INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS]

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS] Empty
PostSubject: Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS]   Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS] Icon_minitimeFri Jun 26, 2009 10:14 am

Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS] 4805_223564750651_594980651_7338004_3593864_n
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS] Empty
PostSubject: Re: Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS]   Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS] Icon_minitimeSun Jun 28, 2009 9:24 pm

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya memberi pengisian di Ma'had Ittiba' as-Sunnah Kuala Pilah. Saya bukan memberi kuliah, bukan ceramah, apatah lagi mengajar agama. Sesi pengisian tersebut dinamakan Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah.

Pengisian saya lebih kepada mengimbau kembali sirah pengorbanan umat Islam silam, kisah Khabbab, kisah Ashabul Ukhdud, kisah Imam Ahmad bin Hanbal, kisah Ibn Taimiyyah. Untuk apa diulang tayang semula kisah-kisah pengorbanan ini? Ia bertujuan agar memberi sedikit suntikan moivasi agar tidak mudah patah semangat, atau putus asa dalam memperjuangkan da'wah kembali kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.

Ayat yang sering saya ulang-ulang malam tadi ialah "Terlalu kecil ujian yang kita terima pada hari ini berbanding ujian-ujian yang Allah SWT timpakan kepada para sahabat ra."

Dan dalam bahagian penutup saya memberi sedikit pandangan apa yang perlu kita lakukan.

1) Sabar
2) Berlemah lembut di dalam da'wah.
3) Mencari titik persamaan dengan komuniti masyarakat.
4) Elakkan konfrontasi.
5) Elakkan menimbulkan suasana tegang.
6) Bercampur gaul dengan masyarakat di dalam hal yang dibenarkan syara', bukan menyisihkan diri.
7) Menjadi penda'wah, bukan penghukum

Seolah-olah jemaah MIS faham bahawa apa yang saya sebutkan itu ialah rentetan daripada penangkapan Ustaz Rasul Dahri di Ma'had Ittiba' as-Sunnah seminggu yang lalu. Kita seolah-olah menjentik telinga gergasi yang sedang tidur apabila menggunakan tajuk "Membanteras Kesesatan Tareqat".

Seandainya saya berada di surau biasa, saya akan bercerita tentang perlunya Ittiba' kepada Rasulullah SAW. Tetapi saya di Ma'had yang terkenal dengan kekentalan memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah. Lalu pengisian yag saya pilih ialah supaya kita dapat istiqamah dalam memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah tidak kira apa halangan yang berlaku, dalam masa yang sama memilih method da'wah yang betul bagi menghadapi masyarakat.

Wakil MIS di dalam ucapan penutup menyebutkan bahawa, sewajarnya pihak kerajaan mencari jalan meredhakan ketegangan yang sudah berlarutan bertahun-tahun. Kita boleh mencari titik persamaan yang ada di antara MIS dengan pihak jabatan agama. Contohnya pihak jabatan agama boleh menggunakan khidmat MIS untuk menyebarkan lagi ilmu penterjemahan al-Quran yang memang menjadi satu identit MIS iaitu kaedah Harfiyyah.

Semoga apa yang dicita-citakan terjadi dengan keizinan Allah agar umat Islam dapat disatu padukan dan meleraikan perpecahan serta perbalahan yang sudah memakan masa bertahun-tahun.

Terima kasih kepada Ma'had Ittiba' as-Sunnah kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi idea dan pandangan.

Wallahua'lam.
Back to top Go down
http://intisonline.com
 
Sesi Motivasi: Indahnya Hidup Di Atas Sunnah [27 Jun Kuala Pilah NS]
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sesi Kahwin
» Apakah Hak al-Quran ke atas diri kita?
» Info: Penilaian semula ke atas maulid nabi
» Pertama Kali Jatuh Cinta dengan Sunnah dan Manhaj Salaf
» Sunnah Tidur

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Aktiviti-
Jump to: