat-ayat yang samar kepada makna yang bersesuaian dan bertepatan dengan ayat-ayat yang lain, maka kekallah al-Quran ini kesemuanya muhkam) jelas tiada kesamaran padanya)


sumber: Syeikh Uthaimin, Usul Fi Tafsir, m/s 49-50, Dar Ibnul Jauzi,Cetakan pertama 1423H, terjemahan oleh Abu Ayyub
Back to top Go down
View user profile
Abu MardhiYYah



Posts: 34
Join date: 13/06/2009
Age: 28
Location: UIA

PostSubject: Re: Ayat Mutasyabihat?   Mon Jun 22, 2009 8:10 pm

wah abu ayyub ada gaya ulama' usul lah..tahniah2
Back to top Go down
View user profile
 

Ayat Mutasyabihat?

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah ::  :: -