Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Laporan Dakwah Malam Tahun Baru

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Laporan Dakwah Malam Tahun Baru   Sat Jan 02, 2010 12:04 am

Ops Dakwah Malam Tahun Baru

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, pada malam tahun baru, saya, Isa dan beberapa sahabat yang lain dalam sebelas orang telah bergerak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Kami bertolak dari UIA Gombak selepas solat Isya'. Ketika tiba di masjid asy-Syakirin, saya melihat teman-teman seperjuangan dari gerakan Islam yang lain seperti Karisma sudah berada di masjid, da difahamkan mereka sudah mula bergerak sejak petang tadi. Kelihatan saudara Dhany yang setiap tahun akan saya temui di Task Force malam tahun baru. Sebelum-sebelum ini, saya menyertai kumpulan yang diketuai KARISMA.

Cuma untuk tahun ini, saya dan sahabat-sahabat saya bergerak sendiri. Lagipun kami bermula agak lewat, dalam jam 11 ketika mana kumpulan-kumpulan dakwah lain sudah mula bergerak sebelum itu. Kumpulan kami terdiri daripada mereka yang sudah bekerja, pelajar UM, UTM, IIC dan UIA.

Tugasan pertama kami di masjid asy-Syakirin ialah menyediakan bahan bacaan yang akan kami sebarkan kepada mereka yang berada di sekitar KLCC menyambut tahun baru. Bahan bacaan yang kami sebarkan diterbitkan oleh Karangkraf, yang mana ia mengandungi tulisan Dr. Mohd Asri yang bertajuk "Jalan Pulang Ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas".

Melihatkan kepada jumlah kami yang sedikit, kami mensasarkan untuk menyebarkan 300 keping risalah tersebut.

Di dalam proses tersebut, kami memilih insan-insan yang dirasakan sesuai, dan kami tidak memaksa. Semuanya bermula dengan ucapan ''Assalamualaikum" kepada mad'u yang kami temui, dan memberi risalah tersebut kepada mereka. Mana yang sesuai, saya akan berbual-bual dengan mereka. Malam tadi, saya berbual dengan sekumpulan remaja yang datang dari Taman Melati. Saya memperkenalkan diri selaku pelajar dari UIA Gombak. Bertanya mereka datang naik apa, pulang jam berapa. Kata mereka, mereka datang menaiki LRT dan akan pulang selepas pertunjukan bunga api tamat. Sebelum beredar saya berpesan pada mereka, pulang awal, jangan balik lewat sangat.

Dan selepas mengedarkan risalah tersebut kepada insan-insan lain, saya melalui lagi kawasan itu, kali ini saya melihat kumpulan adik-adik tadi sedang merokok. Menyedari kehadiran saya, terus mereka meletakkan rokok mereka di tanah. Apa yang saya buat senyum sahaja pada mereka dan tidak berkata apa-apa.

Ketika jam sudah menjangkau hampir 12, ada dalam 2-3 helai yang belum diedarkan. Saya memutuskan untuk pulang ke masjid, kerana saya tahu ketika itu insan-insan yang ada sedang leka menanti kemunculan percikan bunga api, dan saya merasakan bukan waktu yang tepat untuk saya mendekati mereka ketika itu.

Saya bergerak bersama sahabat saya Isa. Kumpulan kami yang sebelas orang itu berpecah dan berjanji akan berkumpul di masjid paling lewat jam 1230 malam.

Selepas itu kami bergerak ke masjid Negara untuk mendirikan solat sunat gerhana. Di masjid, kami bertemu dengan Ustaz Fadhil, Ustaz Habiburrahman. Ramai jemaah yang sudah sedia menunggu untuk solat gerhana. Solat dilakukan pada jam 230 pagi.

Selepas itu kami pun bergerak pulang ke UIA Gombak. Saya tiba di rumah pada jam 4 pagi.

Di Pulau Pinang, gerakan yang sama turut dilakukan dengan diketuai Dr. MAZA, Ust. Abdul Razak dan lain-lain.

Untuk kumpulan kami, tiada gambar yang dirakamkan kerana tiada seorang pun yang membawa kamera.

Kumpulan kami hanya lelaki sahaja, kerana kami tidak bersetuju untuk membawa perempuan ke tempat-tempat pesta sebegini.

Sungguh mendukacitakan para akhawat yang keluar mengedar risalah dakwah turut bergambar sakan meraikan pesta bunga api. [para akhawat bukan dari kumpulan kami, kumpulan kami lelaki sahaja kerana kami tidak setuju para perempuan keluar ke tapak pesta liar ini]. Apakah kita redha dengan pesta-pesta ini lalu boleh bergembira dengannya?

Untuk membaca laporan operasi di P.Pinang yang diketuai Dr. Maza, sila baca di sini http://drmaza.com/home/?p=906

http://lobaitampin.blogspot.com/2010/01/ops-dakwah-malam-tahun-baru.html
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Laporan Dakwah Malam Tahun Baru
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Sembang-Sembang Santai :: Berkongsi Cerita-
Jump to: