INTIS - Merintis Jalan Sunnah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 minta jawapan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
ummil ulfah

ummil ulfah


Posts : 5
Join date : 15/06/2009
Age : 35
Location : johor

minta jawapan Empty
PostSubject: minta jawapan   minta jawapan Icon_minitimeTue Oct 20, 2009 12:08 pm

Crying or Very sad
ada tak mana mana hadis atau pendapat ulama' berkenaaan dengan wanita boleh solat tanpa pakai sarung kaki@ stokin, kalau solat wanita dengan wanita sahaja? Shocked
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

minta jawapan Empty
PostSubject: Re: minta jawapan   minta jawapan Icon_minitimeTue Oct 20, 2009 1:19 pm

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kena buka balik buku-buku berkaitan ni, cuba check al-Mufassal Fi Ahkami al-Mar'ah susunan Dr. Abdul Karim Zaidan hafizahullah. Dalam tu ada jika tak silap, yang terjemahan ada terbitan Pustaka Jasmin.
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

minta jawapan Empty
PostSubject: Re: minta jawapan   minta jawapan Icon_minitimeTue Oct 20, 2009 1:25 pm

Ini tulisan Kapten Hafiz Firdaus
http://al-fikrah.net/News/article/sid=106.html

Perlukan muslimat memakai stokin kaki?

Baru-baru ini saya menerima pertanyaan sama ada apa yang berada di bawah pergelangan kaki wanita adalah aurat yang wajib ditutup atau tidak. Ia merujuk kepada suasana perlu atau tidak para muslimat memakai stokin kaki.

Jadi bersama ini saya kongsikan jawapan saya kepada warga AFN. Apa-apa pandangan dan pembetulan dialu-alukan.

====================

Berkenaan persoalan apakah apa yang berada di bawah pergelangan kaki wanita adalah aurat yang wajib ditutup atau tidak, marilah kita mengkaji dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak, pertama oleh mereka yang berkata ia wajib ditutup dan kedua oleh mereka yang berkata ia tidak wajib ditutup.


[1] Dalil al-Qur'an.

Surah an-Nur 24:31: "Janganlah mereka (wanita mukminat) menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya."

Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa apa yang zahir ialah muka dan tangan (selepas pergelangan tangan). Namun riwayat ini diperselisihkan darjatnya.

Pendapat lain menyatakan, termasuk yang zahir ialah muka, tangan dan di bawah pegelangan kaki.

[2] Dalil as-Sunnah.

Dari Umm Salamah r.a., ketika Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang sarung, aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana dengan sarung orang wanita?" Baginda menjawab: "Labuhkan ukuran sejengkal." Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika terbuka darinya (hingga nampak kaki)?" Baginda menjawab: "Labuhkan lagi ukuran sehasta, jangan melebihi itu." [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4117].

Hadis ini menimbulkan dua pandangan:

a = Ia adalah dalil jelas (Qat'e ad-Dilalah) bahawa keseluruhan kaki ialah aurat, termasuklah di bawah pergelangan kaki. Ini pandangan majoriti.

b = Ia adalah dalil yang tidak jelas (Dzann ad-Dilalah) sebab ukuran sehasta itu hendak dimulakan dari mana?

Beberapa kitab syarah hadis yang saya rujuk berkata ia bermula dari pertengahan betis. Tetapi ukuran ini masih longgar, kerana batas pertengahan itu agak subjektif. Justeru betis confirm aurat tetapi apa yang berada di bawah pergelangan kaki belum confirm aurat atau tidak.


[3] Dalil ijma'.

Setakat yang saya cari, tidak ada ijma' bahawa apa yang berada di bawah pergelangan kaki adalah aurat yang wajib ditutup. Yang benar ia adalah pendapat jumhur = Maliki, Syafi'e dan Hanbali. Hanafi berselisih pandangan. Sebahagian tokoh Hanafi kata aurat, sebahagian kata tidak.


[4] Dalil Qiyas.

Ini hujah paling kuat bagi pihak yang mengatakan apa yang berada di bawah pergelangan kaki bukan aurat. Jika 'illat dibenarkan membuka muka dan selepas pergelangan tangan ialah untuk memudahkan kerja-kerja harian, maka apa yang berada di bawah pergelangan kaki juga boleh dibuka kerana ia juga digunakan untuk kerja-kerja harian.

Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:

"...sesungguhnya dua kaki (pergelangan ke bawah) bukan aurat yang wajib ditutup. Pernakwilan seperti itu dikuatkan oleh adanya keperluan membuka kedua kaki jika wanita berjalan kerana apabila dia menggunakan alas kaki (stokin?), maka hal itu akan menyibukkannya (menyukarkannya)."


[5] Dalil tujuan syari'at (maqasid)

Ada pun dari sudut hikmah dan tujuan menutup aurat, iaitu untuk melindungi wanita daripada syahwat lelaki, Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:

"Di samping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarikan bagi lelaki ketika dia melihatnya , dan tidak seperti ketika dia melihat wajah (wanita). Kalau wajah saja tidak merupakan aurat, padahal ia lebih banyak menjadi daya tarikan bagi lelaki, maka apatah lagi kaki. Oleh sebab itu kaki (pergelangan ke bawah) tidaklah termasuk aurat wanita." [Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 282]


Kajian terhadap lima dalil di atas menunjukkan bahawa majoriti ilmuan Islam berpendapat apa yang berada di bawah pergelangan kaki ialah aurat. Ini diterjemahkan oleh para muslimat dengan amalan memakai stokin kaki.

Namun terdapat minoriti ilmuan yang berpendapat ia bukan aurat yang wajib ditutup. Ini diterjemahkan oleh para muslimat yang memakai baju kurung, jubah dan sebagainya yang menutupi hingga ke pergelangan kaki, tanpa memakai stokin.

Antara dua pendapat ini, saya membiarkan ia terbuka. Masing-masing pihak boleh memilih pendapat yang dianggapnya paling kuat. Pada waktu yang sama hormatilah pihak yang memilih pendapat yang berbeza darinya.

Berilah prioriti kepada muslimat yang tidak menutup apa yang sudah disepakati oleh para ilmuan sebagai yang patut ditutup.
Back to top Go down
http://intisonline.com
Admin
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 37
Location : Tampin

minta jawapan Empty
PostSubject: Re: minta jawapan   minta jawapan Icon_minitimeTue Oct 20, 2009 1:40 pm

Ini pula jawapan Shaikh Shalih Fauzan al-Fauzan:

Hukum Menutup Kedua Telapak Tangan Dan Kedua Telapak Kaki Dalam Shalat

Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan

Pertanyan
Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan ditanya : Bagaimanakah hukumnya menutup kedua telapak tangan dan kedua telapak kaki dalam shalat ?

Jawapan
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan : Bahawa tidak diwajibkan bagi wanita untuk menutup kedua telapak tangan dan kedua telapak kakinya saat shalat karena keduanya itu bukanlah aurat. Ia menyebutkan bahwa inilah pendapat yang benar.


Adapun hadits Ummu Salamah yang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang shalat dengan menggunakan baju dan khimar namun tanpa menggunakan sarung, Maka Rasulullah SAW bersabda:


Ertinya : “(Boleh) jika baju panjangnya itu dapat menutupi terlihatnya kedua kakinya.


Walaupun hadits ini menunjukkan adanya kewajipan untuk menutupi kedua telapak kaki dalam shalat akan tetapi banyak yang menyatakan bahawa hadits ini lemah, mereka mengatakan : Hadits ini tidak boleh dijadikan hujjah baik secara marfu juga secara mauquf.


Maka perintah kepada wanita untuk menutupi kedua telapak kakinya dan kedua telapak tangannya saat shalat jika tidak ada lelaki yang bukan makhramnya memerlukan dalil syar’i yang menujukkan pada hal itu. Adapun yang diperintahkan kepada wanita adalah menggunakan khimar beserta baju gamis (baju panjang), akan tetapi ungkapan umum yang terdapat dalam sabda Rasul صلی الله عليه وسلم yang berbunyi.

Ertinya : “Wanita adalah aurat.”


Menunjukkan bahawa menutup kedua telapak kaki dan kedua telapak tangan adalah merupakan sikap yang lebih behati-hati dalam melaksanakan shalat. Wallahu a’lam

(Zinatul Ma’rah, Syaikh Abdullah Al-Fauzan, hal. 49)
http://soaljawab.wordpress.com/2007/11/02/hukum-pakai-purdah-dan-sarung-tangan-ketika-solat/

Kata kunci ialah para ulama membezakan aurat di dalam solat dan di luar solat.
Back to top Go down
http://intisonline.com
ummil ulfah

ummil ulfah


Posts : 5
Join date : 15/06/2009
Age : 35
Location : johor

minta jawapan Empty
PostSubject: Re: minta jawapan   minta jawapan Icon_minitimeFri Oct 23, 2009 1:42 pm

syukran. minta jawapan 752243
Back to top Go down
Sponsored content





minta jawapan Empty
PostSubject: Re: minta jawapan   minta jawapan Icon_minitime

Back to top Go down
 
minta jawapan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» minta pandangan
» Jawapan Bagi Mereka Yang Ingin Menyucikan Diri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Hukum Hakam Feqh-
Jump to: