Amin sedang berbuka dirumahnya bersama ibu dan bapanya. Maklumlah sekali sekala pulang ke rumah. Laungan azan sudah berkumandang di Tv1, Amin terus mencapai kurma dan menelannya.
Ayah beliau menegur dan memaklumkan bahawa waktu Maghrib di kampung beliau lewat 2-3 minit berbanding Kuala Lumpur, dan azan di Tv1 mengikut waktu Kuala Lumpur.
Amin melihat ke langit dan mendapati matahari masih ada.
Bagaimanakah status puasa Amin? Apa yang perlu beliau lakukan, meneruskan puasa atau terus makan.