Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Mereka Seperti Haiwan, Bahkan Lebih Sesat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Mereka Seperti Haiwan, Bahkan Lebih Sesat   Sat Jun 13, 2009 11:47 am

http://the-authenthic.blogspot.com/2008/09/mereka-seperti-haiwan-bahkan-lebih.html
Mereka Seperti Haiwan, Bahkan Lebih Sesat
Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Friday, September 12, 2008

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuhu.

Bismillah. Alhamdulillah.

Tadi, di dalam solat Terawikh, saudara Yusof membaca surah al-A’raf, Beliau menangis teresak-esak. Saya yang ketika itu sedikit melayang fikiran tersentak dan kembali fokus kepada solat. Saya tak pasti ayat yang mana membuatkan beliau menangis, cuma yang saya tahu ia sekitar sebelum atau selepas ayat yang menyatakan manusia itu seperti haiwan, bahkan lebih sesat.

[align=right]{ وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَآ أُوْلَـٰئِكَ كَٱلأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْغَافِلُونَ }[/align]


.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-A’raf:179)

Selepas usai solat Terawikh, Shaikh Aiman ad-Daqaq Rahimahullah menghuraikan ayat di atas. Beliau menghuraikan dengan huraian yang menyentuh jiwa, yang kadangkala menyedarkan kita. Apakah kita ini mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah. Apakah ita ini manusia yang yang mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Apakah kita ini insan yang mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar kebenaran.

Kita mendengar tetapi tidak mendengar. Kita mendengar, tetapi kita mendengar kata-kata yang keji, caci nista, umpat dan fitnah, kata-kata lucah, dan kita menutup telinga kita daripada kalam Allah dan RasulNya. Kita bukan tidak melihat, kita melihat tetapi tidak melihat. Kita melihat apa yang tidak dihalalkan kepada kita, dan kita seoah-olah buta kepada kekuasaan Allah yang tampak jelas di hadapan mata kita. Kita mempunyai hati tapi kenapa kita tidak memahami kebenaran.

Ini kerana hati kita ini telah diselaputi kekotoran. Apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, semuanya akan jatuh ke dalam hati kita. Hal-hal haram yang kita lihat menjadikan hati kita buta untuk memahami kebenaran. Suara-suara hina yang kita sumbatkan di dalam telinga kita menyebabkan hati kita tegar daripada memahami yang benar.

Allah SWT mahukan dari hati kita. Kerana itu Allah SWT bukan memandang kepada kekayaan kita, kecantikan kita, kekuasaan kita, sebaliknya Allah memandang apa yang ada dalam hati kita, apa yang kita amalkan selama hidup di dunia ini.

Mungkin kita pernah terasa sesak, kenapa sukar menghafaz ayat-ayat al-Quran, kenapa sukar mahu menghafaz hadith-hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Mungkin kerana hati kita sudah bercampur-campur dengan kekotoran maksiat. Maka langkah yang perlu kita ambil ialah membersihkan hati kita, mencuci hati kita, dan Ramadhan inilah antara saat-saat mudah untuk proses penyucian hati dilakukan.

Kenapa manusia yang begini disebut seperti binatang, bahkan lebih sesat. Binatang sentiasa bertasbih kepada Allah, sedangkan manusia sering kali lalai daripada mengingatinya. Binatang sentiasa berada dalam keadaan mentauhidkan Allah, binatang tidak mensyirikkan Allah sedangkan manusia di dalam diri mereka sering wujud sekutu-sekutu bagi Allah. Binatang tidak pernah melakukan tawaf di kubur, sedangkan manusia ada yang bertawaf di kubur walaupun mereka itu berselindung di sebalik serban, jubah dan ketokohan mereka itu. Manusia ada yang melakukan perhubungan seks sesama jantina, berkahwin lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita sedangkan binatang tidak. Bukankah ini menunjukkan keburukan yang lebih hina daripada haiwan-haiwan yang murni akidahnya itu.

Wallahua’lam.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Mereka Seperti Haiwan, Bahkan Lebih Sesat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Al-Quran-
Jump to: