Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 dilema tajdid

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
safawati



Posts : 20
Join date : 25/06/2009
Location : iium

PostSubject: dilema tajdid   Tue Sep 29, 2009 12:57 pm

saya perlukan nasihat dan pendapat mengenai dilema yg terjadi pada saya baru-baru ini..

madam (fellow) :
saya rasa sebagai ketua dakwah mahallah ni, awak kena wat biasa2 jer lepas ni, tak perlulah ajar benda2 baru tentang apa yg awak sampaikan pada bulan ramadhan lalu saya rasa agak keterlaluan sebab saya dah tanya byk ustaz dan mereka mengatakan awak ni dah tak ikut mazhab syafie
saya rasa lecture @ ustaz foreigner dah banyak pengaruhi pembelajaran awak. jadi awak keliru. kalau boleh jangan terus ikut ustaz2 dari luar kerana mereka mazhab lain, dan ada yg pelik2...
saya tak mahu awak terjebak pada benda yg awak baru beajar. orang2 luar negara ni macam2 dorg bawak tok rosakkan org melayu.
kita masyarakat islam kat malaysia ni dah cukup dah ajaran islam, tak perlu ubah2... jadi awak jadilah seperti biasa semula.

saya: hanya tersenyum hambar, tidak kuat utk melafazkan walau sebutir bunyi. melainkan rasa kasihan pada kejumudan pemikiran golongan yg intelek sepertinya

pilihan saya sekarang:

a) quit jadi MRC
b) teruskan dengan memekakkan telinga
c) betulkan tohmahan yg di beri
d) diam
atau ada cadangan lain
Rolling Eyes
Back to top Go down
View user profile http://sukapisang.blogspot.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: dilema tajdid   Tue Sep 29, 2009 3:17 pm

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Info di atas masih belum cukup untuk saudari membuat keputusan.

Sila senaraikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap pilihan yang dibuat, lalu pilih mana yang lebih mendatangkan manfaat.

Kedua, saudari lebih mengetahui kedudukan, kemampuan diri, tahap ilmu dan lain-lain yang ada pada diri saudari. Jadi mereka yang diluar, hanya mampu memberi idea, keputusan semua di tangan saudari.

Ketiga, para akhawat diharapkan agar membantu saudari Safawati, tidak kira dari segi sokongan moral, tenaga fizikal, ilmu dan lain-lain. Para akhawat lebih berhak dan 'awla untuk membantu saudari Safawati berbanding para ikhwah yang mungkin akan membuka kepada ruang fitnah yang lebih besar kerana syaitan memang tidak akan henti-henti memainkan peranannya.

Kesimpulan:

Saudari Safawati perlu membuat pertimbangan maslahah dan mudharat, kalau perlukan bantuan, boleh list kan maslahah dan mudharat di sini agar rakan-rakan boleh memberi pandangan.

Dan yang paling penting akhawat-akhawat yang lain hendaklah memberikan bantuan dan sokongan. Kita tidak mahu ada sahabat-sahabat kita yang keseorangan menghadapi cabaran dan dugaan. Ilmu yang kita belajar selama ini hendaklah ditempiaskan di alam realiti.

Wallahua'lam.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
.:EzZaHmUsLeH:.



Posts : 7
Join date : 29/09/2009

PostSubject: Re: dilema tajdid   Tue Sep 29, 2009 5:18 pm

Salamun alaykum~

Ya ukhti...
sememangnya jalan dakwah itu tidak sepi dari onak duri...
jika benar kita faham dakwah...maka kita tidak akan gentar dengan cabaran dan tak akan lemah dengan ujian...

ana bukan yang terbaik bercakap bab dakwah...

jika kita yang tidak sampaikan kebenaran..nak harapkan siapa lagi?
jika kita yakin dengan jalan yang dilalui kenapa nak masuk Syurga seorang diri?

ukhti kena kuat minta petunjuk dan petolongan dari Allah Taala.

“Hai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu (mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat), sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar “ ( QS Al-Baqarah 2: 153)


refleksi semula diri sendiri;
-mungkin seperti cadangan admin di atas...nilai pro n kontra ukhti quit dari MRC...
-adakah yang bersikap negatif itu hanya seorang dua orang? yang lain bagaimana?
jika hanya segelintir yang bersikap pesimif...maka pandanglah orang2 yang masih bersikap optimis...
-kadang kala berdiam diri itu lebih baik..namun kebenaran perlu disampaikan, cuma bergantung pada keadaan..

Jika mudarat lebih besar (cth; efek kepada akademik,dll) dari pada manfaat...
Maka, bertindaklah dengan bijak...quit dari MRC tidak bermakna terputus hubungan ukhwah dengan ahlinya...masih boleh mendekati akhwat2 yang mula nak faham dan dapat terima manhaj ini...pastikan ukhwah dengan mereka mantap, kerana ukhwah sangat berkait dengan dakwah...

semoga ukhti kuat semangat menghadapi apa juga bentuk cabaran dan ujian kehidupan..apatah lagi di jalan 'orang2 asing'..~

salam mujahadah...
Allahu'alam~
Back to top Go down
View user profile
safawati



Posts : 20
Join date : 25/06/2009
Location : iium

PostSubject: Re: dilema tajdid   Thu Oct 01, 2009 4:50 pm

jazakumullahu khairan...

masalah general:
1) saya ada agreement tok jadi sampai habis short sem nanti ( Jun 2010)
2) majoriti meletakkan kepercayaan pada saya untuk memegang post ini
3) mereka mahu saya teruskan kerana suka sifat tanggungjawab yg saya ada

masalah positif:
!) kepercayaan yg diberikan menjadi satu benteng kuat utk diri saya bg menyampaikan dakwah
2) penerimaan masih berada pada tahap biasa dan ada peluang untuk diteruskan
3) saya minat untuk menjadi seorang yang aktif sebagai latihan menempuh masa depan
4) saya tak jumpa society lain yg mampu membantu saya utk curahkan bakat saya, jika ada pun society itu tak aktif & susah utk beri komitmen
5) saya juga perlu teruskan menjadi student yg aktif untuk mengelakkan diri dari duduk di luar kampus ( sisitem UIA terbaru) -saya tak mampu utk duduk luar

masalah negatif:
1) kekurangan aplikasi ilmu kpd khidupan mendorong saya cepat mengeluh
2) tidak mampu berdiri seorang
3) interuption dari pihak2 tertentu (yg berkuasa) mengelirukan sahabat-sahabat baru yg sedang merangkak memahami dakwah
4) kekurangan sokongan sepertimana yg saudara masri cakapkan
5) sesetengah golongan yg men 'drag' maslah2 kecil kpd yg besar

~apa-apapun, tujuan saya meminta pendapat adalah untuk mencari idea2 untuk dipertimbangkan. saya mengaku saya rela berhadapan dengannya setelah pertimbangkan maslahat & masfadatnya.
~ jika sepertimana yg dicadangkan oleh saudara masri agar saya melihat kemampuan diri dahulu, ya saya sudah memberi jawapan. saya RELA =)

namun, saya perlukan nasihat dan pandangan sebagai rakan manhaj yg masih merangkak memahaminya.
mungkin selepas ini saya akan minta pandangan kalian dahulu terhadap apa-apa aktiviti dakwah yg akan saya buat dalam society ni...

" addin al nasihah"

wallahu'alam.... ^_^
Back to top Go down
View user profile http://sukapisang.blogspot.com
.:EzZaHmUsLeH:.



Posts : 7
Join date : 29/09/2009

PostSubject: Re: dilema tajdid   Thu Oct 01, 2009 6:28 pm

bismillah~

salam alaykum..

masya Allah...alhamdulillah, ukhti memang ada kekuatan sendiri maka, tidak hairan jika terus diuji...

asif...ana melihat masalah negatif itu hanya masalah sisian iaitu bukan utama untuk menghalang ukhti meneruskan dakwah...

Bertaqwa dan Tambahkan tawakalmu di setiap usaha yang dilakukan insya Allah, ada jalan yang tidak disangka2 yang kadangkala tidak perlukan manusia, hanya petunjuk dan hidayah-NYA dapat menjadikan kita KREATIF dalam bdakwah...

moga sahabat2 terdekat dapat memberi sokongan moral untuk ukhti terus berbuat...

barakallahufiki~
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: dilema tajdid   Thu Oct 01, 2009 6:31 pm

Assalamualaikum wbt.

Mungkin hold dahulu membawa isu-isu sensitif ke dalam kolej saudari.

Da'wah sunnah bukan terhad kepada isu sunnah dan bid'ah.

Mungkin satu kesilapan kita ialah terlalu gopoh tanpa melihat keadaan sekeliling.

Dan melihatkan keadaan saudari di mana risiko jika tidak aktif ialah duduk di luar, maka elok juga aktif.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: dilema tajdid   Thu Oct 01, 2009 6:33 pm

Sekali lagi saya mohon para akhawat menghulurkan tangan, dan duduk bersama-sama saudari Safawati untuk mendengar luahan hati ke hati dan saling bantu membantu.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
muaz akmal



Posts : 1
Join date : 01/10/2009

PostSubject: Re: dilema tajdid   Thu Oct 01, 2009 7:20 pm

tahniah buat saudari safawati di sebabkan keberanian serta kegigihan dan keikhlasan anda utk berdakwah dgn menggunakan platform yg ada,yg mana sepatutnya sahabat2 lain,exp akhwat, perlu mencontohi saudari.
semoga ALLAH sentiasa memberi hidayah kpd kita utk di tambahkn ilmu serta istiqamah pd jalan dakwah ini...amin...

cabaran yg saudari hadapi itu adalah lumrah dlm perjuangan,tetapkan hati serta sentiasa berdoa pdNYA..

buat sahabat2 dakwah,sy yakin bukan shj saudari safawati seorang yg menghadapi dilema sedemikian rupa,ramai lagi sahabat2 kita yg berhadapan situasi sama bahkan mungkin lebih teruk.
sy menyeru sahabat2 sekalian utk satukan hati2 kita dgn seteguhnya,serta saling membantu,menyokong serta segala pertolongan yg boleh di hulurkan utk menjalankan perintah ALLAH ni...
Back to top Go down
View user profile
safawati



Posts : 20
Join date : 25/06/2009
Location : iium

PostSubject: Re: dilema tajdid   Fri Oct 02, 2009 11:31 am

terima kasih pada k.ezah & saudara abu usamah....
al mukmin li mukminu kal bun'yan yashuddu ba'duhu ba'dan flower
Back to top Go down
View user profile http://sukapisang.blogspot.com
Abu 'Aisyah



Posts : 8
Join date : 04/10/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Re: dilema tajdid   Sun Oct 04, 2009 12:55 pm

Salam...

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN PESAN DENGAN SABAR. - Al 'Asr

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan MEREKA TIDAK DIUJI? - Alankabut 2

Wahai orang orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan solat. Sungguh Allah berserta orang orang yang sabar -Albakarah 153

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemeleretan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” INGATLAH, SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT - Al baqarah 214

Dan apabila hamba hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku KABULKAN PERMOHONAN ORAN YANG BERDOA APABILA DIA KEPADA KU. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku agar mereka memperoleh kebenaran - Al Baqarah 186

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang orang yang sabar. (yaitu) orang orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhan nya dan mereka itulah orang orang yang mendapat petunjuk - Al Baqarah 155 - 157

Wallahu A'lam...

Benar kata2 admin. Hold dulu isu isu sensetive.
Back to top Go down
View user profile
Abu 'Aisyah



Posts : 8
Join date : 04/10/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Re: dilema tajdid   Sun Oct 04, 2009 1:03 pm

Sedikit penambahan...

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku Perkenankan bagimu - Al Ghafir 60

Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha mengetahui. Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya untuk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam. Dan orang orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti akan Kami hapuskan kesalahan kesalahannya dan mereka pasti akan Kami beri BALASAN yang LEBIH BAIK dari apa yang mereka kerjakan - Alankabut 5-7
Back to top Go down
View user profile
Abu MardhiYYah



Posts : 34
Join date : 13/06/2009
Age : 30
Location : UIA

PostSubject: Re: dilema tajdid   Tue Oct 20, 2009 11:27 pm

sampaikan apa yg mereka sepakati, jgnlah terlalu dedahkan sgt perbezaan pd peringkat awal..hadis2 dalam riyadussolihin berkaitan targhib dan tarhib perlu diberikan keutamaan untuk disebarkan kerana kita perlu timbulkan rasa mahu dalam diri mad'u sebelum mereka ada rasa ingin tahu...apakah kita perlu biarkan bid'ah yg mereka lakukan? soalan ni mungkin akan ditanya, sampai bila kita nak biarkan mereka begitu?...jawapanya mudah shja, pertamanya apakah kita sudah mampu untuk menyampaikannya? faham dengan betul apa yg ingin kita smpaikn dan berkemampuan untuk menyampaikan dgn cara yg brhikmah kpd mereka? sekiranya sudah, laksanakannya dgn berperingkat, jgn terburu2..kerana sifat terburu2 terkadang mendatangkan lebih byk keburukan dan mampu untuk menutup jalan dakwah pada masa akan datang...lakukan semampumu, apa yg engkau tahu dan apa yg mrk perlu tahu...bijak dalam melaksanakn urusan dakwah, lakukan dengan kapasiti yg ada, jgn terlalu cepat inginkn perubahan, kerana diri daie juga perlukan masa untuk memperbaiki diri, tidakkah kita rasakan mad'u jg inginkan yg sama?sudah semstinya lebih drpda itu kerana merka baru mula untuk mengenali sesuatu yg kita ingn sampaikn...apapun tahniah atas usaha yg dilakukan, mg Allah memberkati sgalanya...yassiru wa la tu'assiru, basyyiru wa la tunaffiru.. Smile
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: dilema tajdid   Today at 4:38 am

Back to top Go down
 
dilema tajdid
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Dakwah-
Jump to: