INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 9 Faedah Surah al-Fatihah

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

9 Faedah Surah al-Fatihah Empty
PostSubject: 9 Faedah Surah al-Fatihah   9 Faedah Surah al-Fatihah Icon_minitimeThu Jul 02, 2009 7:48 am

Untuk artikel penuh, sila muat turun di sini

http://www.mediafire.com/file/znm522zrkrc/9%20Faedah%20surah%20al-Fatihah.pdf

Faedah Pertama: Kewajipan untuk mencintai Allah

Di dalam ayat ‘Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin’ terkandung al-Mahabbah/cinta. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah menjelaskan, “Di dalam ayat tersebut terkandung cinta kerana Allah adalah Yang memberikan nikmat. Sedangkan Dzat yang memberikan nikmat itu dicintai sesuai dengan kadar nikmat yang diberikan olehnya.” (Syarh Ba’dhu Fawa’id Surah al-Fatihah, hal. 12)

Faedah Kedua: Kewajipan untuk berharap kepada Allah

Di dalam ayat ‘ar-Rahman ar-Rahim’ terkandung roja’/harapan. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengatakan, “Di dalam ayat tersebut terkandung pengharapan’.” (Syarh Ba’dhu Fawa’id Surah al-Fatihah, hal. 18).

Harapan merupakan tenaga yang akan memacu seorang insan. Dengan masih adanya harapan di dalam dirinya, maka dia akan bergerak dan melangkah, berjuang dan berkorban. Dia akan berdoa dan terus berdoa kepada Rabbnya

Faedah Ketiga: Kewajipan untuk takut kepada Allah

Di dalam ayat ‘Maaliki yaumid diin’ terkandung ajaran untuk merasa takut kepada hukuman Allah. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah berkata, “Di dalamnya terkandung khauf/rasa takut.” (Syarh Ba’dhu Fawa’id Surah al-Fatihah, hal. 18). Dengan adanya rasa takut inilah, seorang hamba akan menahan diri daripada melanggar peraturan-peraturan Allah ta’ala. Dengan adanya rasa takut inilah, seorang hamba akan rela meninggalkan sesuatu yang disukainya kerana takut terjerumus ke dalam larangan dan kemurkaan-Nya. Ini kerana pada hari kiamat nanti, manusia akan mendapat balasan di atas amal-amalnya di dunia. Barangsiapa yang amalnya baik, maka baik pula balasannya Dan barangsiapa yang amalnya buruk, maka buruk pula balasannya
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

9 Faedah Surah al-Fatihah Empty
PostSubject: Re: 9 Faedah Surah al-Fatihah   9 Faedah Surah al-Fatihah Icon_minitimeThu Jul 02, 2009 7:48 am

Faedah Keempat: Kewajipan untuk mentauhidkan Allah

Di dalam ayat ‘Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in’ terkandung ajaran untuk mentauhidkan Allah ta’ala. Syaikh as-Sa’di rahimahullah menjelaskan kandungan ayat ini:

“Maknanya adalah: Kami mengkhususkan ibadah dan isti’anah(meminta pertolongan) hanya untuk-Mu…” (Taisir al-Karim ar-Rahman [1/28]).

Inilah hakikat ajaran Islam iaitu mempersembahkan segala bentuk ibadah kepada Allah semata. Ini kerana tujuan itulah Allah menciptakan jin dan manusia. Untuk mendakwahkan itulah Allah mengutus para nabi dan rasul kepada umat manusia. Dengan ibadah yang ikhlas itulah seorang hamba akan boleh menjadi individu yang bertakwa dan mulia di sisi-Nya

Faedah Kelima: Kewajipan untuk bertawakal kepada-Nya

Hal ini terkandung di dalam potongan ayat ‘wa iyyaka nasta’in’. Kerana kita meyakini bahawa tidak ada yang menguasai manfaat dan mudharat kecuali Allah, tidak ada yang mengatur segala sesuatu kecuali Dia, maka semestinya kita pun bergantung dan berharap hanya kepada-Nya. Kita tidak boleh meminta pertolongan dalam perkara-perkara yang hanya dikuasai oleh Allah kepada selain-Nya.

Faedah Keenam: Kewajipan untuk meminta petunjuk kepada-Nya

Hal ini terkandung dalam ayat ‘Ihdinas shirathal mustaqim’. Hidayah merupakan anugerah daripada Allah ta’ala kepada hamba yang dipilih-Nya. Sedangkan hidayah itu terdiri dari dua macam; hidayah ilmu dan hidayah amal. Dan hidayah seperti itu diperlukan oleh manusia di setiap saat di dalam perjalanan hidupnya. Setiap hamba sentiasa memerlukan hidayah tersebut selama dia masih hidup di alam dunia ini. Oleh kerana besarnya keperluan setiap hamba untuk memohon hidayah maka Allah pun mewajibkan mereka memintanya dalam sehari dan semalam minima tujuh belas kali di dalam sholat.
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

9 Faedah Surah al-Fatihah Empty
PostSubject: Re: 9 Faedah Surah al-Fatihah   9 Faedah Surah al-Fatihah Icon_minitimeThu Jul 02, 2009 7:49 am

Faedah Ketujuh: Kewajipan untuk mengikuti Rasul dan para sahabatnya

Hal itu terkandung dalam ayat ‘Shirathalladzina an’amta ‘alaihim’. Jalan orang-orang yang mendapatkan kenikmatan dari Allah, iaitu jalan para nabi, orang-orang shiddiq, syuhada’ dan orang-orang salih. Allah ta’ala berfirman,

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul, maka mereka itulah orang-orang yang akan bersama dengan orang-orang yang diberi kenikmatan oleh Allah iaitu para nabi, orang-orang shiddiq, syuhada’, dan orang-orang salih. Dan mereka itulah sebaik-baik teman.” (QS. an-Nisaa’: 69)

Faedah Kelapan: Kewajipan untuk mengamalkan ilmu

Hal ini terkandung dalam potongan ayat ‘Ghairil maghdhubi ‘alaihim’. Orang yang dimurkai itu adalah orang yang mengetahui kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkannya. Sebagaimana orang-orang Yahudi dan yang mengikuti mereka. Syaikh Abdurrahman bin Naashir as-Sa’di rahimahullah berkata, “(Shirathal Mustaqim) adalah jalan terang yang akan membawa hamba menuju Allah dan masuk ke dalam Syurga-Nya. Hakikat jalan itu adalah mengetahui kebenaran dan mengamalkannya…” (Taisir Karimir Rahman, hal. 39). Sehingga jalan yang lurus itu menuntut seorang muslim untuk mengamalkan ilmunya.

Faedah Kesembilan: Kewajipan untuk beribadah di atas ilmu

Hal ini terkandung dalam potongan ayat ‘wa lad dhaallin’. Orang-orang yang sesat itu adalah orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah namun dengan cara yang tidak benar, sebagaimana kaum Nasrani.

-Tamat-.

Sila download link di atas untuk artikel asal yang lebih panjang dan terperinci. Dikumpulkan dari web http://muslim.or.id
Back to top Go down
http://intisonline.com
Sponsored content





9 Faedah Surah al-Fatihah Empty
PostSubject: Re: 9 Faedah Surah al-Fatihah   9 Faedah Surah al-Fatihah Icon_minitime

Back to top Go down
 
9 Faedah Surah al-Fatihah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tafsir Surah al-Fatihah
» TAFSIR AL-MU'AWWIDZATAIN (SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAAS)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Al-Quran-
Jump to: