bismillah~
asSalamua'alaykum...
erm,pada pandangan ana rangkaian Tauhid ini penting dan perlu...
cuma bezanya perlaksanaan dalam penerangan...
sedangkan nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada para sahabat tidak sekaligus dan sedebuk...
malah sedikit tapi berulang-ulang...
memang akan pening jika diberi ilmu secara sekaligus, pening kepada orang awam yang tidak biasa suasana penyampaian berbentuk ilmiah...
jadi perlunya dikreatifkan cara penyampaian...
misalnya mad'u itu seorang kanak-kanak, kita bawakan kepada mereka kisah haiwan (kartun), bagaimana cara haiwan itu melangsungkan kehidupan makan dan tempat tinggal. contoh burung, buat sarang,bertelur dan pagi-pagi keluar mencari makanan...siapakah yang menciptakan burung?siapa yang beri burung makan?jika anak burung tentu mak dia suapkan makan, tapi siapa beri mak dia makanan? jawapannya TUhan pencipta burung itu, siapa pencipta burung? jawapannya ALLAH Yang Maha Pemurah...
sedangkan manusia tidak pernah dibiarkan kelaparan kecuali lapar itu sebagai ujian. inikah pula haiwan dan tumbuhan.
jika mad'u itu dewasa mungkin lebih mudah untuk didetailkan penerangnya cuma sedikit-sedikit...dan mungkin dikurangkan dalil tapi setiap dalil huraian yang mudah difahami.
persoalan kedua pula;
keperluan bergantung pada siapa yang perlu?
keperluan juga mempunyai tahap keutamaan..
jika telah selesai kefahaman mengenai Tauhid 3 maka boleh ditambah dengan membicarakan sifat-sifat Allah yang lebih jelas.
method ASWJ juga perlu tapi bukan kepada orang awam yang masih tidak kenal ASWJ...
tapi jika setakat nak melaksanakan penyampaian sampaikan saja kesemuanya..
cuma jika mahu berusaha melaksanakan kefahaman untuk ummat kena variasikan cara.
yang lebih penting gunakan bahasa yang mudah difahami.
Allahu'alam~