Memacu arus da'wah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan methodologi Salaf. Menggerakkan arus Tajdid, Tasfiyah dan Tarbiyah. Layari laman rasmi INTIS http://intisonline.com
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah   Fri Mar 12, 2010 1:29 am

Kitab Tauhid 1
oleh: Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan

Mudahanah dan kaitannya dengan al-wala' wal bara'

Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau kehendak peribadi. Oleh kerana itu berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada di dalam kemaksiatannya, sementara dia tidak mengingkari (maksiat itu) sedangkan dia mampu kelakukannya maka itulah mudahanah.

Kaitan antara mudahanah dengan al-wala'wal bara' jelas daripada erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang melakukan maksiat sedangkan dia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya dia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka.

Hal ini bererti meninggalkan cinta kerana Allah dan permusuhan kerana Allah. Bahkan ia semakin memberikan dorongan kepada mereka yang derhaka (kepada Allah) dan yang melakukan kerosakan. Oleh kerana itu, manusia penjilat atau mudahin seperti ini termasuk di dalam firman Allah Subhannahu wa Ta'ala: "Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain sering tidak melarang tindakan munkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu. Kamu melihat kebanyakan daripada mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik)." (Al-Ma'idah: 78-80)

Mudarah serta pengaruhnya terhadap al-wala' wal bara'
Mudarah adalah menghindari mafsadah (kerosakan) dan kejahatan dengan ucapan yang lembut atau meninggalkan kekerasan dan sikap kasar, atau berpaling daripada orang jahat jika ditakuti kejahatannya atau kerana takut terjadinya hal yang lebih besar daripada kejahatan yang sedang dilakukan.

Di dalam sebuah hadis disebutkan: "Sejahat-jahat kamu adalah orang-orang yang ditakuti manusia kerana mereka khuatir akan kejahatannya." (HR. Ibnu Abu Dunya dengan redaksi senada)

Dari Aisyah Radhiallaahu anha bahawasanya seorang lelaki meminta izin masuk menemui Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam, seraya berkata, "Dia saudara yang hina di dalam keluarga". Kemudian ketika orang itu masuk dan menghadap Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam beliau berkata kepadanya dengan ucapan yang lembut. Maka Aisyah berkata, "Engkau tadi berkata tentang dia seperti apa yang engkau katakan". Maka Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, 'Sesungguhnya Allah membenci 'fuhsy' (ucapan keji) dan 'tafahuhusy' (berbuat keji)." (HR. Ahmmad dalam Musnad)

Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam telah berbuat mudarah dengan orang tadi ketika dia menemui Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam -sedangkan orang itu jahat- kerana baginda mahukan kemaslahatan agama. Oleh yang demikian, hal itu menunjukkan bahawa mudarah tidak bertentangan dengan al-wala' wal bara' seandainya ia memang mengandungi kemaslahatan lebih banyak di dalam bentuk menolak kejahatan, menundukkan hatinya atau memperkecil dan meringankan kejahatannya.

Ini adalah salah satu method dalam berdawah kepada Allah. Termasuk di dalamnya adalah mudarah Nabi terhadap orang-orang munafik kerana khuatir akan kejahatan mereka dan untuk menundukkan hati mereka dan orang lain.

http://belajar-tauhid.blogspot.com/2005/05/mudahanah-dan-mudarah-berikut.html
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
Admin
Admin


Posts : 183
Join date : 12/06/2009
Age : 29
Location : Tampin

PostSubject: Re: Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah   Fri Mar 12, 2010 9:26 pm

Di sini ada tulisan tentang Mudahanah, mungkin elok dibaca sebab ia menjelaskan maksud teknikal dan dalil-dalilnya:
http://mashoori.wordpress.com/2009/02/01/virus-mudahanah-dalam-dakwah/

Shaikh Muhammad B Shalih al-Uthaimin menyebutkan bahawa:

Mudahanah adalah perasaan rela dengan perbuatan yang tercela yang dilakukan manusia lain, serta dia membiarkan mereka melakukannya.

Sedangkan Mudarah ialah azam di dalam hati untuk mengingkari perbuatan yang tercela tersebut. Akan tetapi dia bersifat lunak padanya untuk menarik simpatinya, atau dia akan menundanya pada waktu yang lain, sehingga tercapai maslahah yang diinginkan.
[Syarah Adab Dan Manfaat Menuntut Ilmu, ms 241-242, edisi online http://books.google.com.my/books?id=3u4CAVK0fRkC&pg=PA241&lpg=PA241&dq=mudahanah+mudarah&source=bl&ots=TXU1QFbTTK&sig=VCIzvllBrWdnMYeXUyRGQZL0xSM&hl=en&ei=pg2aS_HdBMm3rAea_MDRCw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=8&ved=0CCMQ6AEwBw#v=onepage&q=mudahanah%20mudarah&f=false]
Back to top Go down
View user profile http://intisonline.com
 
Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
INTIS - Merintis Jalan Sunnah :: Forum Ilmu :: Dakwah-
Jump to: