Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Bagaimana memulakan Ramadhan?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Bagaimana memulakan Ramadhan?   Mon Aug 17, 2009 9:27 pm

Assalamualaikum wbt.

Isu ini ialah antara isu yang hangat dibahaskan.
http://intisonline.com/artikel/menentukan-awal-ramadhan-dengan-anak-bulan-dan-hisab/

Kesimpulan daripada artikel di atas ialah:

Yang tepat memulakan Ramadhan mestilah dengan melihat anak bulan, bukan dengan mengikut perkiraan kalendar sebagaimana yang kita lakukan sekarang.

Begitu jugalah untuk Syawal, Aidiladha dan lain-lain.

Persoalannya, bagaimana jika sesebuah negara telah menetapkan esok adalah raya/puasa berdasarkan hisab sedangkan anak bulan tidak kelihatan.

Begitu juga bagaimana jika pemerintah menetapkan mengikut hisab perlu dilengkapkan 30 hari, sedangkan anak bulan telah kelihatan.

Jawapannya, kita mengikut kata pemerintah:

Ikutilah Pemerintah dalam Memulai Puasa Ramadhan atau Berhari Raya
Jika melihat kepada mudahnya dan di dalam rangka menjaga perpaduan kaum muslimin, maka cara terbaik dalam menentukan awal Ramadhan adalah dengan mengikuti keputusan pemerintah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَوْمُكُمْ يَوْمَ تَصُوْمُوْنَ وَفِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُوْنَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تَضَحُّوْنَ

“Puasa kalian ditetapkan tatkala majoriti kalian berpuasa, idul fithri ditetapkan tatkala majoriti kalian beridul fithri, dan idul adha ditetapkan tatkala majoriti kalian beridul adha.” (HR. at-Tirmidzi, beliau mengatakan hadits ini hasan ghorib).
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Bagaimana memulakan Ramadhan?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: