Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Imam Membaca Daripada Mushaf Di Dalam Solat Tarawih

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Imam Membaca Daripada Mushaf Di Dalam Solat Tarawih   Sat Sep 05, 2009 5:24 am

Diterjemah ke Bahasa Malaysia oleh http://lobaitampin.blogspot.com
Reciting from the Mus-haf in Tarawih
The first question of Fatwa no. ( 2238 )

Ketika di dalam bulan Ramadhan yang diberkati, kami melakukan solat Terawih di Bandar Fresno Amerika. Tetapi, telah muncul perselisihan pendapat tentang hukum membaca surah di dalam al-Quran dengan melihat mushaf kerana sebahagian daripada saudara seIslam kita melihat hal ini sebagai tidak dibenarkan dan sebahagian yang lain menyatakan membaca daripada mushaf dibenarkan kerana tiada sesiapa pun daripada saudara-saudara kita di sini yang menghafaz keseluruhan al-Quran.


Jawapan:
Tiada apa-apa masalah apabila imam membaca dengan melihat mushaf ketika solat Terawih. Bahkan, ia adalah perkara yang digalakkan di dalam situasi saudara (di mana tiada seorangpun yang menghafaz al-Quran) kerana kita digalakkan untuk memanjangkan bacan ketika terawih, dan hal ini tidak akan dapat dicapai di dalam situasi saudara kecuali imam di tempat saudara membaca dengan melihat Mushaf. Diriwayatkan di dalam Abu Daud di dalam Bab Masahif, daripada Abu Ayyub, daripada Ibn Abu Malikah bahawa Aisyah RA pernah bersolat di belakang hambanya Dhakwan yang menggunakan mushaf untuk membaca.

Ibn Abu Syaibah turut menyatakan bahawa: Waki' memberitahu kami bahawa daripada riwayat Hisham Ibn Urwah, daripada Ibn Abu Mulaikah daripada 'Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa hambanya yang akan dibebaskan selepas kematian Aisyah :ra sering mengetuai beliau di dalam solat ketika Ramadhan sambil membaca Mushaf. Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (Muallaq).

Permanent Committee for Scholarly Research and Ifta'
`Abdul-`Aziz ibn `Abdullah ibn Baz
`Abdul-Razzaq `Afify
`Abdullah ibn Ghudayyan
`Abdullah ibn Qa`ud

http://www.alifta.com/Fatawa/FatawaDetails.aspx?IndexItemID=96433&SecItemHitID=103855&ind=3&Type=Index&View=Page&PageID=2268&PageNo=1&BookID=7



http://www.salafitalk.net/st/viewmessages.cfm?Forum=24&Topic=9327&bookmark=1
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Imam Membaca Daripada Mushaf Di Dalam Solat Tarawih
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: