Assalamualaikum...
Saya bukan nak bagi petua, tapi nak ceritakan harapan saya terhadap usrah.
Pertama kali saya ikut usrah, saya dilambakkan dengan aqidah serta fahaman2 yang ada di serata dunia. Saya jadi blurr. Ahli-ahli usrah saya pun ada mengadu hal yang sama.
Sedangkan saya fikir usrah boleh jadi satu wadah nak memantapkan pegangan tauhid dan silaturrahim kalau betul caranya (pengisiannya). Akibatnya, usrah yang kami ikuti tak memberi kesan apa2. Apalagi dalam usrah tu, ahli2 digalakkan memberi pendapat, tetapi pendapat tu selalunya tak sahih. Perkara yang disampaikan selalunya berbunyi begini, "Akak senior dulu pernah cerita/bagitau akak...."
Naqibat yang mengendalikan jugak kurang kefahaman serta terikut-ikut dengan kaedah 'sanad' mereka. Satu tahap, ana lulus ujian untuk peringkat usrah yang lebih tinggi katanya. Wajib ikut program tu. Katanya nak melahirkan para daie. Awal2 lagi ana kena pesan, "Adik ikut jer apa yang akak tu kata." Macam ayat jiwang digunakan untuk ajak ana ke program.
Satu hari ana buat keputusan, tak mahu ikut prog tu. Tak disangka2, tak ada lagi mesej ingatan dari naqibat ana. Seolah-olah, ana dibuang terus kerana tak taat ketika ditarbiah. Putus liqa' sirr, putus ukhuwah!
Perkara macam ini tak sepatutnya terjadi!
Usrah perlu diisi dengan ilmu2 yang bermanfaat, bukan cakap tentang fahaman semata2.
Nuqaba' jugak perlu kreatif supaya usrah bertenaga, mampu menggerakkan pemikiran Islamik muda-mudi kita. Tak semestinya kena buat halaqah dalam surau atau masjid sahaja.
Mungkin boleh buat rehlah sambil tadabbur alam ni. Yang paling penting, nuqaba' kena ingatkan ahli2 usrah supaya jangan malas membaca.
Sekian, asif...banyak pulak membebelnya.