INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.

Go down 
5 posters
AuthorMessage
nusayba

nusayba


Posts : 7
Join date : 16/06/2009
Age : 33
Location : Kuala Lumpur

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 2:45 am

Assalamualaikum.
Saya terjumpa perkataan ni dalam 1 buku dan huraian tentangnya kurang.
Tapi saya masih keliru dan kurang faham tentang wahdatul wujud.
Ia dikatakan bukan pegangan salaf.
Kenapa ya Question
Tolong jelaskan.
Maksudnya dan lain-lain. Syukran.
Back to top Go down
http://nusayba-musafircinta.blogspot.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 7:41 am

Assalamualaikum wbt.

Apabila ia dikatakan ia bukan pegangan salaf, maksudnya ia tidak wujud di zaman salaf, bukan akidah zaman salaf sebaliknya ia hanyalah rekaan.

Seandainya ada sesiapa yang mahu mendakwa wahdatul Wujud sebahagian daripada Islam, dia mestilah membuktikan bahawa Wahdatul Wujud ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah, dipegang oleh para sahabat, tabiin dan Atba' at-Tabiin.
Back to top Go down
http://intisonline.com
Abu MardhiYYah

Abu MardhiYYah


Posts : 34
Join date : 13/06/2009
Age : 38
Location : UIA

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 2:14 pm

masri dia tanya pasal konsep wahdatul wujudlah, apakah sebenarnya yang di katakan wahdatul wujud? kenapa ulamak salaf menidakkanya? dia minta penjelasan ilmiah daripada kita semua...ringkasnya untuk ukhti nusaibah, fahaman wahdatul wujud ni bermaksud kesatuan tuhan/ tuhan bersatu dengan makhluk, mereka meyakini akan semua makhluk ni hanyalah satu dan tuhan akn menjelma (hulul) dalam bentuk makhluk-Nya...bagaimana konsep ni boleh berlaku? kalu diizinkan Allah sy terangkan kemudian....
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 6:15 pm

Nak kita jawab kita bukan ahli, nanti ana bawakkan fatwa Ulama' tentang hal ini.

Ana sedang mencari tulisan Dr. Abdul Fatah Haron.

Apa yang ana jawab ringkas tu ialah guideline seandainya timbul sesuatu isu, kalau benda tu tak ada pun golongan terdahulu diskus dalam bab akidah, maksudnya benda tu tak wujud dalam Islam.
Back to top Go down
http://intisonline.com
nusayba

nusayba


Posts : 7
Join date : 16/06/2009
Age : 33
Location : Kuala Lumpur

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeMon Jun 22, 2009 7:04 pm

fahaman wahdatul wujud ni bermaksud kesatuan tuhan/ tuhan bersatu dengan makhluk, mereka meyakini akan semua makhluk ni hanyalah satu dan tuhan akn menjelma (hulul) dalam bentuk makhluk-Nya

hampir serupa dengan aqidah kristian yang saya pernah baca dalam buku ttg perdebatan agama. Tuhan menjelma jadi Isa untuk menyelematkan ummat. Kan?

Memang jauh la dari iqtiqad ahlus sunnah sendiri.
Back to top Go down
http://nusayba-musafircinta.blogspot.com
Abu_Ayyub

Abu_Ayyub


Posts : 25
Join date : 14/06/2009
Age : 34
Location : ...........

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeTue Jun 23, 2009 4:00 pm

nusayba wrote:
fahaman wahdatul wujud ni bermaksud kesatuan tuhan/ tuhan bersatu dengan makhluk, mereka meyakini akan semua makhluk ni hanyalah satu dan tuhan akn menjelma (hulul) dalam bentuk makhluk-Nya

hampir serupa dengan aqidah kristian yang saya pernah baca dalam buku ttg perdebatan agama. Tuhan menjelma jadi Isa untuk menyelematkan ummat. Kan?

Memang jauh la dari iqtiqad ahlus sunnah sendiri.


Sekadar pencerahan,


Ya, fahaman wahdatul wujud adalah salah satu fahaman bahawa kesemua yang wujud di dunia ini hakikatnya ialah Allah, kerana mereka memahami bahawa tiada yang wujud(di dunia ini) melainkan Allah.Maka kesemua makhluk yang ada di muka bumi ini hakikatnya adalah jelmaan Allah.Fahaman yang menyelinap masuk ke dalam akidah sebahagian umat Islam.`Itikad batil ini dipelopori oleh ibn `Arabi (558-638H) .

Ramai para Ulama` telah bangkit menjawab dan membantah syubhat wahdatul wujud dengan mengarang kitab-kitab dan juga risalah-risalah,antaranya boleh dilihat di link ini:

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=134470

antara punca penyelewengan mereka apabila mereka memahami kalimah tauhid La ila haillallah dengan cara yang salah mereka memahami bahawa maksud لا اله إلا الله dengan maksud " Tiada yang wujud melainkan Allah".Akibat tidak merujuk kepada tafsiran Rasulullah s.a.w,para sahabat dan juga ulama Salaf mereka menjadikan tafsiran ini sebagai asas kepada fahaman Ittihad wal hulul(kesatuan dan juga penjelmaan) @ wahdatul wujud

Malah menurut Ibn Taimiyyah rahimahullah asal kepada bid`ah ittihad wal hulul( kesatuan) ini adalah merupakan i`tikad golongan Jahmiyyah yang mengingkari dan menafikan sifat-sifat dan nama-nama Allah ta`ala, dan juga mereka mendakwa bahawa Allah berada di mana-mana (majmu` fatawa 2/231) boleh rujuk: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=165563

Di Malaysia fahaman ini sudah banyak menular terutamanya di kalangan penganut tarikat dan juga tasawwuf yang menyeleweng.Malah ada segelintir umat Islam yang tidak sedar mereka sudah beri`tikad dengan akidah yang mirip dengan ajaran hindu,kristian dan juga Yunani.

Wallahu`alam...
Back to top Go down
Abu 'Aisyah




Posts : 8
Join date : 04/10/2009
Location : Malaysia

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeSun Oct 04, 2009 4:55 pm

Salam...

Disebabkan manusia berbincang perkara yang dia tidak faham dan tidak nampak berlandaskan akal fikiran semata mata maka sebab itulah keluarnya konsep konsep seperti wahdatul wujud dan lain lain.

Sebagai contoh, konsep cahaya. Yang mana mereka bincang cahaya matahari dengan cahaya lilin. Kedua dua cahaya tu adalah satu tapi tak sama. Dan asal kepada cahaya ini ialah "the light of light" iaitu tuhan. maka dengan itu menyimpulkan dari tuhan cahaya datang. Cahaya yang sebenar ialah "the light of light" td dan yang lain lain tu tergolong dalamnya. Ini kerana apabila kita nyalakan lilin pada masa siang. kita takkan dapat nmpak mana cahaya lilin dan mana cahaya matahari. So, cahaya yang "the light of light" tadi pun macam tu juga.... (Nak kene ada gambar rajah baru mudah terangkan)..

Dari situ maka diqiaskan pula pada manusia. Dimana manusia datang dari tuhan...

Dan akhirnya timbullah konsep konsep seperti Wahdatul wujud...

Basically macam ni lah kurang lebih antara idea yang memberi sumbangan kepada pembawakan idea seperti wahdatul wujud. Dah agak lupa dah macam mana secara tepatnya idea tu di contemplate dan di huraikan.

P/S: Comform susah nak fahamkan?? itu lah falsafah.. Ahah
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitimeSun Oct 04, 2009 11:21 pm

Den tak faham apa Bapa Aisyah cerita? Very Happy
Back to top Go down
http://intisonline.com
Sponsored content





Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Empty
PostSubject: Re: Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.   Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud. Icon_minitime

Back to top Go down
 
Tolong jelaskan tentang wahdatul wujud.
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Aqidah-
Jump to: