Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Aliff.. Lam... Mimmm. Apa Maknanya Huruf-Huruf Ini

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Aliff.. Lam... Mimmm. Apa Maknanya Huruf-Huruf Ini   Sat Jun 13, 2009 11:51 am

Aliff.. Lam... Mimmm. Apa Maknanya Huruf-Huruf Ini
Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli,

Assalamualaikum WBT.

Saya membelek laman sesawang Islamtoday yang dibawah pengawasan Shaikh Salman al-Odah. Saya terjumpa satu artikel yang menarik. Ia berkaitan dengan huruf-huruf yang dijadikan permulaan sesuatu surah di dalam al-Quran. Contoh awal surah al-Baqarah yang bermula dengan Aliff... Lam. Mim. Apa maksudnya semua ini? Apa nilai huruf-huruf ini.

Unit Penyelidikan Islamtoday, yang di bawah pengawasan Sheikh Abdul Wahab at-Turayri, telah merumuskan beberapa hal berkaitan huruf-huruf yang menjadi pembuka beberapa surah di dalam al-Quran.

Antara rumusan yang boleh dibuat ialah:

1) Para sahabat yang hebat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Ibn Mas'ud RA menyimpulkan bahawa maksud huruf-huruf yang dijadikan permulaan surah itu adalah termasuk hal-hal yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.

2) Huruf-huruf itu berfungsi untuk menarik perhatian pembaca dan jika dilihat dari konteks zaman Rasulullah SAW, ia untuk menarik perhatian golongan bukan Islam untuk membaca al-Quran.

3) Ia bukanlah perkara yang pelik di kalangan orang Arab ketika zaman Rasulullah SAW, kerana itu tidak pernah orang kafir di zaman Nabi SAW membangkitkan isu huruf-huruf ini sedangkan mereka diketahui memang mencari-cari hujah untuk mengkritik al-Quran.

4) Adalah menjadi kesilapan sebahagian umat Islam yang menyibukkan diri mencari maksud-maskud huruf-huruf ini sehingga menimbulkan banyak maksud dan tafsiran yang tidak berasas dan tidak berbukti.

5) Ulama tafsir yang hebat seperti Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa sekiranya ada keterangan daripada Rasulullah SAW berkaitan huruf-huruf ini, maka kita wajib berpegang pada keterangan itu, jika tiada, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada membuat penafsiran sendiri.

Untuk membaca dengan lebih lengkap sila layari
The Letters that Begin the Chapters of the Qur'an| Prepared by the Research Committee of IslamToday.net under the supervision of Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî|
http://islamtoday.com/showme2.cfm?cat_id=29&sub_cat_id=1907
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Abu_Ayyub



Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 27
Location : ...........

PostSubject: Re: Aliff.. Lam... Mimmm. Apa Maknanya Huruf-Huruf Ini   Mon Jun 15, 2009 6:45 am

Berkaitan hal ini ianya ada dalam pembincangan khusus dalam subjek `Ulum al-Quran dalam topik الأحرف المقطّعة tak salah ana ada 10 pendapat para Ulama` tentang persoalan huruf-huruf muqatta`ah ni. ada juga yang lawak-lawak...antaranya pendapat yang menyatakan ia merupakan satu formula @ rumus yang menunjukkan tempoh kekalnya umat Islam..ini adalah pendapat ulama Yahudi seperti yang disebut dalam Fathul Qadir..pendapat ni jelas batil lagi munkar...hanya sekadar perkongsian...
Back to top Go down
View user profile
 
Aliff.. Lam... Mimmm. Apa Maknanya Huruf-Huruf Ini
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Al-Quran-
Jump to: