Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 7:34 am

Assalamualaikum wbt.

Di dalam bebenang ini, saya akan menuliskan ringkasan kepada kitab Makarimul Akhlak yang sudah diterjemah. Ringkasan adalah berdasarkan e-book dalam B.Indonesia.

Buku ini disusun oleh Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin Rahimahullah.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 7:36 am

Al-Khuluq (bentuk mufrad/tunggal dari kata akhlaq -pent) bererti perangai atau kelakuan, yakni sebagaimana yang diungkapkan oleh para ulama:

" Gambaran batin seseorang ". Ini kerana pada dasarnya manusia itu mempunyai dua gambaran :

1. Gambaran zhahir (luar): Yaitu bentuk penciptaan yang telah Allah jadikan padanya sebuah tubuh. Dan gambaran zhahir tersebut di antaranya ada yang indah dan bagus, ada yang jelek dan buruk, dan ada pula yang berada pada pertengahan di antara keduanya atau biasa-biasa saja.

2. Gambaran batin (dalam): Yaitu suatu keadaan yang melekat kukuh dalam jiwa, yang keluar darinya perbuatan-perbuatan, baik yang terpuji maupun yang buruk (yang dapat dilakukan) tanpa berfikir atau kerja otak.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 7:41 am

Kita wajib mempunyai akhlak yang mulia. Dalil-dalilnya ialah:

# أكمل المؤمنين إيمانًا أحسنهم خلقًا


“Mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaqnya”

[Dikeluarkan oleh Abu Daud, No (3682) di Kitaabus Sunnah, dan Tirmidzi, No (1162) di Kitaabur Radhaa', dan dalam riwayatnya ada tambahan:" Dan sebaik-baik kalian adalah yang berbuat baik terhadap kaum wanita ", dan dikeluarkan juga oleh Iman Ahmad di kitab
Al-Musnad (2 / 472), hadits tersebut ada di kitab Shahiihul Jaami', No (1230 , 1232)
.]
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 7:44 am

Kesempurnaan Syari'at Islam Ditinjau Dari Sisi Akhlaqnya

# إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق


“Sesungguhnya aku diutus tidak lain hanyalah untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.”

[ Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di kitab Al-Musnad (2 / 381), dan Hakim di kitab Al- Mustadrok (2 / 613) dan di-shahih-kan olehnya sesuai dengan persyaratan Imam Muslim serta disepakati oleh Imam Dzahabi. Dan dikeluarkan juga oleh Imam Bukhari di kitab al-
Adabul Mufrad, No (273), Baihaqi (10 / 192), Ibnu Abi Dunya dalam kitab Makaarimul Akhlaaq, No (13). Berkata Imam Al-Haitsami dalam kitab Majma'uz Zawaa-id (9 / 15): Diriwayatkan oleh Ahmad, dan para perawinya adalah perawi Shahih. Dan dishahihkan
juga oleh Syaikh Al-Albani dalam kitab Ash-Silsilatush Shahiihah, No (45).]
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 11:10 pm

Akhlaq Mulia Antara Sifat Semulajadi Dan Usaha

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepada Asyajj 'Abdul Qais:

إن فيك لخلقين يحبهما الله : الحلم والأناة


"Sesungguhnya dalam dirimu ada dua sifat yang Allah sukai; sifat santun dan tidak tergesa-gesa"

Dia berkata:

يا رسول الله , أهما خلقان تخلقت ما , أم جبلني الله عليهما


”Wahai Rasulullah, Apakah kedua akhlaq tersebut merupakan hasil usahaku, atau Allahkah yang telah menetapkan keduanya padaku?”

Baginda SAW menjawab:

بل جبلك الله عليهما

"Allahlah yang telah mengurniakan keduanya padamu".

Kemudian dia berkata:

الحمد لله الذي جبلني على خلقين يحبهما ورسوله


”Segala puji bagi Allah yang telah memberiku dua akhlaq yang dicintai olehNya dan oleh RasulNya”. [Dikeluarkan oleh Abu Daud, No (5225) di Kitaabul Adab, dan Ahmad (4 / 206). Imam Muslim hanya mengeluarkan bahagian yang pertama saja, No (25 & 26) di Kitaabul Iimaan, juga oleh Imam Tirmidzi, No (2011) di Kitaabul Bir Wash Shilah.]

- Akhlak boleh jadi yang wujud secara semula jadi, dan boleh juga wujud dengan usaha.

- Akhlak yang wujud secara semula jadi lebih baik dari yang diusahakan, kerana ia sudah sebati di dalam jiwa. Akan tetapi ini adalah kurniaan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 11:21 pm

Siapakah Yang Lebih Utama?

Yang berakhlak secara semula jadi atau yang terpaksa berusaha?

Dari satu sisi, yang berakhlak secara semulajadi lebih baik kerana akhlak mulia itu sudah sebati dengan dirinya.

Dari sisi yang lain, yang berusaha lebih baik kerana dia terpaksa bersusah payah untuk menjadi insan berakhlak.

Cuma mungkin masih ada cacat cela dalam akhlak orang tersebut, kerana akhlak itu masih belum sebati dengan dirinya.
[Ulasan saya: Ini mungkin relevan untuk mereka yang memilih pasangan suami/isteri atau teman rapat. Mahu dicari yang sedang berusaha membaiki akhlak, atau mencari yang memang sudah sedia baik akhlaknya]

Shaikh al-Uthaimin Rahimahullah membahagikan manusia dalam hal ini kepada empat kategori.

1. Orang yang terhalang untuk mendapatkan akhlaq yang mulia, baik secara semulajadi mahupun dengan jalan usaha.

2. Orang yang terhalang dari hal tersebut secara semulajadi, akan tetapi dia dapat berusaha untuk memilikinya.

3. Orang yang dikurniakan keduanya.

4. Orang yang mempunyai akhlaq secara semulajadi akan tetapi terhalang dari usaha untuk memilikinya.

Lalu yang paling utama, ialah golongan ketiga.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Thu Jun 18, 2009 11:25 pm

Objek-Objek Akhlak Mulia

Salah faham: Akhlak hanya dalam hubungan antara makhluk dengan makhluk sahaja.

Yang benar: Akhlak wujud dalam hubungan dengan makhluk, mahupun dengan Allah SWT.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Sat Jun 20, 2009 12:34 am

Objek-Objek Akhlak:

1) Berakhlak Mulia Dengan Allah-

a) Mempercayai atau yakin bahawa segala apa yang dikhabarkan oleh Allah melalui wahyu adalah benar.
b) Mengambil hukum hakam Allah dengan cara melaksanakannya.
c) Menerima taqdirNya dengan penuh redha dan sabar.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Sun Aug 02, 2009 2:06 pm

Pertama: Mengambil khabar-khabar daripada Allah dengan membenarkannya: Dimana tidak terlintas di dalam diri seseorang keraguan dan kebimbangan dalam membenarkan khabar daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

و من اصدق من الله حديثا


"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah ?” (QS. an-Nisaa': 87).
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Sun Aug 02, 2009 2:59 pm

Apabila disebut khabar daripada Allah- ia bermaksud apa yang ada di dalam al-Quran ataupun apa yang ada di dalam hadith yang sahih mahupun hasan.

Contoh-contoh khabar berita daripada wahyu yang wajib diimani ialah:

a) Hadith lalat
إذا ولغ الذباب في شراب أحدكم فليغمسه ثم ليطرحه فإن في أحد جناحيه داء وفي الآخر الدواء


”Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang daripada kalian, maka hendaklah dia mencelupkannya (ke dalam air minumannya) kemudian mengangkatnya, kerana pada salah satu sayapnya terdapat racun dan pada yang lainnya terdapat penawarnya”.

[ Dikeluakan oleh al-Bukhari, No (5782) di Kitaabut Thib, dan Abu Daud seperti itu juga, No (3844) di Kitaabul Ath'imah. Dan juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah, No (3505) di KitaabuthThib, dan oleh Imam Ahmad di kitabnya Al-Musnad (2 / 246, 263, 340, 355).]
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Sun Aug 02, 2009 3:05 pm

b) Berita tentang hari Kiamat

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitakan: ”Bahawa matahari akan berada dekat dengan seluruh makhluk pada hari kiamat dengan jarak satu mil”.

[Dikeluarkan Muslim, No (62) di dalam Kitaabul Jannah wa Na'iimiha, dan Tirmidzi, No (2421) di dalam Kitaabuz Zuhd.]

p/s: Hadith ini bertentangan dengan akal kerana mil adalah satu jarak yang dekat. Mengikut logik akal kita semua akan hangus terbakar, tetapi kita beriman dengan hadith ini tanpa banyak soal.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Sun Aug 02, 2009 3:07 pm

Kedua: Di antara bermuamalah yang baik dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala, hendaknya setiap manusia mengambil hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara menerima, melaksanakan, dan menerapkannya. Dia tidak menolak sedikitpun dari hukum-hukum tersebut.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak   Today at 4:39 am

Back to top Go down
 
Ringkasan- Makarimul Akhlak/Kemuliaan Akhlak
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Akhlak-
Jump to: