Aminah adalah seorang gadis berumur 13 tahun. Pada 9 Ramadhan yang lalu, Aminah telah berpuasa seperti biasa. Sejak malam sebelum itu, Aminah merasa sakit-sakit di perutnya.
Pada jam 10 pagi, Aminah melihat ada darah keluar daripada farajnya. Dia telah mengadukan hal tersebut kepada ibunya, dan ibunya memaklumkan bahawa itu adalah darah haidh [ini adalah kali pertama Aminah didatangi haidh].
Lalu Aminah bertanya kepada ibunya: "Bu, jadi bolehlah saya buka puasa sekarang".
Ibu Aminah menjawab: "Eh tak boleh, kena hormat orang puasa. Tahanlah sampai maghrib nanti. Kalau nak makan juga, makanlah sorok-sorok. Lagi elok kalau tahan sampai maghrib".
----
Sila analisa kes di atas dan huraikan dari segi hukum hakam feqh.