Shaikh Bin Baz menerangkan-
الصواب أنه ليس بين صلاة الرجل وصلاة المرأة فرق وما ذكره بعض الفقهاء من الفرق ليس عليه دليل والحديث الذي ذكرتيه في السؤال وهو قول النبي عليه الصلاة والسلام: ((صلوا كما رأيتموني أصلي))[1]، أصل يعم الجميع، والتشريعات تعم الرجال والنساء، إلا ما قام عليه الدليل بالتخصيص. فالسنة للمرأة أن تصلي كما يصلي الرجل في الركوع والسجود والقراءة ووضع اليدين على الصدر، وغير ذلك هذا هو الأفضل وهكذا وضعها على الركبتين في الركوع وهكذا وضعهما على الأرض في السجود حيال المنكبين أو حيال الأذنين، وهكذا استواء الظهر في الركوع وهكذا ما يقال في الركوع والسجود وبعد الرفع من الركوع وبعد الرفع من السجود وبين السجدتين كله كالرجل سواء، عملا بقوله صلى الله عليه وسلم: ((صلوا كما رأيتموني أصلي)) رواه البخاري في الصحيح.
http://www.binbaz.org.sa/mat/877
Ringkasan:
-Yang benar ialah tiada beza sholat lelaki dan wanita
- Tiada dalil yang menyokong pendapat fuqaha’ yang membezakannya.
- Hadith yang berbunyi “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku bersholat (HR al-Bukhari di dalam Sahihnya)” adalah umum yang merangkumi lelaki dan wanita
- Perbezaan antara lelaki dan perempuan hanya boleh berlaku dengan dalil (contoh: aurat di dalam sholat, saf terbaik, hukum solat berjemaah)
- Adalah sunnah untuk wanita melakukan pergerakan solat seperti ruku’, sujud, membaca surah, meletakkan tangan di atas dada dan lain-lain sebagaimana lelaki melakukannya.
Jadi dari mana datang asalnya pembeza untuk solat wanita contohnya ketika ruku', sujud dan lain-lain. Kita mesti mempunyai pemikiran yang positif kepada imam-imam Mujtahid seperti al-Imam asy-Syafie, Abu Hanifah dan lain-lain.
Boleh jadi fatwa mereka itu melihatkan pakaian wanita di zaman tersebut. Boleh jadi ketika itu mereka tidak mempunyai pakaian dalam seperti zaman sekarang, lalu ketika ruku' boleh menyebabkan bahagian-bahagian sensitif pada tubuh wanita tersebut kelihatan. Jadi boleh jadi inilah asas kepada fatwa mereka.
Jadi, jika melihat realiti pakaian wanita Muslimah kita ketika solat di zaman sekarang dengan bertelekung, tiada lagi keperluan untuk mereka merapatkan tubuh ketika sujud, ruku' dan lain-lain.
Ustaz Zaharuddin di dalam buku Formula Solatnya turut membawakan pendapat serupa iaitu Fatwa al-Imam al-Syafie Rahimahullah itu boleh jadi kerana keadaan masyarakat di zamannya.
Wallahua'lam.