Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri   Thu Jun 18, 2009 1:27 am

Penulis sering juga berbincang dengan mereka yang menisbahkan diri mereka kepada golongan tasawwuf . Sampai satu tahap penulis boleh mengesan wujud kesamaan fahaman antara mereka iaitulah apa yang dipanggil maqam atau thabaqat Pertama sekali penulis tidak menafikan apa yang disebut sebagai ilmu yang berkaitan hati, jiwa dan cara menyuci, mengawal dan menjaganya daripada lalai dan jauh daripada mengingati Allah subhanahuwata`ala.Asasnya memang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah.Malah ianya merupakan antara tugas para rasul `alaihimussalam .Sepertimana firman Allah subhanahuwata`ala
:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ[/size]
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata
[al-Jum`ah[62]:2]

[size=12]Jika kita melihat ayat ini merupakan bukti Allah subhanahuwata`ala menerima doa Nabi Ibrahim `alaihisalam ketika beliau berdoa agar Allah subhanahuwata`ala mengutuskan seorang rasul kepada penduduk mekah yang membaca dan mengajar ayat-ayat Allah serta al-hikmah(As-Sunnah) dan agar rasul itu menyucikan mereka(dari kesyirikan dan dosa) seperti yang terkandung dalam ayat yang lain;

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [al-Baqarah[2]:129]
Ayat ini juga seolah-olah mengkhabarkan kepada kita bahawa penyucian diri yang hendak dilakukan mesti terikat dengan sumber
ilmu berkaitan al-Quran dan as-Sunnah maka ayat ini secara umumnya menolak dakwaan batil golongan tasawwuf dan tarikat yang menyeleweng yang mendakwa mereka memperoleh ilmu daripada mimpi kasyaf dan mampu menyucikan diri dengan zikir-zikir yang direka-reka oleh syeikh-syeikh mereka.
Dan jika kita meneliti ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam, kedua-duanya menjelaskan kepada kita tujuan utama diutuskan mereka kepada manusia ialah supaya mentauhidkan Allah jalla wa`ala dan mengajak kepada akhlak yang mulia contohnya hadith daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu katanya Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik
HR Bukhari dalam Adab al-mufrad no:273, Ahmad no:8595 dan disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh az-Zahabi


Dalam hadith yang lain juga daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu katanya Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ

Tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat kelak dan Dia tidak akan menyucikan mereka kata Abu Mu`awiah : dan tidak memandang mereka dan bagi mereka azab yang pedih: 1) Orang tua yang berzina, 2) Raja yang suka berdusta 3) orang miskin yang sombong

HR Muslim no: 156


Al-Qadhi `Iyyad rahimahullah berkata:- Antara sebab golongan di atas diancam dengan azab dan Allah tidak akan memandang dan
menyucikan mereka –kerana mereka beriltizam(tetap terus menerus) dengan perbuatan maksiat.

Syarah Shahih Muslim an-Nawawi jilid1, ms:217

Apa yang boleh saya simpulkan disini berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan kedua-dua hadith di atas terdapat beberapa point penting yang perlu diperhatikan:
1. Antara tugas Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam ialah membacakan dan mengajar ayat-ayat Allah dan al-hikmah(as-Sunnah) kepada umatnya.

2. Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam menyucikan umatnya daripada kesyirikan,maksiat dan dosa Dengan berpandukan ayat-ayat Allah(al-Quran) dan al-Hikmah(as-Sunnah) yang dikurniakan kepadanya.


3. Diantara tugas Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam ialah menyempurnakan akhlak yang mulia .

4. Sikap terus menerus dalam melakukan dosa, sifat suka berdusta, dan sombong akan membawa kepada seseorang tidak akan dipandang oleh Allah,dan Allah tidak akan menyucikan mereka daripada dosa-dosa pada hari kiamat kelak.

5. Berakhlak mulia dan Sikap ingin menyucikan diri dari dosa adalah merupakan tuntutan yang mulia,namun ianya tidak boleh dinilai hanya semata-mata dengan andaian,perasaan,emosi dan kejahilan.

Penulis menyeru sekali lagi agar kita sama-sama sentiasa beriltizam dan menyucikan diri kita sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul berdasarkan petunjuk al-Quran dan As-Sunnah.
Back to top Go down
View user profile
Abu MardhiYYah



Posts : 34
Join date : 13/06/2009
Age : 30
Location : UIA

PostSubject: Re: Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri   Mon Jun 22, 2009 10:25 am

Abu Ayyub boleh ana minta penjelasan tambahan berkaitan persamaan yg antum maksudkan dengan fahaman tarikat sufi tahap pertama?apakah persamaan di sini merujuk kepada amalan atau sekdar konsep dalam amalan?
Back to top Go down
View user profile
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Re: Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri   Tue Jun 23, 2009 6:00 pm

Abu MardiYYah wrote:
Abu Ayyub boleh ana minta penjelasan tambahan berkaitan persamaan yg antum maksudkan dengan fahaman tarikat sufi tahap pertama?apakah persamaan di sini merujuk kepada amalan atau sekdar konsep dalam amalan?


untuk makluman Akhi Abu Mardiyyah ,artikel penuh(beserta nota kaki) di atas boleh rujuk link:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=139035


Persamaan di sini ana cuma nak buat perbandingan di antara thabaqat @ maqam(kedudukan seseorang) dari sudut ahli tasawwuf dan juga dari sudut manhaj ahli hadith.Jika kita perhatikan ada sedikit persamaan dan juga banyak perbezaan.Contoh:

Kedudukan yang tinggi di sisi ahli tasawwuf dapat dicapai dengan banyak beribadah, berzikir dan juga melakukan ritual-ritual tertentu.Ianya juga berdasarkan bantuan mimpi,kasyaf,ilham, perasaan dan sebaagainya.

Manakala kedudukan yang mulia ataupun tinggi di sisi ahli hadith ialah bergantung kepada tahap ilmu dan takwa, penguasaan terhadap ilmu al-Quran hubungan dengan Rasulullah dan hadith-hadith baginda.


persamaannya di sini ialah kedua-dua golongan memandang akhlak dan juga ketakwaan seseorang mempengaruhi kedudukannya di sisi Allah dan juga manusia.

Perbezaannya wujud dari sudut pendekatan: Ahli hadith: mereka beramal berpandukan al-Quran dan al-Sunnah mendahului kesemua perkara, manakala ahli tasawwuf mereka meletakkan perasaan, kasyaf, mimpi dan pengalaman jauh lebih daripada al-Quran dan al-Sunnah.

wallahu`alam.....
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri   Today at 6:06 am

Back to top Go down
 
Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Akhlak-
Jump to: