Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Wajibnya Mandi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Wajibnya Mandi   Tue Jan 26, 2010 7:50 pm

Kesemua posting di dalam tajuk ini dipetik dari e-book Sifat Mandi Janabat oleh Ustaz Ibn Abidin as-Soronji

1. Keluarnya mani

Ada dua keadaan

Keadaan terjaga (tidak tidur):

Dalil: Hadis Abu Sa'id al-Khudri :ra , bahawa Rasulullah :saw bersabda:

إنما اْلماءُ مِن اْلماء

“Hanyalah air (mandi) itu kerana (keluarnya) air (mani)”
[Riwayat Muslim 1/269 no 343]

إَِذا رَأيت اْلمذِي َفاغسِل َذكرك وتوضْأ وضوَئك لِلصلاةِ, َفإَِذا َفضخت اْلماءَ َفاغتسِل

Jika engkau melihat mazi maka cucilah kemaluanmu dan berwudhulah sebagaimana wudhumu ketika (akan) solat, dan jika engkau memancarkan air (dengan kelazatan/air mani) maka mandilah.
[Riwayat Abu Daud no 206, dan disahihkan oleh Al Albani dalam sahih Abu Daud 1/40 no 190 dan di dalam Al- irwa’ 1/162].

Dalam keadaan tidur/mimpi:
Dalil: Hadis Ummu Salamah dan Anas Radhiallahu ‘anhu dan ‘Aisyah bahawasanya Ummu Sulaim isteri Abu Talhah Radhiallahu ‘anhu datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan berkata :


يا رسول اللهِ, إِن اللهَ َ لا يستحِي مِن اْلحق َفهل عَلى اْلمرَأةِ مِن ُ غسلِ إَِذا هِي احتَلمت ؟
َفَقال رسول اللهِ: نعم إَِذا رَأتِ اْلماءَ


Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidaklah malu terhadap kebenaran. Apakah wajib bagi seorang wanita untuk mandi jika dia mimpi ?, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata :”Ya, jika dia melihat air”
[Riwayat al-Bukhari di al- fath 1/388 no 282, dan Muslim 1/250-251 no 310-313]
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Wajibnya Mandi   Thu Jan 28, 2010 9:55 am

Bersetubuh

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

إَِذا جَلس بين شعبِها الأَ ربعِ ُثم جهدها َ فَقد وجب اْلغسل


Jika dia telah duduk di antara cabang yang empat (isterinya) kemudian dia berusaha (bersetubuh dengan isterinya itu) maka sungguh telah wajib atasnya mandi.
-Riwayat Al-Bukhari di al-Fath 1/395 no 291 dan Muslim 1/271 no 348., sedangkan maksud
duduk diantara cabang yang empat adalah diantara kedua tangan dan kedua kaki. Ini merupakan kinayah dari berjimak-

-

‘Aisyah berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

إَِذا جَلس بين شعبِها الأَ ربعِ ومس اْلخِتان اْلخِتان فَقد وجب اْلغسل


Jika dia telah duduk di antara empat cabang yang empat, dan khitan (kemaluan dia) telah menyentuh khitan (kemaluan isterinya) maka wajib atasnya mandi
-Muslim 1/272 no 349-

Dan dalam riwayat Muslim ada tambahan
و إِن َلم ينزل

(walaupun tidak keluar air mani)
- Riwayat Muslim 1/271, Hadis ini memansukhkan Hadis

إنما اْلماءُ مِن اْلماء

Sebagaimana Hadis Ubai bin Ka’ab _ yang diriwayatkan dan disahihkan oleh Imam at-Tirmizi:

إِنما َ كان الْماءُ مِن اْلماءِ رخصًة فِي َأولِ الإِسلامِ, ُثم نهِي عنها
Sesungguhnya hanyalah
[center][size=18]
إنما اْلماءُ مِن اْلماء
adalah rukhsah di awal islam kemudian hal itu dilarang (mansukh). (Al-Fiqh Al-Islami 1/365)

Masuk Islam (sama ada sebelumnya kafir, atau masuk Islam selepas murtad)

Hadis Qais bin ‘Asim Radhiallahu ‘anhu, dia berkata :

َأتيت النبِي ، ُأرِيد الإسلام َفَأمرنِي َأن َأغتسِل بِماءٍ وسدرٍ
”Aku mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, aku menghendaki (masuk) Islam, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintah aku untuk mandi dengan air dan daun
bidara”

Riwayat Abu Daud no 355, An-Nasai no 188, Tirmidi no 605, Ahmad 5/61 dan
disahihkan oleh Al-Albani dalam al-irwa’ 1/163
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Wajibnya Mandi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: