Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Tidak Berwudhu Selepas Mandi Wajib, Terus Solat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sang murabbi



Posts : 5
Join date : 09/07/2009

PostSubject: Tidak Berwudhu Selepas Mandi Wajib, Terus Solat   Tue Jul 21, 2009 7:59 pm

Ana bgn pagi pastu nak mandi memandangkan malas nak amik wuduk utk solat subuh boleh x ana mandi wajid pagi tue...
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Tidak Berwudhu Selepas Mandi Wajib, Terus Solat   Wed Jul 22, 2009 12:11 am

Ibnu Abdil Barr berkata:

“Orang yang mandi junub, apabila tidak berwudhu’, namun jika dia telah membasahi seluruh tubuhnya, maka ia telah melaksanakan wudhu’, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat … … Jika kamu berjunub, maka mandilah.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6) (Allah hanya memerintahkan supaya mandi. Tidak pula berwudhu’). Ini adalah ijma’, tidak ada perbezaan di antara ulama. Namun mereka juga sepakat akan sunnah berwudhu’ sebelum mandi, kerana berdasarkan (mencontohi) perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Selain itu, berwudhu’ lebih mempermudahkan mandi dan menjadikan mandi lebih tersa nikmatnya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan mandi sebagai mengakhiri larangan solat.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, melainkan sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi.” (Surah an-Nisaa’, 4: 43)

Apabila seseorang telah mandi, maka ia tidak dilarang untuk melakukan solat. Selain itu, mandi dan wudhu’ adalah dua ibadah yang sejenis, maka yang kecil masuk ke dalam yang besar. Sebagaimana Umrah masuk ke dalam Haji.

Dipetik dari: Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 1, m/s. 366-367.
http://soaljawab.wordpress.com/2009/05/06/tidak-wajib-berwudhu-setelah-mandi-junub/
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Tidak Berwudhu Selepas Mandi Wajib, Terus Solat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: