INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya)

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya) Empty
PostSubject: TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya)   TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya) Icon_minitimeSat Jun 13, 2009 5:02 pm

TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya)
Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli,



Sebab Turunnya

Tercantum di dalam shahih al-Bukhari, bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW keluar rumah dan naik ke Shafa, yaitu bukit yang sekarang sebahagiannya masuk di dalam masjidil Haram. Di sana, beliau meyeru kaumnya Quraisy, dan mereka pun berkumpul mendatangi beliau sampai-sampai orang yangtidak dapat hadir kerana suatu hal, mengirim utusan untuk mengetahui ada berita apa. Beliau lalu berkata, “Bagaimana pendapat kalian kalau aku beritahukan bahawa musuh akan datang kepada kalian pada pagi hari atau petang hari, apakah kalian percaya kepadaku.?” Mereka menjawab, “Ya, kami tidak pernah mengetahui kamu berbohong.” Pada saat itulah Rasulullah berkata, “Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan bagi kalian sebelum menghadapi adzab yang keras.” Lalu Abu Lahab menjawab, “Celakalah kamu! Untuk inikah kamu kumpulkan kami.?” Maka Allah SWT menurunkan surat ini,

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَّتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ اْلحَطَبِ (4) فِي جِيْدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5)


Ringkasan Tafsir

1. Abu Lahab adalah bapa saudara nabi Muhammad SAW. Dia sangat memusuhi dan menyakiti nabi. Jadi, dia tidak mempunyai moral dan tidak pula punya jiwa melindungi terhadap kerabatnya, maka Allah SWT mencelanya dengan celaan yang keras ini, yang merupakan kehinaan baginya sampai hari kiamat. Allah SWT berfirman, ‘Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan celakalah dia, dia tidak akan beruntung.’

2. Kemudian Allah SWT memberitahukan bahawa harta dan anaknya tidak akan dapat menolak seksa Allah ketika seksa itu datang kepadanya.

3. Dan dia akan masuk ke dalam neraka yang bergejolak, yang akan membakar dan mengepungnya dari semua arah.

4. Dia dan isterinya yang juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan saling tolong menolong dalam berbuat dosa dan penindasan. Perempuan itu memasang kayu berduri di jalan yang dilalui Rasulullah SAW, dan berusaha sekuat tenaga untuk memusuhi beliau. Dengan begitu, bererti dia mengumpulkan kayu bakar.

5. Dan Allah SWT telah menyiapkan baginya di lehernya tali dari sabut yang keras dan kasar di neraka jahannam. Tali itu bagaikan kalung yang digantungkan di lehernya sebagai balasan atas apa yang dia lakukan terhadap Rasulullah SAW di dunia.

(SUMBER: at-Tafsir al-Yasir: Suuratu al-Faatihah Wa Juz ‘Amma, karya Yusuf bin Muhammad al-Owaid, hal.131-132)
http://alsofwah.or.id/index.php?pilih=lihatquran&id=81
Back to top Go down
http://intisonline.com
 
TAFSIR SURAT AL-MASAD (Balasan Setimpal Bagi Abu Lahab Dan Isterinya)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TAFSIR SURAT AL-KAUTSAR (SUNGAI DI SYURGA)
» Tafsir Surah al-Fatihah
» TAFSIR AL-MU'AWWIDZATAIN (SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAAS)
» Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Al-Quran-
Jump to: