Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Perempuan Solat Di Masjid.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Perempuan Solat Di Masjid.   Tue Jun 23, 2009 1:41 pm

Assalamualaikum wbt.

Aminah adalah seorang gadis yang solehah. Beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Beliau sentiasa berusaha untuk solat berjemaah di masjid UIA. Hatta seandainya di waktu tengahari tiada kelas. Beliau sanggup menunggang motosikal dari hostel ke masjid semata-mata untuk solat berjemaah.

Soalan:

Apakah tindakan Aminah ini bertepatan dengan sunnah- iaitu bersungguh-sungguh untuk bersolat jemaah di masjid-?
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Re: Perempuan Solat Di Masjid.   Tue Jun 23, 2009 5:02 pm

بسم الله الرحمن الرحيم

Dibolehkan bagi Aminah mendatangi masjid dan mengikuti solat berjemaah.Dengan syarat menghindari hal-hal yang boleh membangkitkan syahwat dan menimbulkan fitnah, seperti perhiasan dan memakai minyak wangi yang berlebihan.

(Rujuk Fiqh Sunnah 1/93)

Dari Ibnu `Umar r.a, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda:

لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

Janganlah kamu melarang isteri-isteri kamu mendatangi masjid, sedangkan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.

(Hadith Shahih Riwayat Abu Daud no:480, Ahmad no:5211, lihat Shahih Sunan Abi Daud no:567)

Dari Abu Hurairah r.a, ia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ

Wanita mana saja yang memakai wangi-wangian, maka janganlah dia solat Isyak di waktu akhir bersama kami.


(HR Muslim no:675)

Dan Nabi s.a.w bersabda lagi:

لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

Janganlah kamu halangi para hamba wanita Allah menhadiri masjid-masjid Allah, tetapi jika mereka hendak keluar juga hendaklah mereka tidak memakai wangi-wangian.

(Hadith Shahih Riwayat Abu Daud no:478, Ahmad no:9270)

Sekalipun wanita diperbolehkan mendatangi masjid untuk solat berjemaah, namun solat mereka di dalam rumah-rumah mereka adalah lebih utama.

عَنْ أُمِّ حُمَيْدٍ امْرَأَةِ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ
أَنَّهَا جَاءَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلَاةَ مَعَكَ قَالَ قَدْ عَلِمْتُ أَنَّكِ تُحِبِّينَ الصَّلَاةَ مَعِي وَصَلَاتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلَاتِكِ فِي حُجْرَتِكِ وَصَلَاتُكِ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ مِنْ صَلَاتِكِ فِي دَارِكِ وَصَلَاتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلَاتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ وَصَلَاتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلَاتِكِ فِي مَسْجِدِي



Dari Ummu Humaid as-Sa`idiyyah r.a, dia datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:" Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya sangat suka solat bersama kamu".Beliau s.a.w bersabda: " Sesungguhnya saya tahu bahawa engkau suka solat bersamaku, namun solatmu di rumah lebih baik daripada solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu lebih baik daripada solatmu di tempat tinggalmu.Dan solatmu di tempat tinggalmu lebih baik datipada solatmu di masjid kaummu.Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.

(Hadith Hasan, Riwayat Ahmad no:25842, Ibn Khuzaimah no:1596)

Wallahu`alam..
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Perempuan Solat Di Masjid.   Tue Jun 23, 2009 7:02 pm

Mantap.

Jazakallahu Khairan Kathira.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Perempuan Solat Di Masjid.   Today at 4:37 am

Back to top Go down
 
Perempuan Solat Di Masjid.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: