Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya   Sat Jun 20, 2009 8:04 am

باب فضل البكاء من خشية الله تَعَالَى وشوقاً إِليه



[rand]Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya[/rand]


Allah Ta'ala berfirman:

وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزيدُهُمْ خُشُوعاً


"Dan orang-orang yang beriman itu sama meniarap dengan dagunya sambil menangis dan al-Quran itu menambah ketundukan mereka." (al-lsra' 17: 109)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

أَفَمِنْ هذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ


"Adakah dari pembicaraan - al-Quran – kamu takjub dan ketawa dan tidak menangis?" (an-Najm 53: 59-60)

وعن ابن مسعود ، قَالَ : قَالَ لِي النَّبيُّ : (( اقْرَأْ عليَّ القُرْآنَ )) قلت : يَا رسول اللهِ ، أقرأُ عَلَيْكَ ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ ؟! قَالَ : (( إِنِّي أُحِبُّ أنْ أسْمَعَهُ مِنْ غَيرِي )) فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سورةَ النِّسَاءِ ، حَتَّى جِئْتُ إِلى هذِهِ الآية : فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هؤُلاءِ شَهيداً [ النساء : 41 ] قَالَ : (( حَسْبُكَ الآنَ )) فَالَتَفَتُّ إِلَيْهِ فإذا عَيْنَاهُ تَذْرِفَان . متفقٌ عَلَيْهِ .

أخرجه : البخاري 6/241 ( 5050 ) ، ومسلم 2/195 ( 800 ) ( 247 )


445. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Bacakanlah al-Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, apakah saya akan membacakan al-Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain." Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat- yang ertinya: "Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap ummat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas ummat ini?" - Surat an-Nisa' 41.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada baginda s.a.w., tiba-tiba kedua mata baginda itu meleleh airmatanya." (Muttafaq 'alaih)

وعن أنس ، قَالَ : خطب رسول الله خُطْبَةً مَا سَمِعْتُ مِثْلَهَا قَطُّ ، فقال : (( لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أعْلَمُ ، لَضَحِكْتُمْ قَليلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيراً )) قَالَ : فَغَطَّى أصْحَابُ رسول الله وُجُوهَهُمْ ، وَلَهُمْ خَنِينٌ . متفقٌ عَلَيْهِ . وَسَبقَ بَيَانُهُ في بَابِ الخَوْفِ


446. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu -kerana amat menakutkan. Baginda s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui, nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak." (Muttafaq 'alaih)

وعن أَبي هريرة ، قَالَ : قَالَ رسول الله : (( لا يَلِجُ النَّارَ رَجُلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ في الضَّرْعِ ، وَلاَ يَجْتَمِعُ غُبَارٌ في سبيلِ اللهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديثٌ حَسنٌ صحيحٌ )) .

- أخرجه : ابن ماجه ( 2774 ) ، والترمذي ( 1633 ) . ورواية ابن ماجه اقتصرت على اللفظة الثانية من الحديث


447. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali keteteknya - menunjukkan suatu kemustahilan. Tidak akan berkumpullah debu fisabilillah itu dengan asap neraka Jahanam."

Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

وعنه ، قَالَ : قَالَ رسول الله : (( سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللهِ تَعَالَى ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في الله اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ، فَقال: إنِّي أَخَافُ الله، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُه مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً ففاضت عَيْنَاهُ )) متفقٌ عَلَيْهِ .


448. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tujuh jenis orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya - yakni hari kiamat, iaitu imam - kepala atau pemimpin - yang adil. Pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya tergantung kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas), juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingati pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu menitislah airmata dari kedua matanya." (Muttafaq 'alaih)
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya   Sat Jun 20, 2009 8:07 am


وعن عبد الله بن الشِّخِّير ، قَالَ : أتيتُ رسولَ الله وَهُوَ يُصَلِّي ولِجَوْفِهِ أَزِيزٌ([1]) كَأَزِيزِ المِرْجَلِ([2]) مِنَ البُكَاءِ .

حديث صحيح رواه أَبو داود والترمذي في الشمائل بإسناد صحيح .

- أخرجه : أبو داود ( 904 ) ، والترمذي في " الشمائل " ( 322 ) بتحقيقي ، والنسائي في " الكبرى " ( 545 )


449. Dari Abdullah bin asy-Syikhkhir r.a., katanya: "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan baginda sedang bersembahyang dan dari dadanya itu terdengar suara bagaikan mendidihnya cerek

kerana baginda sedang menangis."

Hadis hasan shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan at-Tirmizi dalam asy-Syamail dengan isnad yang shahih.

وعن أنس ، قَالَ : قَالَ رسول الله لأُبَي بن كعب : (( إنَّ الله U أَمَرَنِي أنْ أقْرَأَ عَلَيْكَ : لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَروا ... قَالَ : وَسَمَّانِي ؟ قَالَ : (( نَعَمْ )) فَبَكَى أُبَيٌّ . متفقٌ عَلَيْهِ .

وفي رواية : فَجَعَلَ أُبَيٌّ يَبْكِي .


450. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ubay bin Ka'ab r.a., demikian: "Sesungguhnya Allah Azza wajalla menyuruh padaku supaya saya bacakan untukmu ayat ini - ertinya: "Tidaklah akan dapat meninggalkan orang-orang kafir dari ahlul-kitab dan musyrik itu ….” Albayyinah 1-8.

Dia berkata: "Apakah Allah menjelaskan namaku pada Tuan?" Baginda s.a.w. bersabda: "Ya." Kemudian Ubay r.a. menangis." (Muttafaq 'alaih)

Dalam sebuah riwayat lain disebutkan: "Maka Ubay mulai menangis." -

Keterangan:

Sebabnya Ubay r.a. menangis ialah kerana terharu hatinya, gembira bercampur rasa takut kepada Allah Ta'ala, kerana merasa masih kurang kebaktian serta ketaatan yang dilakukan olehnya. Adapun rasa terharunya itu di antaranya disebabkan kerana dalam surat "Albayyinah" bahagian terakhir dijelaskan bahawa orang-orang semacam sahabat Ubay r.a. (golongan Muhajirin dan Ansar) itu amat diredhai oleh Allah Ta'ala dan orang itupun benar-benar sudah redha kepadaNya. Manakala seseorang itu telah diredhai oleh Allah, maka tiada lain tempatnya di akhirat nanti, kecuali syurga.

وعنه ، قَالَ : قَالَ أَبو بكر لِعُمَرَ ، رَضِيَ اللهُ عنهما ، بعد وفاة رسول الله : انْطَلِقْ بِنَا إِلى أُمِّ أيْمَنَ رضي الله عنها نَزورُهَا ، كَمَا كَانَ رسول الله يَزُورُها ، فَلَمَّا انْتَهَيَا إِلَيْهَا بَكَتْ ، فقالا لها : مَا يُبْكِيكِ ؟ أمَا تَعْلَمِينَ أنَّ مَا عِنْدَ الله تَعَالَى خَيرٌ لرسولِ الله ! قالت : مَا أبْكِي أَنْ لاَ أَكُونَ أَعْلَمُ أنَّ مَا عِنْدَ اللهِ خَيْرٌ لرسولِ الله ، وَلكِنِّي أبكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَد انْقَطَعَ مِنَ السَّمَاءِ ؛ فَهَيَّجَتْهُما عَلَى البُكَاءِ ، فَجَعَلا يَبْكِيَانِ مَعَهَا . رواه مسلم ، وقد سبق في بابِ زِيارَةِ أهلِ الخَيْرِ .


451. Dari Anas r.a. pula, katanya: "Abu Bakar berkata kepada Umar radhiallahu 'anhuma sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w.: "Mari kita bersama-sama berangkat ke tempat Ummu Aiman untuk menziarahinya, sebagaimana halnya Rasulullah s.a.w. juga menziarahinya." Ketika keduanya sampai di tempat Ummu Aiman, lalu wanita ini menangis. Keduanya berkata: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau ketahui bahawasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w."

Ummu Aiman lalu menjawab: "Sesungguhnya saya tidaklah menangis kerana saya tidak mengetahui bahawasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi saya menangis ini ialah kerana sesungguhnya wahyu itu telah terputus” (sebab Nabi s.a.w. telah wafat). Maka ucapan Ummu Aiman menggerakkan hati kedua sahabat itu untuk menangis. Kemudian keduanya itupun menangis bersama Ummu Aiman. (HR Muslim)

Hadis di atas sudah disebutkan dalam bab: Menziarahi orang-orang ahli kebaikan - lihat Hadis no. 359.

وعن ابن عمر رضي الله عنهما ، قَالَ : لَمَّا اشْتَدَّ برسول الله وَجَعُهُ ، قِيلَ له في الصَّلاَةِ ، فقال : (( مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ )) فقالت عائشة رضي الله عنها : إنَّ أَبَا بَكْرٍ رَجُلٌ رَقِيقٌ ، إِذَا قَرَأَ القُرْآنَ غَلَبَهُ البُكَاءُ ، فقال : (( مُرُوهُ فَليُصَلِّ )) .

وفي رواية عن عائشة ، رضي الله عنها ، قالت : قلت : إنَّ أَبَا بَكْرٍ إِذَا قَامَ مَقَامَكَ لَمْ يُسْمِعِ النَّاسَ مِنَ البُكَاءِ . متفقٌ عَلَيْهِ .

- أخرجه : البخاري 1/173 ( 682 ) عن ابن عمر .

وأخرجه : البخاري 1/173 ( 679 ) ، ومسلم 2/22 ( 418 ) ( 94 ) عن عائشة


452. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Ketika sudah sangat geringnya Rasulullah s.a.w., lalu ditanyakan padanya siapa yang akan menjadi imam shalat. Baginda s.a.w. lalu bersabda: "Perintahkanlah pada Abu Bakar, supaya dia bersembahyang menjadi imam orang ramai!" Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah seorang lelaki yang lemah, jikalau membaca al-Quran, maka bacaannya dikalahkan oleh tangisnya (sehingga bacaannya tidak jelas)." Baginda s.a.w. lalu bersabda lagi: "Perintahkanlah pada Abu Bakar supaya bersembahyang sebagai imam!"

Dalam lain riwayat disebutkan: Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu apabila mengganti kedudukan Tuan (sebagai imam), dia tidak dapat memperdengarkan suaranya kepada orang-orang banyak sebab tangisnya." (Muttafaq 'alaih)

وعن إبراهيم بن عبد الرحمان بن عوف : أنَّ عبد الرحمان بن عوف أُتِيَ بطعام وكان صائِماً ، فقال : قُتِلَ مُصْعَبُ بن عُمَيْر ، وَهُوَ خَيْرٌ مِنِّي ، فَلَمْ يوجَدْ له مَا يُكَفَّنُ فيهِ إِلاَّ بُرْدَةٌ([3]) إنْ غُطِّيَ بِهَا رَأسُهُ بَدَتْ رِجْلاهُ ؛ وَإنْ غُطِّيَ بِهَا رِجْلاَهُ بَدَا رَأسُهُ ، ثُمَّ بُسِطَ لَنَا مِنَ الدُّنْيَا مَا بُسِطَ – أَو قَالَ : أُعْطِينَا مِنَ الدُّنْيَا مَا أُعْطِينَا – قَدْ خَشِينا أنْ تَكُونَ حَسَنَاتُنَا عُجِّلَتْ لَنَا ، ثُمَّ جَعَلَ يَبكِي حَتَّى تَرَكَ الطعَام . رواه البخاري .

أخرجه : البخاري 2/98 ( 1275 )


453. Dari Ibrahim bin Abdur Rahman bin 'Auf, bahawasanya Abdur Rahman bin 'Auf r.a. diberi hidangan makanan, sedangkan waktu itu dia berpuasa, lalu dia berkata: "Mus'ab bin Umair itu terbunuh (fi-sabilillah). Dia adalah seorang yang lebih baik daripada-ku, tetapi tidak ada yang digunakan untuk mengafaninya (membungkus janazahnya) kecuali selembar burdah. Jikalau kepalanya ditutup, maka ternampaklah kedua kakinya dan jikalau kedua kakinya ditutup.maka ternampaklah kepalanya.

Selanjutnya untuk kita sekarang ini dunia telah dibeberkan seluas-luasnya (banyak rezeki). Atau ia berkata: "Kita telah dikurniai rezeki dunia sebagaimana yang kita terima ini (amat banyak sekali). Kita benar-benar takut kalau-kalau kebaikan-kebaikan kita ini didahulukan untuk kita sekarang” (sejak kita di dunia ini, sedang di akhirat tidak mendapat bahagian apa-apa). Selanjutnya dia lalu menangis dan makanan itu ditinggalkan. (Riwayat al-Bukhari)

وعن أَبي أُمَامَة صُدَيِّ بن عجلان الباهلي ، عن النبي ، قَالَ : (( لَيْسَ شَيْءٌ أحَبَّ إِلى اللهِ تَعَالَى مِنْ قطْرَتَيْنِ وَأثَرَيْنِ : قَطَرَةُ دُمُوع مِنْ خَشْيَةِ اللهِ ، وَقَطَرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ في سَبيلِ اللهِ. وَأَمَّا الأَثَرَانِ : فَأَثَرٌ في سَبيلِ اللهِ تَعَالَى، وَأَثَرٌ في فَريضةٍ مِنْ فَرائِضِ الله تَعَالَى )) رواه الترمذي ، وقال : (( حديثٌ حسنٌ )) .

- أخرجه : الترمذي ( 1669 ) وقال : (( حديث حسن غريب )) .


454. Dari Abu Umamah, iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiada sesuatupun yang lebih dicintai oleh Allah Ta'ala daripada dua titisan dan dua bekas. Dua titisan itu ialah titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dialirkan fisabilillah. Adapun dua bekas iaitu bekas luka fi-sabilillah dan bekas dalam mengerjakan kefardhuan daripaca beberapa kefardhuan Allah Ta'ala” (seperti bekas sujud dan lain-lain).

Diriwayatkan Imam at-Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan Gharib

Sumber: Tahqiq Riadussolihin, Dr, Mahir Yasin Fahl dan e-book terjemahan Riadussolihin


([1]) أي : صوت البكاء وهو أن يجيش جوفه ويغلي بالبكاء . النهاية 1/45 .

([2]) أي : الإناء الذي يغلى فيه الماء . النهاية 4/315 .

([3]) أي : الشملة المخططة ، وقيل : كساء أسود مربع فيه صور ، تلبسه الأعراب . النهاية 1/116 .

Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada-Allah Ta'ala Dan Kerana Rindu PadaNya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Al-Hadis-
Jump to: