Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Mencari Ikhlas Dalam Berdakwah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Mencari Ikhlas Dalam Berdakwah   Sat Oct 31, 2009 11:30 am

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, semalam diberi peluang bersama adik-adik junior, dengan sedikit pengisian buat mereka bertajuk "Mencari Ikhlas Dalam Berdakwah"

Pembentangan saya difokuskan kepada 6 isi utama:

Klik di sini untuk download audio rakaman diskusi: Mencari Ikhlas Di Dalam Berdakwah
http://www.mediafire.com/?jdmqzok5mto

a) Makna Ikhlas
b) Dalil-dalil ikhlas
c) Perosak-perosak keikhlasan
d) Petanda-petanda ikhlas dalam bahaya
e) Langkah-langkah pencegahan daripada rosaknya ikhlas

Di sini saya mahu berkongsi isi penting C dan D.

Perosak-perosak keikhlasan:

a) Riak [menunjuk-nunjuk]
b) Sum'ah [suka disebut-sebut]
c) 'Ujub [takjub dengan diri sendiri]
d) Ghurur [takjub dengan diri sendiri dan merendahkan orang lain]

Petanda-petanda ikhlas dalam bahaya:

a) Asyik bercerita tentang kerja dakwah yang kita lakukan kepada sahabat-sahabat lain.
b) Sering menuding jari kepada sahabat-sahabat lain dan menuduh mereka tidak melakukan kerja dakwah.
c) Sering mencari kelemahan daripada hasil kerja dakwah yang dilakukan rakan-rakan lain.
d) Sering mempromosi kumpulan dakwah yang disertai.
e) Sering mengkritik gerakan-gerakan Islam yang lain.
f) Merasa sedih apabila ada ahli gerakan@kumpulan kita, meninggalkan kumpulan@usrah kita lalu menyertai gerakan Islam yang lain.
g) Ada perasaan yang tidak selesa apabila bersama engan ahli gerakan Islam yang lain.

Pesanan penting: Petanda-petanda yang disebut di atas hanyalah simptom, tidak semestinya orang yang melakukan perbuatan di atas tidak ikhlas, cuma jika tidak dikawal hal di atas, ia akan melupuskan ikhlas di dalam hati sedikit demi sedikit.

Hasil diskusi, ditemui ada satu salah faham yang melanda pemahaman ikhlas. Antara kefahamannya ialah:

-Melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan daripada Allah SWT.
-Menzahirkan amalan baik adalah satu bentuk ria' dan sum'ah.

Saya ingin memetik kalam beberapa ulama' tentang isu ini, khususnya ikhlas di dalam dakwah.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:

عمل من أعمال القلوب، بل هو في مقدمة الأعمال القلبية، لأن قبول الأعمال لا يتم إلا به

“Sebuah amal daripada amal-amal hati, bahkan ikhlas merupakan mukadimah kepada amalan hati, ini kerana sesungguhnya penerimaan amal-amal itu tidak akan sempurna kecuali dengan ikhlas.”

Kata Ustaz Hassan al-Banna rahimahullah:

أن يقصد الأخ المسلم بقوله وعمله وجهاده كله وجه الله , وابتغاء مرضاته وحسن مثوبته من غير نظر إلى مغنم أو مظهر أو جاه أو لقب أو تقدم أو تأخر , وبذلك يكون جندي فكرة وعقيدة , لا جندي غرض و منفعة

“Iaitu setiap al-akh muslim meniatkan dengan perkataannya, perbuatannya dan jihadnya seluruhnya hanya untuk Wajah Allah, mengharap keredhaanNya dan kebaikan ganjaranNya, tanpa melihat kepada harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian itu, jadilah dia pejuang fikrah dan aqidah, bukan pejuang kepentingan dan manfaat (untuk diri sendiri).”

Kata Maulana Ilyas Rahimahullah:
terdapat dua golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu)

1)Mereka yg keluar di jalan Allah untuk menyelesaikan masalah hutang /sakit /kesusahan. Orang yang seperti ini tidak akan istiqamah (dalam usaha dakwah).

2)Mereka yg keluar di jalan Allah (kerana menganggap)itu adalah perintah Allah Taala. Org seperti ini akan istiqamah di dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha).
[(Dipetik daripada Bayan Subuh: Mesyuarat Malaysia oleh: Maulana Muhammad Saad Kandahlawi-Sept 2003)]

Kata Shaikh Abdullah bin Abdul Aziz Bin Baz rahimahullah:

Wajib bagi setiap da’i untuk mengikhlaskan diri kepada Allah Azza wa Jalla, bukan kerana keinginan untuk ria’ dan sum’ah dan bukan pula untuk mendapatkan pujian dan sanjungan manusia. Hanya saja, dia berdakwah kepada Allah untuk mengharap wajah Allah Jalla wa ’Ala semata-mata

[ad da’wah ila Allah wa akhlaku du’at, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Bin Baz]
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Mencari Ikhlas Dalam Berdakwah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Dakwah-
Jump to: