وعن أبي عبد الله خَبَّاب بنِ الأَرتِّ ، قَالَ : شَكَوْنَا إِلَى رسولِ الله وَهُوَ متَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ في ظلِّ الكَعْبَةِ ، فقُلْنَا : أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا ألاَ تَدْعُو لَنا ؟ فَقَالَ : (( قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ في الأرضِ فَيُجْعَلُ فِيهَا ، ثُمَّ يُؤْتَى بِالمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأسِهِ فَيُجْعَلُ نصفَينِ ، وَيُمْشَطُ بأمْشَاطِ الحَديدِ مَا دُونَ لَحْمِه وَعَظْمِهِ ، مَا يَصُدُّهُ ذلِكَ عَنْ دِينِهِ ، وَاللهِ لَيُتِمَّنَّ الله هَذَا الأَمْر حَتَّى يَسيرَ الرَّاكبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَموتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهَ والذِّئْب عَلَى غَنَمِهِ ، ولكنكم تَسْتَعجِلُونَ )) رواه البخاري .
Dari Abu Abdullah, yaitu Khabbab bin Aratti r.a., katanya: "Kami mengadu kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda saw ketika itu meletakkan pakaian burdahnya di bawah kepalanya sebagai bantal dan berada di naungan Ka'bah, kami berkata:
"Mengapa Tuan tidak memohonkan pertolongan untuk kita, sehingga kita menang? Mengapa Tuan tidak berdoa sedemikian itu untuk kita?"
Baginda saw bersabda: "Pernah terjadi terhadap orang-orang sebelummu seorang yang ditangkap (oleh musuhnya, kerana dia beriman) kemudian digalikanlah tanah untuknya dan dia diletakkan di dalam tanah tadi, selanjutnya didatangkanlah sebilah gergaji dan ia diletakkan di atas kepalanya, seterusnya kepalanya itu dibelah menjadi dua. Selain itu diapun disikat dengan sikat yang diperbuat daripada besi yang dikenakan yang memisahka daging dan tulangnya, semua seksaan itu tidak memalingkan dia dari agamanya .
Demi Allah, Allah sungguh akan menyempurnakan perkara ini (yakni Agama Islam), sehingga seseorang yang berkenderaan yang berjalan dari Shan'a ke Hadhramaut tidak ada yang ditakuti melainkan Allah atau kerana takut pada serigala ke atas kambingnya . Akan tetapi kamu semua tergesa-gesa" (Riwayat al-Bukhari)