Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Syiah dan Imam 12

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Syiah dan Imam 12   Tue Jul 21, 2009 8:53 am

Imam Dua Belas di dalam Shahih Muslim?

Golongan Syi`ah berusaha untuk menegakkan akidah syirik mereka yang mengatakan bahawa imam dua belas yang dianggap mereka sebagai maksum[2] malah mempunyai sifat-sifat rububiah cuba menimbulkan syubhat dengan mendakwa kononya riwayat berkenaan imam 12 turut disebut oleh sumber ahli Sunnah iaitulah di dalam Shahih Muslim.
Antara hadith yang kononnya mendakwa Imam Muslim turut mengakui akan kebenaran imam dua belas ialah hadith ini:

حَدَّثَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللَّهِ الطَّحَّانَ عَنْ حُصَيْنٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَال
دَخَلْتُ مَعَ أَبِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِنَّ هَذَا الْأَمْرَ لَا يَنْقَضِي حَتَّى يَمْضِيَ فِيهِمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً قَالَ ثُمَّ تَكَلَّمَ بِكَلَامٍ خَفِيَ عَلَيَّ قَالَ فَقُلْتُ لِأَبِي مَا قَالَ قَالَ كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ

Diriwayatkan daripada Khalid iaitu Ibn `Abdillah at-Thahan daripada Husain daripada Jabir ibn Samurah berkata: Aku masuk bersama bapaku bertemu Nabi sallallahu`alaihiwasallam dan aku mendengar beliau bersabda: “Sesungguhnya urusan ini(pemerintahan) tidak akan roboh hingga selesai memerintah di kalangan mereka dua belas orang khalifah” kemudian beliau mengucapkan kata-kata yang kurang jelas bagiku, lalu aku bertanya kepada bapaku apa yang diucapkan beliau.Jawab bapaku: “ Semua mereka dari kalangan Quraisy”

Dalam lafaz yang lain:

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ
انْطَلَقْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعِي أَبِي فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ لَا يَزَالُ هَذَا الدِّينُ عَزِيزًا مَنِيعًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً فَقَالَ كَلِمَةً صَمَّنِيهَا النَّاسُ فَقُلْتُ لِأَبِي مَا قَالَ قَالَ كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ

Daripada Jabir Ibn Samurah katanya: Aku bertemu Rasulullah s.a.w bersama-sama bapaku lalu aku mendengar beliau sallallahu`alahiwasallam bersabda: “Agama ini sentiasa kuat dan mulia sampai berlalu dua belas orang khalifah”.Kemudian beliau mengucapkan ucapan yang kurang difahami lalu aku bertanya kepada bapaku: “ Apa kata beliau?.Jawab bapaku: “ Khalifah yang dua belas itu kesemuanya dari kaum Quraisy”.

Dalam lafaz yang lain:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَا حَدَّثَنَا حَاتِمٌ وَهُوَ ابْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ الْمُهَاجِرِ بْنِ مِسْمَارٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ
كَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ لَا يَزَالُ الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ كِسْرَى وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ كَذَّابِينَ فَاحْذَرُوهُمْ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِذَا أَعْطَى اللَّهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ أَنَا الْفَرَطُ عَلَى الْحَوْضِ

Diriwayatkan dari `Amir Ibn Sa`ad Ibn Abi Waqqas radiallahu`anhu katanya: “ Aku menulis surat kepada Jabir Ibn Samurah dan menggirimnya melalui pelayanku Nafi`, meminta kepadanya supaya dia dapat mengkhabarkan kepadaku hadith yang pernah didengarnya dari Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam.Dia menulis surat dan membalas suratnya kepadaku seperti berikut: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda pada suatu petang hari jumaat , iaitu ketika seorang suku al-Aslam direjam, sabdanya: “ Agama ini(Islam) sentiasa akan tegak hingga hari kiamat, atau sampai selesai dua belas orang khalifah memerintah mereka, yang kesemua mereka dari bangsa Quraisy ”. Aku mendengar pula beliau bersabda : “ Satu kelompok kaum muslimin akan menakluki Istana putih ( Istana Raja Kisra) dan aku mendengar pula beliau bersabda: “ Sebelum terjadinya kiamat akan muncul para pembohong besar( Dajjal), maka berwaspadalah terhadap mereka.” Aku mendengar pula beliau bersabda: “ Jika Allah mengurniakan kamu suatu kebaikan(kekayaan), pertama-tama manfaatkanlah untuk dirimu sendiri, dan untuk keluargamu.” Aku juga mendengar beliau bersabda: “ Aku lebih dahulu dan menunggu di telaga”[3]

Hadith ini dengan beberapa lafaz yang berbeza turut diriwayatkan oleh:

1. Imam Bukhari di dalam Shahihnya,hadith no:6682..dengan lafaz “اثْنَا عَشَرَ أَمِيرًا ”
2. Imam Muslim di dalam Shahihnya, hadith no: 3393,3394, 3395, 3396, 3397 dan no;3398 (lafaz hadith di atas)
3. Imam Tirmidzi di dalam Jami`nya hadith no:2149, dengan lafaz اثْنَا عَشَرَ أَمِيرًا ”
4. Imam Abu Daud di dalam Sunannya hadith no:3731,
5. Imam Ahmad di dalam Musnadnya hadith no: 19875,19884,19792,19901
6. Mushannaf Ibn Abi Syaibah jil.7,ms 492,
7. Abi `Awanah di dalam Mustakhrajnya hadith no:5628
8. Ibn Hibban di dalam Shahihnya hadith no:6786, 6787

JAWAPAN KEPADA SYUBHAT .

Kedangkalan ilmu dan juga sifat khianat yang ada disisi syi`ah boleh dilihat apabila mereka dengan penuh licik cuba membawa akidah syirik mereka dan mendakwa kononnya riwayat berkenaan imam 12 turut diriwayatkan oleh sumber-sumber muktabar Ahli Sunnah.Namun jelas mereka berniat buruk apabila cuba menimbulkan syubhat ini.Berikut adalah bantahan terhadap syubhat dalam masalah imam 12:

1. Kesemua lafaz hadith tidak menunjukkan penggunaan lafaz “ Imam” tetapi yang lafaz yang digunakan oleh Nabi sallallahu`alaihiwasallam ialah “ khalifah”, atau “amir” Di dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. menggunakan kalimah amir atau khalifah dan tidak ada satupun riwayat yang menyebutkan kalimah imam dengan mufrad atau aimmah dengan lafaz jama’.Kalau dilihat kepada perkataan sahajapun ianya sama sekali tidak membawa maksud imam-imam Syi’ah kerana kalimah amir atau khalifah digunakan kepada pemerintah. Sedangkan di kalangan imam-imam Syi’ah hanya dua org sahaja yang menjadi pemerintah

2. Hadith ini tidak ada kena mengena langsung dengan akidah syi`ah Imamiah yang sesat kerana tidak ada seorang pun dikalangan ulama ahli Sunnah yang berpandangan sebegitu..Apatah lagi hadith ini diriwayatkan oleh jamaah Imam-Imam Ahli Sunnah wal-Jamaah.Mustahil mereka para Imam Ahli Sunnah akan membawa akidah imam 12 ciptaan Syi`ah.

3. Membawa hanya satu lafaz hadith tidak memadai untuk mendakwa sesuatu perkara dan memutuskan sesuatu keputusan.Justeru selayaknya perlu mengambil kira lafaz-lafaz di dalam riwayat lain yang berperanan untuk menjelaskan di antara satu sama lain.Sepertimana yang disebut di dalam Syarah Shahih Muslim oleh Imam Nawawi, beliau membawakan perkataan al-Qadhi `Iyyad dalam menjelaskan maksud sebenar hadith di atas.Rujuk Syarah Shahih Muslim

4. Akidah syi`ah berpegang bahawa pemerintahan imam mereka berterusan sehingga hari ini.Mereka sekarang mereka sedang menunggu Imam Muhammad b.Hasan al-Askari ( yang masih bersembunyi). Sedangkan hadith di atas menunjukkan zaman tersebut ialah zaman yang Islam adalah kuat dan mulia hakikatnya hari ini Islam lemah dan terus dihina.

5. Lafaz “ Kesemua mereka dari kaum Quraisy” adalah lafaz umum, ianya merangkumi kaum Quraisy yang terbahagi kepada lebih 13 suku qabilah. Termasuklah mereka ialah bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani `Adi, Bani Asad dan lain-lain Sedangkan Syi`ah hanya membataskan Imam-imam mereka kepada “ahlul bait”. Hal ini menunjukkan syi`ah buta sejarah. Jika benar tentulah Nabi s.a.w akan mengatakan; " Kesemua mereka adalah dikalangan ahli baitku".

6. Ketaksuban penganut “ Syi`ah” dengan angka 12, merupakan salah satu perkara yang tidak boleh disangkal lagi, hal ini menyebabkan di dalam kitab ahli sunnah mana sekalipun yang menyebut angka 12 maka mereka dengan pantas akan mendakwa itulah dalil yang menunjukkan kebenaran akidah imamiah mereka,walaupun sudah jelas perbezaan di antara Ahli Sunnah dengan Syi`ah ialah perbezaan akidah dan juga perbezaan pengambilan sumber utama, mereka dengan kejahilan tetap cuba untuk “menegakkan benang yang dah terbakar”


Hanya Allah tujuanku,
Abu Ayyub
26 Rejab 1430H/19 JULAI 2009
Kuala Lumpur

[1] Boleh rujuk:
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=151527

[2] Sila rujuk kenyataan pemimpin tertinggi Iran, Ayatussyaitan Khomenei di dalam al-Hukumah al-Islamiyyah hal 51 dan boleh juga merujuk kitab hadith utama Syi`ah al-Kafi fi Ushul oleh al-Kulaini

[3] HR Muslim no:3398

http://madrasahhadith.blogspot.com/2009_07_01_archive.html#5186837073966261649
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Syiah dan Imam 12
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Aqidah-
Jump to: