Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Catatan Halaqah Tarbiah: Manhaj dan Adab Mengutip Ilmu dan Mengeluarkan Hukum

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Catatan Halaqah Tarbiah: Manhaj dan Adab Mengutip Ilmu dan Mengeluarkan Hukum   Fri Oct 30, 2009 1:14 am

Halaqah Tarbiah: Manhaj Talaqqi dan Istidlal

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, hari ini dengan keizinan Allah SWT, Halaqah Tarbiah, dengan pengisinya oleh Ustaz Abdul Razak bin Abdul Muthalib, berjaya berjalan dengan lancar. Kehadiran para ikhwah saudara seIslam juga amat memberansangkan.

Tajuk diskusi Halaqah tadi ialah:

اداب و منهج التلقي و الاستدلال بين اهل السنة و المبتدعة

Yang boleh diterjemahkan sebagai: "Adab dan Method Pengambilan Sumber Ilmu dan Cara Mengeluarkan Hukum Daripadanya di antara Ahl as-Sunnah dan Ahl al-Bid'ah"

Ia merupakan tajuk buku yang digunakan oleh Ustaz Abdul Razak di dalam Halaqah tadi.

Ringkasan kuliah:

Ada 3 usul iaitu:

a) Mengagungkan nas-nas Syariyyah [تعظيم النصوص الشرعية]

Dalil-dalil dari al-Quran:

Surah an-Nur: 51

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. "

al-Hujurat: 1


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

al-Ahzab: 36


وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا

Dan tidaklah patut bagi lelaki-lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

an-Nur: 63


لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur- ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.

Bagi usul yang pertama ini, ia juga merangkumi dua aspek iaitu:

-Pengagungan kepada kata-kata Rasulullah SAW [تعظيم كلام النبى]

-Memastikan bahawa sesuatu itu benar-benar dilakukan atau dikatakan oleh Rasulullah SAW. [التثبت في فعل السنة]

@untuk hal yang ini ia merangkumi kepada perbahasan ke atas isu hadis sahih, hasan, dhoif dan palsu.

Maka lanjutannya ialah: Apakah boleh berinteraksi dengan hadith dhoif. Pendapat para ulama' terbahagi kepada 3 iaitu:

-Tidak boleh beramal secara mutlaq
-Boleh beramal secara mutlaq
-Boleh beramal dengan syarat

Nasihat Ustaz Abdul Razak. Beramallah dengan hal yang pasti, sunnah yang sahih menimbun kita tidak buat lagi, yang sibuk dikejar yang dhoif buat apa.

2) Berpegang dengan sunnah yang sahih [الاعتماد على السنة الصحيحة]

Dalil sural al-Hasyr: 7

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الأغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (daripada harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu tidak beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya

Surah an-Nisa: 13-14


تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan daripada Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar. (13)

Dan barangsiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang dia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan. (14)


Sabda Rasulullah SAW:

ألا إني أوتيت الكتاب ومثله معه

"Sesungguhnya aku diberikan al-Kitab dan yang semisal bersamanya...."
[HR Abu Daud:4604, Shaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani Rahimahullah menyatakan ia sahih di dalam Sahih Sunan Abi Daud]

3) Kefahaman yang benar ke atas nas-nas [صحة فهم النصوص]

Bagaimana mendapatkan kefahaman yang sahih ke atas nas-nas daripada al-Quran dan as-Sunnah? Iaitu dengan:

-berpegang dengan manhaj@method kefahaman para sahabat ra [الاعتماد على منهج الصحابة]
- Mengetahui Bahasa Arab [معرفة اللغة العربية]
- Menggabungkan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang berkaitan di dalam satu bab tertentu [جمع النصوص الواردة في الباب الواحد]
-Mengetahui objektif syariah [معرفة مقاصد الشرعية]
@ Memelihara agama
@ Memelihara nyawa
@ Memelihara akal
@ Memelihara nasab/keturunan
@ Memelihara harta

---

Demikianlah serba ringkas catatan Halaqah Tarbiah bersama Ustaz Abdul Razak.
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Catatan Halaqah Tarbiah: Manhaj dan Adab Mengutip Ilmu dan Mengeluarkan Hukum
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Aqidah-
Jump to: